JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, January 16, 2010

Lagi larangan guna kalimah Allah

PULAU PINANG 15 Jan. - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memastikan penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan larangan tersebut dipatuhi oleh golongan bukan Islam di negeri itu.

Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria menegaskan, pihaknya akan menguatkuasakan larangan tersebut menerusi peraturan yang sedia ada di negeri berkenaan.

Tambahnya, perkara tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIPP pada minggu depan.

"Kami pun sedang berusaha ke arah itu. Saya akan hubungi Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad untuk membawa hal ini ke mesyuarat majlis minggu depan," ujarnya.

Beliau yang sedang menghadiri program rasmi di Aceh, Indonesia berkata demikian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ellias mengulas langkah 10 negeri yang sama ada telah mengesahkan atau sedang berusaha menguatkuasakan larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam melalui penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di negeri masing-masing.

Negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak dan Perlis.

Tiga negeri lagi iaitu Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang berkenaan.

Oleh ZABRY MOHAMAd

No comments: