JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Friday, January 8, 2010
Tiga gereja diserang dengan bom Molotif hari ini
KUALA LUMPUR : Tiga Gereja diserang masing-masing di Petaling Jaya, Rawang dan Setapak oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi berkemungkinan penyerang itu dari kumpulan yang sama.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, serangan pertama berlaku seawal pukul 12 tengah malam tadi di Rawang seterusnya kira-kira 5 pagi tadi Petaling Jaya sebelum serangan ketiga di Setapak pada 8 pagi tadi.
Menurutnya, ketiga-tiga serangan itu berkemungkinan dilakukan oleh kumpulan yang sama kerana gereja itu diserang dengan bom molotov yang pastinya boleh menimbulkan huru-hara dalam negara ini.
"Inilah yang dimahukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, dengan huru-hara yang berlaku, mereka mengajak orang Islam bersatu bersama mereka, kononnya untuk kepentingan Islam.
Tetapi yang sebenarnya mereka mahukan ialah kesatuan bersama Umno dan BN," katanya yang menerima maklumat dari seorang wartawan berbahasa Inggeris sebentar tadi.
Khalid turut menegaskan bahawa apa jua masalah yang berlaku dalam kehidupan ini, Islam pasti ada penyelesaian dan meminta umat Islam di negara ini bertindak dengan matang dan bijaksana dalam menghadapai apa jua kemelut dalam negara dan bukannya atas emosi semata-mata seperti yang dimainkan oleh Umno dan BN.
sumber : erapakatan.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment