JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, April 18, 2013

Bekas ahli Umno lawan bos di DUN APAS


Ahli Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Tawau, Tuan Hj Alizaman Jijurahman bertanding atas tiket KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Beliau yang juga bekas anggota Biro Latihan Umno Tawau bakal berdepan bekas bosnya, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang merupakan penyandang kerusi itu sebelum ini.

Tuan Hj Alizaman juga ialah Yang Dipertua (YDP) Kelab Kembara Pacuan 4 Roda Tawau dan kerap dilihat bersama Tawfiq dalam beberapa program penting di daerah itu.

Sementara itu, Tawfiq mengakui wujudnya isu merajuk dalam kem Umno pada PRU kali ini sebagaimana didedah banyak media.


“Sudah pasti setiap PRU akan ada pihak atau individu yang menawarkan diri untuk menjadi calon dan mereka ini juga dirasakan mampu menjadi wakil kepada kerajaan BN namun pemilihan yang dilakukan meliputi perspektif pelbagai sudut.

“Yang mana merajuk atau kecil hati kerana keinginan mereka tidak dipenuhi sebab calon yang mereka bawa tidak dipilih maka tugas kita memujuk kembali memberi penjelasan kerana PRU bukan soal calon kita suka atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas berucap pada Majlis Taklimat Isu-Isu Semasa yang dihadiri kira-kira 200 orang di sebuah hotel di Tawau, 17 April lalu.

No comments: