JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 17, 2009

Sepatutnya 'undi percaya' terhadap Zambry


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kemelut politik di Perak terlalu berpihak dan bukan pandangan perundangan atau pentadbiran yang baik.

Katanya, mana boleh hendak diadakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tetapi apa yang mungkin boleh jadi diadakan undi percaya terhadap Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir sebagaimana dilaporkan akhbar semalam iaitu jika BN benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru boleh ditubuhkan.
Bekas Perdana Menteri itu juga dilaporkan berkata, jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya.
"Hasilnya ialah satu kesimpulan yang sudah dapat dijangka. Itulah perasaan saya bahawa pakatan pembangkang akan menang. Jadi mengapa hendak pilihan raya," kata Mahathir.
Namun demikian, tambah Wan Muttalib, satu lagi masalah terdahulu adalah pensyoran Jawatankuasa Tatatertib yang telah bersetuju menggantungkan Dr Zambry bersama enam Exconya yang akan dibuat pengesahannya bila mana Dewan Negeri bersidang.
"Penggantungan itu adalah urusan prosedur Dewan yang mana mahkamah tidak boleh campur tangan di bawah doktrin pemisahan kuasa," ujarnya yang juga seorang peguam terkemuka ketika berucap pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu kali ke-34 di markas tarbiah PAS kawasan di sini, pagi ini.
Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.Tambahnya, dengan berlangsungnya persidangan Dewan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengekalkan majoriti 28 kerusi berbanding dengan BN sebanyak 24 kerusi ( iaitu 28-7+3).
Menurutnya, sidang Dun pada 7 Mei lalu yang sekarang masih dalam pertikaian mestilah di bawah arahan Yang Dipertua, V Sivakumar dan selaku Speaker, beliau berhak menerima/menolak mana-mana usul yang dikemukakan.
"Kesahihan sidang Dewan pada 7 Mei 2009 boleh dipertikaikan kerana dibuat tidak mengikut Peraturan Dewan," ujarnya selaku Penasihat PAS kawasan.Beliau turut mengulas keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu.
Seperti mana diduga, katanya jika mahkamah membuat penghakiman undang-undang, sudah pasti Nizar akan dikembalikan (reinstate) jawatannya sebagai Menteri Besar Perak kerana kuasa memecatnya hanya boleh dilakukan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Negeri - Art XVI (6).
Ahli Exco selain daripada Menteri Besar memegang jawatan mereka dalam masa perkenan ke bawah Paduka Seri Sultan Perak tetapi itupun Sultan akan hanya boleh membatalkan `perkenan' di atas nasihat Menteri Besar.
Mengenai perintah tangguh pelaksanaan perintah, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permintaan Dr Zambry supaya mentawakufkan penghakiman pembatalan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar.
"Pada pandangan saya, perintah itu tidak tepat kerana penghakiman Mahkamah Tinggi adalah satu pengisytiharan penentuan siapakah Menteri Besar yang sah mengikut Perlembagaan negeri," ujarnya.

Jelasnya, oleh kerana Nizar telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah dan beliau yang terdahulunya dilantik secara sah, maka sepatutnya beliaulah yang diberi kuasa mengepalai kerajaan sehingga selesai rayuan Zambry.
"Katakanlah, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan mengesahkan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 yang saya yakin itulah kedudukan undang-undangnya, maka sudah tentu apa-apa jua tindakan pemerintahan dan pentadbiran oleh Kerajaan BN akan dianggap tidak sah dari awal lagi (void abnitio), sebahagian daripadanya tidJustify Fullak akan boleh diremedikan manakala sebahagian lagi tidak," jelasnya lagi.

No comments: