PULAU PINANG 15 Jan. - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memastikan penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan larangan tersebut dipatuhi oleh golongan bukan Islam di negeri itu.
Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria menegaskan, pihaknya akan menguatkuasakan larangan tersebut menerusi peraturan yang sedia ada di negeri berkenaan.
Tambahnya, perkara tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIPP pada minggu depan.
"Kami pun sedang berusaha ke arah itu. Saya akan hubungi Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad untuk membawa hal ini ke mesyuarat majlis minggu depan," ujarnya.
Beliau yang sedang menghadiri program rasmi di Aceh, Indonesia berkata demikian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ellias mengulas langkah 10 negeri yang sama ada telah mengesahkan atau sedang berusaha menguatkuasakan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam melalui penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di negeri masing-masing.
Negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak dan Perlis.
Tiga negeri lagi iaitu Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang berkenaan.
Oleh ZABRY MOHAMAd
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label kalimah Allah. Show all posts
Saturday, January 16, 2010
Krisis Kalimah Allah di Empat Negeri
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.
Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.
Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.
Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung.
''Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu ini kerana ia sudah menjadi tradisi mereka.
''Malah saya pernah hadir di dalam satu upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan saya mendengar perkataan Allah disebut di gereja berkenaan,'' katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post hari ini.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di sini semalam.
Isu penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan kontroversi apabila akhbar Herald-The Catholic Weekly telah membuat tuntutan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya baru-baru ini.
Tuntutan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Disember lalu tetapi pelaksanaannya ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.
Ketika ditanya mengapa perlu ada dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah di antara penganut Kristian di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, beliau berkata, ia bukan satu amalan yang unik.
Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata, situasi di Semenanjung amat berbeza dengan Malaysia Timur kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun lalu.
''Umat Islam di Semenanjung tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan di dalam upacara agama (Kristian) sehinggalah baru-baru ini.
''Oleh itu mereka (umat Islam) telah mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah,'' jelasnya.
Jelas Mohamed Nazri, Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu Islam dan ia berkuat kuasa di semua negeri di Malaysia.
Dalam pada itu beliau berkata, penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.
''Kerajaan sebenarnya bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi yang boleh mencetuskan huru-hara khususnya yang menyentuh isu agama dan kaum walaupun tiada undang-undang menyatakan ia salah.
''Sebagai contoh, tiada undang-undang yang menyatakan memijak kepala lembu salah tetapi apabila dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu di hadapan kuil, tindakan terpaksa kita ambil atas alasan mereka tidak menghormati agama Hindu,'' tambahnya.

Thursday, January 14, 2010
Perkataan Allah dalam lagu negeri
Sudah sekian lama perkataan Allah telah digunakan dalam lagu-lagu bagi setiap negeri. Lagu ini pula dinyanyikan oleh semua rakyat negeri berkenaan tanpa terkecuali sama ada Islam atau tidak.
Lirik lagu negeri Perak
===================
Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.
lirik lagu negeri Kedah
=======================
Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata
lirik lagu negeri Pahang
=========================
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Duli Tuanku Raja kami.
lirik lagu negeri Johor
==================
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.
lirik lagu negeri Terengganu
======================
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Jika begitu, kenapa kecoh sangat.

Dialog Islam dan Kristian telah berjalan di Pulau Pinang
GELUGOR, Pulau Pinang, 14 Jan: Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian selepas PAS melakukan pendekatan berdialog dan penerangan kepada bukan Islam dalam isu 'kalimah Allah' demi menjaga keharmonian negara.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berjaya membuka lembaran baru buat PAS terutamanya di tahun baru 2010 yang menyaksikan berbagai peristiwa hitam terjadi pada negara.
Dr Mujahid telah pergi secara rombongan bersama aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Takiqudin Hamzah, Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yacoob Omar, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Yusoff Mohd Noor dan Setiausaha PAS Jelutong, Nasir Ismail.
(Gambar: Mujahid menyertai dialog dengan penganut Kristian)
Mereka disambut dan diberikan penghormatan kerana sudi hadir untuk memperjelaskan isu yang menjadi topik hangat ketika ini.
Dialog ini diadakan semalam di Dewan Holy Spirit iaitu sebuah dewan yang berada dalam kawasan gereja Greenland, iaitu terbesar di Pulau Pinang.
Selesai sahaja Dr Mujahid berucap, orang ramai yang memenuhi dewan itu bangun sambil bertepuk sebagai tanda menghormati dan menyanjung ucapan beliau.
Antara rumusan ucapan Dr Mujahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS itu ialah, beliau menasihatkan masyarakat Kristian jangan terpengaruh dengan mainan pihak tertentu yang mahukan negara menjadi tidak tenteram padahal masalah yang berbangkit boleh diselesaikan dengan mudah sekali.
Ia sengaja disensasikan bagi kepentingan politik pihak tertentu terutamanya
melindungi isu yang tengah hangat diperkatakan.
Maka sebab itu, PAS mengambil langkah menangani masalah tersebut dengan berhemat iaitu dengan berdialog bukan berdemontrasi kerana jalan berkenaan membolehkan perpecahan berlaku di kalangan rakyat negara ini.
(Gambar: Antara orang ramai khasnya penganut Kristian dalam dialog itu)
"Sebenarnya isu ini bukan isu sensasi tapi sengaja disensasaikan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Bagi PAS berdialg adalah cara terbaik untuk masyarakat bukan Islam tahu keindahan perjuangan yang diwarisi Junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w, " terangnya.
Tambahan pula Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk memeliharaan Islam sebagai agama rasmi negara serta Perkara 11 (4) dalam kebebasan beragama masyarakat bukan Islam tidak boleh sebarkan agama mereka kepada orang Islam.
Islam juga ujarnya, melarang penganutnya membinasakan rumah ibadat bukan Islam untuk mengelak daripada dianggap Islam itu ganas sekaligus menjauhkan mereka daripada mendekati Islam secara bersungguh.
"Saya yakin Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk pemeliharaan Islam serta Perkara 11 (4) yang melarang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, " tegas beliau.
Turut memberi pandangan pada majlis berkenaan ialah Exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas Negeri, Chow Kon Yeow, Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim dan aktivis Aliran, Anil Netto.

Lagi tokoh Kristian gesa gugur kalimah Allah
Lagi tokoh Kristian gesa gugur kalimah Allah
KOTA KINABALU 13 Jan 2010- Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah.
Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.
"Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.
Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.
Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.
"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.
Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.
"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," kata Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.
Webley menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya rakyat Malaysia bertenang dan menghormati semua rumah ibadat.
Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kebebasan beragama yang mereka nikmati sejak pembentukan Malaysia

KALIMAH ALLAH JE ? JOMLAH MASUK ISLAM
KOTA BHARU 13 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan mengambil pendirian yang sama dengan Selangor yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan arahan berkaitan kerana keadaan di negeri ini yang memperlihatkan keharmonian antara kaum.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa ekoran beberapa insiden yang boleh mencetuskan ketegangan.
"Pada asasnya saya sudah jawab, memang boleh guna (kalimah Allah) tetapi oleh kerana ada mainan di belakang, jadi untuk menyekat perkara yang tidak betul ini maka menurut 'usul fiqah' ia harus disekat.
"Benda harus kalau bahaya perlu disekat, tetapi kalau benda harus ada manfaat wajib dilakukan macam air. Kalau minum air sejuk sebab baik maka wajib. Tetapi kalau doktor kata minum air sejuk tak baik, maka harus disekat dan wajib minum air panas.
"Untuk menyekat daripada celaru di atas niat yang tidak baik guna kalimah Allah, maka kita boleh terima sekatan ini perlu dibuat tetapi di Kelantan saya harap tidak akan berlaku macam itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya semua pihak di negeri ini berpegang teguh pada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dilaporkan berkata, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, beliau percaya rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini memahami keadaan sebenar di sebalik isu ini.
"Peringkat pertama kita hendak kekalkan harmoni, peringkat kedua kita tengok keadaan, saya rasa tak sampai ke peringkat itu lagi (keluarkan arahan) di Kelantan.
"Kita hendak guna kefahaman rakyat Kelantan bahawa Allah ini memang nama bagi Allah cuma saya hendak naik setangga lagi, orang yang nak pada kalimah Allah lebih baik ambil Islam sekali jangan ambil nama saja, ambil agama Allah itu sendiri," katanya.

MAIM senarai ungkapan dilarang
MELAKA 13 Jan 2010 - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyenaraikan 33 perkataan termasuk kalimah Allah dan 15 ungkapan dalam Islam yang tidak boleh digunakan penganut agama lain dalam penerbitan atau percakapan mereka.
Perkataan tersebut ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadah, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, dan iman.
Selain itu ialah dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi, sheikh, akhirat, azan, al-Quran, al-Sunnah, hauliak, karamah, shahadah, masjid dan Baitullah.
Setiausaha MAIM, Idrus Md. Jani berkata, perkara itu terkandung di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang diwartakan di negeri ini.
Menurutnya, bagi ungkapan pula ialah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilhamd, Allahu Akbar, insya-Allah, Astaghfirullah Azim, Tabaraka Allah, masya-Allah, Lahaula Walaquata Illabillahil Azim, Assalamualaikum, Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan Auzubillah.
"Mengikut Seksyen 9(1) enakmen itu, menjadi kesalahan bagi sesiapa terlibat dalam tulisan yang diterbitkan atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka ditujukan kepada suatu perhimpunan orang yang dirancang.
"Pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat, dia tahu atau patut tahu akan diterbit atau disiarkan menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Menurut Idrus, mengikut Seksyen 9(2) enakmen sama, menjadi kesalahan seseorang bukan Islam dalam keadaan sub-Seksyen (1) menggunakan mana-mana ungkapan yang disenaraikan kecuali sebagai petikan atau rujukan.
"Seseorang yang melakukan kesalahan mengikut sub-Seksyen (1) atau (2) boleh dikenakan denda RM1,000," ujarnya.

Saturday, January 9, 2010
Bagaimana Melayu Islam dimurtadkan...!!! Kenapa mereka tak ambil peduli..???

Mengapakah Komplek Gereja Kristian Terbesar akan dibina di Shah Alam di tengah-tengah kawasan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang beragama Islam? Adakah gereja ini akan digunakan nanti sebagai pusat mengkristiankan orang Melayu? Seperti yang kita sedia maklum sudah ada beberapa gereja seperti di Jalan Gasing, Petaling Jaya (berhampiran EPF) yang dibina khas untuk mengkristiankan orang Melayu. Ramai lagi yang akan murtad nanti kalau kita tidak tingkatkan bantahan kita.
Keputusan kerajaan UMNO-BN Dr Mahathir meluluskan pembinaan komplek gereja di Shah Alam tersebut di tengah-tengah kawasan Melayu tidak menghairankan. Bukankah Dr Mahathir , Hamid Othman dan pemimpin UMNO yang lain sentiasa memehak kepada orang-orang Melayu yang telah murtad.Gereja terbesar di Asia itu telah dibenarkan oleh kerajaan Dr Mahathir untuk dibina ditengah-tengah kawasan Islam tetapi disebaliknya pula kerajaan UMNO-BN telah merobohkan satu surau kecil di pangsapuri Pandan Perdana, Ampang Kuala Lumpur dengan alasan, antara lainnya, kerana surau tersebut dibina dikawasan perumahan yang majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Dan kerajaan UMNO-BN dikatakan sudah pun meluluskan cadangan Malaysia Airports Berhad untuk merobohkan Masjid Lapangan Terbang Subang atas alasan hendak membina sebuah Convention Centre bagi Terminal 1 Subang Airport. Mengapa Convention Centre tersebut dibina di lapangan terbang Subang dan tidak pula di KLIA seperti yang sepatutnya.
Desas-desus mengatakan niat sebenar kerajaan Dr Mahathir hendak musnahkan rumah Allah ini adalah kerana masjid ini merupakan antara masjid-masjid yang sangat aktif dalam menjalankan aktiviti dakwah Islamiah dan telah terus, tanpa takut dan gentar, mengadakan ceramah-ceramah oleh ulamak-ulamak yang inginkan pemerintahan Islam walau pun telah diberi amaran berulangkali oleh pihak berkuasa.
Dengan gejala murtad ini semakin berleluasa maka dipetek dibawah ini sebahagian dari rakaman kaset ceramah mengenai pendedahan ajenda Kristian untuk murtadkan orang Melayu yang diberi oleh saorang bekas Paderi kristian Melayu, En Salleh bin Omar agar dapat kita semua bayangkan dengan lebeh jelas lagi ancaman yang dihadapi oleh agama Islam kita, dan ancaman ini, terutamanya ancaman murtad menjadi begitu serius kerana Islam di Malaysia punyai musuh dalam selimut. Musuh Islam dalam selimut itu adalah Dr Mahathir dan UMNO.
(Ceramah En Salleh bin Omar, bekas Paderi)
Nama saya Salleh bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan emak saya berasal dari Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya menetap di Kedah, di Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Kami terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum, dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur, bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing yang dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong Wanita Kristian seluruh Indonesia.
Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama satu bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua pendakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.
Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Melayu seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia .
Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah. Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan). Didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum, seminggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap, dan mendengar azan macam meletup telinga. Hal dakwah Islam tidak mahu.
Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.
Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victotia Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian- susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari). Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian: 1). Desakan hidup 2). Kurang agama
(Kaset ceramah bekas Paderi, En Salleh Omar maseh ada dijual)
En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982.
Setelah bertaubat dan kembali kepada Islam, En Salleh Omar telah dapat menarik semula 300-400 orang kembali kepada Islam. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid .
En Salleh Omar telah menceritakan bagaimana selepas mesyuarat 3 hari beliau hantar 6 orang pendakwah dan , tidak sampai sebulan 400 orang Melayu telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah, dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.
Cara untuk masuk Kristian Mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
En Salleh telah beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Seorang lagi bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat: 1). Tidak boleh hisap rokok 2). Tidak boleh minum arak 3). Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4). Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka didapati ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad akui tiga negeri tidak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pendakwah Kristian pernah dipukul hingga patah tangan.
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA
Wassalam.
Tarabulsi.
Friday, January 8, 2010
Tiga gereja diserang dengan bom Molotif hari ini

KUALA LUMPUR : Tiga Gereja diserang masing-masing di Petaling Jaya, Rawang dan Setapak oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi berkemungkinan penyerang itu dari kumpulan yang sama.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, serangan pertama berlaku seawal pukul 12 tengah malam tadi di Rawang seterusnya kira-kira 5 pagi tadi Petaling Jaya sebelum serangan ketiga di Setapak pada 8 pagi tadi.
Menurutnya, ketiga-tiga serangan itu berkemungkinan dilakukan oleh kumpulan yang sama kerana gereja itu diserang dengan bom molotov yang pastinya boleh menimbulkan huru-hara dalam negara ini.
"Inilah yang dimahukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, dengan huru-hara yang berlaku, mereka mengajak orang Islam bersatu bersama mereka, kononnya untuk kepentingan Islam.
Tetapi yang sebenarnya mereka mahukan ialah kesatuan bersama Umno dan BN," katanya yang menerima maklumat dari seorang wartawan berbahasa Inggeris sebentar tadi.Khalid turut menegaskan bahawa apa jua masalah yang berlaku dalam kehidupan ini, Islam pasti ada penyelesaian dan meminta umat Islam di negara ini bertindak dengan matang dan bijaksana dalam menghadapai apa jua kemelut dalam negara dan bukannya atas emosi semata-mata seperti yang dimainkan oleh Umno dan BN.
sumber : erapakatan.com
Tuesday, January 5, 2010
Kalimah Allah : Kenyataan Penuh Presiden PAS

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
YB Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Monday, January 4, 2010
ISU PENGGUNAAN KELIMAH ALLAH : AKHBAR CINA BERHATI-HATI
Isu kalimah Islam semakin hangat, lebih-lebih lagi apabila ditonjolkan pada muka surat depan media cetak bahasa Melayu untuk beberapa hari berturut-turut. Malah, tulisan sama ada dalam bentuk laporan, analisa mahupun komen lebih cenderung untuk berpaksikan perspektif "muslim perlu bersatu untuk membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam".
Berbanding dengan media cetak bahasa Melayu, akhbar Cina nyata lebih "berwaspada" dalam isu ini. Walaupun rata-ratanya memberi ruang liputan kepada laporan aktiviti membantah penggunaan kalimah Allah, namun kebanyakan akhbar Cina mengelakkan diri untuk memberi komen terhadap isu ini.
Menurut seorang pengamal media dalam akhbar Cina, walaupun tiada arahan dari Kementerian Dalam Negeri setakat ini, namun pihaknya lebih berhati-hati, memandangkan kontroversi karikatur Nabi sebelum ini pernah mengakibatkan salah satu akhbar Cina, Guan Ming Daily digantung untuk dua minggu.
Hormati penghakiman mahkamah
China Press pada 4 Januari 2010 menyiarkan hujah Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di muka surat depannya, menggesa supaya muslim bertenang, di samping memetik hujah Presiden UMNO ini yang berbunyi, "Saya tidak menggalakkan agar ketidakpuasan dilepaskan melalui aktiviti demonstrasi."
Walau bagaimanapun, ketika mengulas isu utama ini dalam ruang lidah pengarang di muka surat A10, China Press menganggap usaha gagasan "1Malaysia" yang mula menampakkan hasilnya dijejaskan sedikit sebanyak kerana perkembangan isu ini.
Lidah pengarang ini menerima kenyataan bahawa agama sebagai isu yang sensitif dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan budaya. Menurutnya, tentangan keras daripada masyarakat Melayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menunjukkan jurang yang lebar antara etnik setelah 53 tahun merdeka.
Lidah pengarang China Press menekankan bahawa Malaysia adalah negara rule of law, maka sesiapa yang menyerahkan kesnya untuk dikendalikan oleh mahkamah, harus menghormati dan mematuhi penghakiman mahkamah. Seandainya tidak berpuas hati, mereka perlu merayu mengikut saluran yang diperuntukkan undang-undang.
Malah, China Press menyetujui bahawa mereka yang tidak berpuas hati boleh menyerah memorandum kepada pihak yang berkenaan untuk menyampaikan pandangan, menggesa agar pihak berkenaan mengambil prihatin terhadap isu tersebut. "Namun, kami tidak menggalakkan rakyat menggunakan cara yang radikal, misalnya demonstrasi jalanan yang mungkin mencetuskan kecelaruan dan mengganggu hidupan harian rakyat jelata."
Lidah pengarang ini berharap agar rakyat melihat isu ini secara rasional, dan tidak menghasut antara satu sama lain secara sengaja, sebaliknya menggunakan sikap yang lebih tamadun untuk menganut, menyebar dan mewarisi agama masing-masing. Tulisan ini menyimpulkan bahawa semua agama mendukung kedamaian dan keharmonian, maka penganutnya yang bertaqwa harus menjadikan masyarakat lebih aman, dan bukannya menunjukkan ketaatan dengan keganasan.
Negara Islam yang konservatif?
Sin Chew Daily pula, menyiarkan laporannya dalam isu ini di muka surat 5, pada 4 Januari. Berita PM Najib yang mengesahkan bahawa kerajaan akan merayu dalam kes ini dijadikan sebagai berita utama, sementara reaksi ahli Parlimen Shah Alam PAS, Khalid Samad terhadap ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mencabarnya untuk keluar parti juga ditonjolkan.
Walau bagaimanapun, komen terhadap isu ini hanya terselit dalam satu artikel kolum oleh Lim Sue Goan, penolong editor Sin Chew Daily. Dalam artikel yang berjudul "Permulaan tahun baru yang mengecewakan", beliau mempersoalkan tindakan mereka yang tidak menghormati mahkamah, malah masih berdemonstrasi walaupun kerajaan telah mengambil keputusan untuk merayu terhadap keputusan mahkamah.
"Ini menyampaikan satu mesej kepada masyarakat global, seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara Islam yang konservatif," tulisnya, yang terkilan dengan pelbagai isu yang berlaku pada permulaan tahun 2010.
Demontrasi di merata tempat
Nanyang Siang Pau pula, menyiarkan bantahan umat Islam di merata tempat pada muka surat A3, 4 Januari. Malah, akhbar ini menyiarkan gambar demonstrasi di Pulau Pinang, Melaka dan Pekan, kawasan parlimen PM Najib. Di bawah muka surat A3, Nanyang Siang Pau menyiarkan berita "serang-menyerang" antara Khalid Samad dengan Zulkifli Noordin yang bercanggah pendapat dalam isu ini.
Oriental Daily pada hari ini menjadikan "PM nasihat umat Islam bertenang" sebagai tajuk di muka surat depannya, sementara menyiarkan berita isu ini di muka surat A3 dan A4. Malah, di bawah muka surat A3, Oriental Daily melaporkan cara bagaimana Utusan Malaysia melaporkan isu ini pada 3 Januari 2010.

