JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, May 26, 2009

Kemenangan PAS Di Sarawak, Tsunami Bagi Bee End


Kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat, kejayaan dalam beberapa pilihan raya kecil serta sokongan mantap bukan Islam, PAS kini bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu sahaja.

Bendahari Agung PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-34, di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, kerjasama yang padu di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP sangat baik.

Bahkan, katanya kemenangan Pakatan Rakyat dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sangat memberangsangkan.

"Hubungan kita (PAS) dalam Pakatan Rakyat baik, kejayaan dalam pilihan raya kecil juga cukup baik, dan sokongan mantap bukan Islam kepada pun sangat baik.

"PAS hari ini, bukan lagi sebuah parti yang dominan di kawasan tertentu atau untuk golongan tertentu sahaja," ujarnya.

Menurutnya, PAS kini adalah sebuah parti 'arus perdana' yang berupaya memenangi pilihan raya meski pun bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara.

"Dalam pilihan raya negeri Sarawak, kita (PAS) hanya bertanding satu Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja, kita (PAS) hampir menang di Beting Maro.

"Dan kerana takutnya BN (kepada PAS), kawasan terpinggir luar bandar (itu), semua pimpinan tertinggi Umno turun berkempen. Seandainya, calon PAS menang di situ seolah-olah 'kiamat kecil' kepada pimpinan Umno/BN.

"Kita (PAS) sudah melangkaui batas-batas 'region' (daerah) di Malaysia ini, kita (PAS) boleh bertanding dan boleh menang di mana-mana sahaja," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mendakwa PAS bukan sahaja mendapat sokongan dari golongan tradisi 'Melayu Islam' tetapi telah disokong oleh semua kaum.

Katanya, sebelum ini golongan bukan Islam melihat PAS secara 'sinis, digentari dan ditakuti' tetapi tidak lagi sekarang ini.

"Mereka (bukan Islam) menyedarinya (kepentingan) perjuangan kita (PAS) walaupun tetap pada dasar (Islam). Mereka (bukan Islam) boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah parti aliran perdana," ujarnya

Oleh itu, katanya ahli-ahli PAS perlu sentiasa sayang dan menjadi lebih sayang kepada parti dengan menjaga imej daripada dirosakkan oleh mana-mana pihak kerana orang lain kini telah mula menyayangi PAS.

Dr Hatta mahukan agar ahli-ahli PAS menjauhi politik 'defisit', politik yang membahagi-bahagikan sesama sendiri yang merugikan serta bertentangan dengan arus perpaduan yang dikecapi masa kini.

"Hormat menghormati dan mewujudkan perpaduan antara kita (rakyat) yang datang dari pelbagai latar belakang adalah usaha yang perlu diteruskan.

"Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ucapannya di salah satu muktamar pernah menyentuh isu kerjasama, perpaduan dan saling hormat menghormati antara kita (yang datang) dari pelbagai latar belakang, kerana itu adalah tonggak kekuatan kita," jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong dan Bendahari PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut.

Pada majlis berkenaan beberapa orang veteran pimpinan PAS kawasan yang pernah berjasa diberi penganugerahan 'Tokoh' PAS yang wajar dikenang oleh generasi akan datang.

Harakahdaily

Penulis: Gambar yang tertera ialah YB Husam Musa bersama penyokong PAS dan Pakatan semasa membantu calon keADILan dalam Pilihanraya Kecil Dun batang Air

Manipulasi Nama Taib Mahmud


Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mengutip derma menggunakan nama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa pilihan raya kecil Batang Ai.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak Supritendan Md Firdaus Abdullah berkata lelaki itu kini ditahan untuk membantu siasatan dan polis.

Polis, katanya sedang turut memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.

Suspek dipercayai terlibat dalam memalsukan dokumen serta tandatangan Ketua Menteri bagi memungut derma kononnya bagi membiayai operasi pilihanraya kecil Batang Ai.

Perkara itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkannya sebagai perbuatan jahat untuk memburukkan nama Ketua Menteri serta BN.

Terdahulu, Fidaus menasihatkan orang ramai agar tidak melayan pengendali internet yang meminta mereka menghulurkan sumbangan atau menawarkan pelbagai barangan di internet.

polis banyak menerima aduan dari negeri ini termasuk yang terbaru seorang mangsa dari Miri yang tertipu lebih RM70,000.

Katanya, kes penipuan melalui internet ini mungkin banyak berlaku, bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata beliau percaya sindiket pengendali laman itu dilakukan oleh pihak tertentu dari luar negara.

”Justeru kita nasihatkan orang awam agar tidak mudah terperdaya dengan pengendali yang cuba mendapatkan keuntungan dengan meminta sumbangan atau menawarkan barangan yang tidakwujud,” katanya semasa sidang media di Miri petang tadi.

Berita dari Sarawak

Guru Panjat Pokok, dan Bersalin Dalam Bot



Bayangkan seorang wanita sanggup memanjat pokok demi mendapatkan gelombanga telefon yang lebih jelas untuk bercakap dengan suami tersayang. Bayangkan juga wanita yang terpaksa bersalin dalam bot hanya kerana penginapannya amat jauh dengan hospital sedia ada di samping kurangnya doktor terlatih di kawasan berkenaan. Itulah situasi yang berlaku di kalangan guru pedalaman sejak puluhan tahun lalu.

Kekurangan guru lelaki adalah antara cabaran paling besar dihadapi Kementerian Pelajaran dan kementerian kini dalam usaha untuk mengimbangkan jurang itu.

Bernama: Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pada masa ini, hampir tiga perempat daripada setiap pengambilan tahunan guru-guru baru terdiri daripada wanita.

"Kebanyakan guru yang mengajar di pedalaman ialah guru lelaki. Jadi sebab itulah kita cuba imbangkan sedikit untuk dapatkan lebih ramai guru lelaki bagi memudahkan kita menghantar guru mengajar di pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang di sini, malam tadi.

Mohd Puad turut mencadangkan supaya guru menandatangani akujanji bersetuju untuk mengajar di luar bandar dengan tempoh perkhidmatan mereka dinyatakan dengan jelas, umpamanya tiga tahun.

Beliau berkata akujanji seumpama itu perlu bagi mengelakkan guru yang dihantar bertugas di luar bandar, memohon ditukarkan hanya selepas enam bulan mereka di sana.

Mohd Puad berkata selain itu, ia juga bagi memastikan seseorang guru itu tidak berkhidmat terlalu lama di kawasan pedalaman.

"Saya sendiri menyaksikan kepayahan guru di pedalaman antaranya seorang guru wanita terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan gelombang telefon yang lebih baik untuk berhubung dengan suaminya.

"Ada juga kes seorang guru wanita dari sebuah sekolah di Marudi, Sarawak bersalin dalam bot ketika dalam perjalanan ke hospital kerana jarak antara sekolah dan hospital jauh," katanya.

Bernama

Thursday, May 21, 2009

Umno Ditalkinkan Di Sabah


Menggemparkan! Menggerunkan! Bayangkan ahli Umno sanggup mentalkin parti mereka sendiri!…Perkara ini berlaku di sebuah kampung di Semporna, Sabah apabila penduduk kampung yang tidak puas hati terhadap Umno berhubung isu tanah telah bertindak berbaring di atas lantai dan diselubungi dengan bendera Umno sebagai simbol bahawa parti tersebut telah mati.

Kematian tersebut boleh ditafsirkan sebagai kegagalan parti tersebut untuik memperjuangkan hak penduduk kampung berkenaan mengenai tanah milik mereka.

Penduduk kampung juga berdiri dihadapan “mayat” Umno sambil melakunkan bacaan doa untuk parti yang terkujur dipembaringan.

Gambar tersebut diperolehi daripada blog Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali dengan nama Chegu Bard.

Ketika dihubungi Chegu Bard berkata beliau agak terkejut dengan keberanian ahli-ahli Umno tersebut yang telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Umno melalui perbuatan simbolik tersebut.

“Ini menunjukkan Umno telah mati di hati orang Melayu,” komen ringkas beliau.

Semporna merupakan kawasan Parlimen bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal. -TvAntara dan http://www.sabahdaily.com

Penulis: Shafie Apdal yang juga MP Semporna kini cuba men'sempurna'kan Kedah

Sunday, May 17, 2009

Babi Tak Boleh, rokok Haram boleh?

Binatang peliharaan Musa AmanSiapa pembunuh sebenar, Musa Aman? Babi dalam tin atau Rokok Kretek Indonesia?

maling

Rokok KretekKOTA KINABALU: Sabah telah melarang pengimportan ternakan babi sebagai baka pembiak dan semua produk daging babi termasuk dalam tin dari luar negara termasuk dari Sara-wak dan Semenanjung Ma-laysia sebagai langkah mengawal penyakit influenza A (H1N1)

Y.Babi Yahya, Y.Bisu Pairin, Y.Amat.Bodoh Musa AmanTimbalan Ketua Menteri (Y.B yang bodoh), Datuk Yahya Hussin berkata, notis mengenai larangan terhadap pengimportan itu sudah dihantar kepada semua syari-kat pengimport frozen food (animal products) dan ianya berkuatkuasa pada 28 April lalu.

