JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Tuesday, April 16, 2013
Kem-kem bekas calon BN protes senarai Najib Razak seluruh negara, kata sumber
Protes dalaman sebaik sahaja Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengisytihar senarai calon BN, hampir pasti berlaku sama ada secara terbuka atau senyap.
Ia berikutan cadangan Najib meletak ramai muka baru di kawasan BN tewas pada PRU 12, tidak disenangi pemimpin senior yang mahu menjadi calon.
Pada masa sama, pemimpin senior yang digugur mahu orang sendiri menggantikan kedudukannya, sebaliknya kerusi diberi kepada orang lain.
Mengikut sumber, beberapa kumpulan tertentu di beberapa negeri berbeza sudah menjalin perjanjian sulit untuk memenangkan calon Pakatan, sebagai protes senyap.
Mereka dikatakan berlakon menyokong BN tetapi mengajak penyokong memastikan calon BN kalah asalkan mereka tidak diketepi apabila Pakatan membentuk kerajaan.
Situasi itu, mengikut sumber, lebih buruk berbanding PRU 12 yang dianggap 'kejadian undi protes paling buruk di Malaysia' berikutan faktor 'Khairy Jamaluddin'.
Protes terbuka seperti yang dilakukan 30 penyokong BN depan ibu pejabat Umno 15 April lalu berikutan tidak berpuas hati dengan calon payung terjun ke DUN Seri Setia, dijangka menjadi-jadi.
Malah MCA Wangsa Maju bersama lebih 100 NGO kawasan itu sudah menyatakan secara terbuka memboikot PRU kali ini dan enggan bertanggungjawab jika BN calon Umno kalah di situ.
Sementara itu, di Sabah, MCA, Gerakan yang diberi tambahan kerusi dibantah keras oleh sekutu BN di negeri itu.
Mengulas isu ini, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub berkata hasrat Najib meletak calon 'katak' dari Pakatan turut dibantah ahli akar umbi.
Katanya, campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentukan calon, juga tidak dapat dielak bagi menjaga kepentingannya sedangkan Najib punya hitungan sendiri.
Malah, Mahathir secara terbuka memberi isyarat kepada Najib supaya mengetepi calon BN untuk memberi laluan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas.
"Tindakan letak calon tak popular dapat tentangan. Kehendak akar umbi dibalas sikap pucuk pimpinan Umno BN yang seolah-olah mahu menguasai semuanya.
"BN retak, Umno tikam sesama sendiri. Campur tangan pucuk pimpinan Umno BN berlaku kerana faktor calon dilihat sangat penting," kata calon Parlimen KEADILAN Pasir Salak ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk
Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.
Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……
Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat
Sekian, Terima kasih
Post a Comment