KALIMAHA ALLAH : JAMINAN KHALDI DI SELANGOR

Selangor Ada Kuasa Sekat Penyalahgunaan Kalimah Allah: Khalid
SUNGAI BESAR, 4 Jan (Bernama)-- Kerajaan Selangor boleh menghalang sekiranya ada pihak yang menggunakan nama Allah dengan tujuan untuk merosakkan Islam, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Jika perkara-perkara yang dibuat memberi kesan negatif kepada agama Islam, sudah tentulah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyekat berlakunya perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri Majlis Menuai Padi di Kampung Parit 15, Simpang Lima di sini Isnin.
Beliau diminta mengulas isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Catholic Herald baru-baru ini. Keputusan itu telah menimbulkan rasa marah umat Islam.
Ditanya mengenai pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang menyokong keputusan mahkamah itu, Khalid berkata ada antara mereka yang berbeza pendapat daripada segi konsep kebebasan penggunaannya tetapi kebanyakan mereka bersetuju supaya kalimah itu tidak digunakan.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika ditemui pada majlis yang sama, berkata penganut agama lain perlu melihat sensitiviti penggunaan kalimah Allah di Malaysia, dan tidak membandingkannya dengan keadaan di negara-negara Islam yang lain seperti Mesir.
"Orang Melayu boleh hilang adat atau harta tetapi untuk agama, mereka menjagainya dan akan mempertahankannya bersungguh-sungguh," katanya.
Beliau berharap rayuan akan dibuat nanti di mahkamah bakal didengar bukan sahaja daripada perspektif undang-undang tetapi juga daripada perspektif agama, kesatuan dan perpaduan kaum.
ISU PENGGUNAAN KELIMAH ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN

KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN NGO ISLAM SABAH (CONCERN)
BERSAMA
PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA)
3 JANUARI 2010 (AHAD
PEJABAT USIA KOTA KINABALU
ISU PENGGUNAAN KELIMAH ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN
Berhubung Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly. Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan ini membuat ketetapan seperti berikut:-
1. Kami dengan tegas menzahirkan kekecewaan terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi bersabit isu ini.
2. Kami berpendapat bahawa masyarakat Islam secara keseluruhannya mengakui nama Allah hanyalah untuk orang Islam sahaja yang selama ini menjadi sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia
3. Kami menyeru agar Rayuan di Mahkamah rayuan dipercepatkan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara dan agar isu ini tidak berpanjangan.
4. Keputusan Mahkamah Tinggi di khuatiri akan menyebabkan keadaan tidak stabil dan perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia.
5. Kami secara tegas menyokong Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang mencapai keputusan bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam. Kandungan itu berbunyi: "Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
6. Kami menyeru agar Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung isu ini perlu di ikuti dan dipatuhi.
7. Kami menyeru agar pihak berwajib mangambil satu tindakan yang bijaksana supaya penggunaan nama Allah tidak digunakan dengan sesuka hati selain daripada Islam.
8. Kami dengan tegas berpendapat bahawa kalimah Allah tidak bersesuaian digunakan di tempat-tempat ibadah selain tempat ibadah agama Islam.
9. Menggunakan kalimah Allah di tempat ibadah selain Ibadah agama Islam akan membuatkan masyarakat Islam marah kerana ia dikira sebagai menyekutukan Allah dan bercanggah dengan prinsip nama Allah itu dan juga aqidah Islam.
10. Kami akan membuat seminar di seluruh Sabah bagi menerangkan kepada masyarakat Islam tentang isu ini.
Sidang Media CONCERN dan USIA ini disertai oleh :-
1. PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA)
2. WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH)
3. ANGKATAN BELIA ISLAM SABAH (ABIM)
4. JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
5. PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAUDARA KITA (SAHABAT)
6. PERSATUAN LELUHUR MELAYU BUGIS SABAH (KECAPI)
7. SISWAZAH MUDA ABIM (SISMA)
Subscribe to:
Posts (Atom)