“Semua Pegawai Veterinar di daerah-daerah kawasan perladangan babi itu, di Penam-pang, Papar, Tuaran, Tam-paruli, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau diarah untuk membuat pemantauan ke atas kedudukan kesihatan ternakan babi di ladang-ladang tersebut,” katanya.

Umno tebuk malingBeliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Maka-nan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persidangan Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Putatan di Dewan Serbaguna Pasir Putih, dekat Putatan, kelmarin.

Pork in tin“Kita sememangnya tidak ada mengimport ternakan babi dari luar dan kalau adapun ianya kita tidak benarkan untuk mengelakkan daripada jangkitan virus influenza A H1NI,” katanya.

Maling_3Yahya berkata, beliau difahamkan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, (Yang anti babi)Datuk Awang Sahak Awang Salleh bahawa negeri ini masih bebas daripada jangkitan influenza A H1NI .

manbearpigMengenai ternakan babi di negeri ini, beliau berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan lebih daripada 40 ladang ternakan itu 50 ladang ternakan babi yang ada di negeri ini, dan didapati tidak ada jangkitan influenza A H1N1 di semula ladang ternakan itu di negeri ini.

“Selebihnya, ladang ternakan babi itu kita akan buat pemeriksaan dan ianya dijangka dapat diperiksa ke semulanya selewat-lewatnya hingga akhir bulan ini,” katanya.

rokoBeliau juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba menyeludup untuk membawa masuk ternakan babi ke negeri ini, bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit itu berkenaan

Selain itu, beliau juga menyeru mereka yang melawat luar negara terutamanya ke negara-negara yang dijangkiti penyakit itu supaya mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat dan mempunyai tanda-tanda penyakit itu.

Kelmarin, Malaysia melaporkan kes pertama jangkitan influenza A H1N1 melibatkan seorang pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat dua hari lepas.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan (yang sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya), Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pelajar lelaki itu jinni dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, pelajar itu kembali ke Malaysia pada 13 Mei lalu dan keesokannya, dia mendapat rawatan selepas berasa tidak sihat. Ujian meng-esahkan dia dijangkiti virus H1NI.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat pada persidangan akhbar di Putrajaya meng-esahkan kes kedua influenza A (H1N1) di kesan di Hospital Pulau Pinang pada Jumaat yang melibatkan pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas.

Anti Kronisma: Bodoh nya kerajaan negeri pimpinan UMNO Sabah! Budak-budak penjual rokok kretek tak di banteras, makanan dalam tin pula di belasah mereka. Mana simpan otak kamu. Selsema babi bukan berasal dari makanan tin! Lu pikirlah sendiri!

Mana royalty minyak Sabah 20%? …paip gas salur ke Sarawak

Kenapa 3000 graduan Sabah mengangur? ….tiada peluang pekerjaan baru di Sabah

Mana janji Sabah baru 1994 sifar kemiskinan 2000? ….Jadi angan angan, Sabah pula 21% kemiskinan tegar…

Pandangan dari kinabalukini

Sepatutnya 'undi percaya' terhadap Zambry


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kemelut politik di Perak terlalu berpihak dan bukan pandangan perundangan atau pentadbiran yang baik.

Katanya, mana boleh hendak diadakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tetapi apa yang mungkin boleh jadi diadakan undi percaya terhadap Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir sebagaimana dilaporkan akhbar semalam iaitu jika BN benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru boleh ditubuhkan.
Bekas Perdana Menteri itu juga dilaporkan berkata, jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya.
"Hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka. Itulah perasaan saya bahawa pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya," kata Mahathir.
Namun demikian, tambah Wan Muttalib, satu lagi masalah terdahulu adalah pensyoran Jawatankuasa Tatatertib yang telah bersetuju menggantungkan Dr Zambry bersama enam Exconya yang akan dibuat pengesahannya bila mana Dewan Negeri bersidang.
"Penggantungan itu adalah urusan prosedur Dewan yang mana mahkamah tidak boleh campur tangan di bawah doktrin pemisahan kuasa," ujarnya yang juga seorang peguam terkemuka ketika berucap pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu kali ke-34 di markas tarbiah PAS kawasan di sini, pagi ini.
Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.Tambahnya, dengan berlangsungnya persidangan Dewan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengekalkan majoriti 28 kerusi berbanding dengan BN sebanyak 24 kerusi ( iaitu 28-7+3).
Menurutnya, sidang Dun pada 7 Mei lalu yang sekarang masih dalam pertikaian mestilah di bawah arahan Yang Dipertua, V Sivakumar dan selaku Speaker, beliau berhak menerima/menolak mana-mana usul yang dikemukakan.
"Kesahihan sidang Dewan pada 7 Mei 2009 boleh dipertikaikan kerana dibuat tidak mengikut Peraturan Dewan," ujarnya selaku Penasihat PAS kawasan.Beliau turut mengulas keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu.
Seperti mana diduga, katanya jika mahkamah membuat penghakiman undang-undang, sudah pasti Nizar akan dikembalikan (reinstate) jawatannya sebagai Menteri Besar Perak kerana kuasa memecatnya hanya boleh dilakukan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Negeri - Art XVI (6).
Ahli Exco selain daripada Menteri Besar memegang jawatan mereka dalam masa perkenan ke bawah Paduka Seri Sultan Perak tetapi itupun Sultan akan hanya boleh membatalkan `perkenan' di atas nasihat Menteri Besar.
Mengenai perintah tangguh pelaksanaan perintah, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permintaan Dr Zambry supaya mentawakufkan penghakiman pembatalan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar.
"Pada pandangan saya, perintah itu tidak tepat kerana penghakiman Mahkamah Tinggi adalah satu pengisytiharan penentuan siapakah Menteri Besar yang sah mengikut Perlembagaan negeri," ujarnya.

Jelasnya, oleh kerana Nizar telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah dan beliau yang terdahulunya dilantik secara sah, maka sepatutnya beliaulah yang diberi kuasa mengepalai kerajaan sehingga selesai rayuan Zambry.
"Katakanlah, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan mengesahkan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 yang saya yakin itulah kedudukan undang-undangnya, maka sudah tentu apa-apa jua tindakan pemerintahan dan pentadbiran oleh Kerajaan BN akan dianggap tidak sah dari awal lagi (void abnitio), sebahagian daripadanya tidJustify Fullak akan boleh diremedikan manakala sebahagian lagi tidak," jelasnya lagi.

Friday, May 15, 2009

Masjid belum dibina sejak pecah tanah 4 tahun lalu


3,000 penduduk rayu projek dilaksana elak tapak bersemak

KUCHING: Empat tahun lalu, penduduk di Kampung Santubong kira-kira 35 kilometer dari sini, menghadiri majlis pecah tanah Masjid Santubong, namun sehingga ke hari ini kawasan tapak masjid itu masih lagi bersemak, tanpa ada tanda-tanda sebarang projek pembinaannya akan dimulakan.

Sehubungan itu, lebih 3,000 penduduk Islam yang mendiami perkampungan Melayu itu merayu supaya kerajaan negeri mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan, kerana masyarakat Islam di situ terpaksa bersesak di surau yang kecil pada ketika ini.

Lebih memburukkan keadaan surau yang terletak dekat Pantai Santubong itu sentiasa dimasuki pasir sehingga pasir sering melekat pada dahi jemaah yang menunaikan solat di situ.

"Kami mahukan sebuah masjid. Sekarang kami terpaksa bersesak dalam surau yang kecil serta dimasuki pasir. Sampai bila lagi kami nak tunggu untuk mendapatkan sebuah masjid bagi kegunaan kami serta pelawat yang berkunjung ke sini.

"Kami berasa segan dan malu kerana ada ketikanya pelawat luar yang turut singgah untuk solat Jumaat menegur kenapa rumah ibadat di kampung kami terlalu kecil dan sesak," kata Ali Oden, 50, penduduk asal kampung berkenaan.

Ali berkata, selama ini penduduk kampung terpaksa menggunakan satu-satunya surau kampung yang terletak berhadapan Sungai Santubong sebagai masjid bagi menunaikan ibadat.

"Kami difahamkan tapak masjid baru memang sudah ada di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong, namun hingga ke hari ini tapak berkenaan masih bersemak.

"Seingat saya pada bulan Mei 2006, penduduk kampung terutama ahli jawatankuasa masjid telah diberikan sepersalinan baju Melayu untuk menghadiri majlis pecah tanah pembinaan masjid baru di kampung kami, namun sehingga sekarang projek itu belum dimulakan," katanya.

Beliau berkata, jika kampung itu mempunyai sebuah masjid seperti yang terdapat di Kampung Buntal dan Kampung Sungai Midin yang terletak berhampiran, ia akan memudahkan penduduk, pekerja dan pelancong Islam menunaikan ibadat, apa lagi kawasan itu memang menjadi tumpuan pelancong, selain ramai pelancong Islam yang menginap di pusat peranginan berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Sarbini Labong, 56, turut berharap supaya pembinaan masjid di kampung itu dapat disegerakan, bagi kemudahan masyarakat Islam di situ.

Penduduk juga katanya, boleh menggunakan masjid bagi melakukan pelbagai aktiviti keagamaan serta dapat mempereratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Pesanan: Teringat sebelum PRK Dun Batang Ai, BN Sabah dan Sarawak luluskan peruntukan puluhan ribu untuk perkembangan agama bukan Islam.