JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, May 15, 2009

Masjid belum dibina sejak pecah tanah 4 tahun lalu


3,000 penduduk rayu projek dilaksana elak tapak bersemak

KUCHING: Empat tahun lalu, penduduk di Kampung Santubong kira-kira 35 kilometer dari sini, menghadiri majlis pecah tanah Masjid Santubong, namun sehingga ke hari ini kawasan tapak masjid itu masih lagi bersemak, tanpa ada tanda-tanda sebarang projek pembinaannya akan dimulakan.

Sehubungan itu, lebih 3,000 penduduk Islam yang mendiami perkampungan Melayu itu merayu supaya kerajaan negeri mempercepatkan pelaksanaan projek berkenaan, kerana masyarakat Islam di situ terpaksa bersesak di surau yang kecil pada ketika ini.

Lebih memburukkan keadaan surau yang terletak dekat Pantai Santubong itu sentiasa dimasuki pasir sehingga pasir sering melekat pada dahi jemaah yang menunaikan solat di situ.

"Kami mahukan sebuah masjid. Sekarang kami terpaksa bersesak dalam surau yang kecil serta dimasuki pasir. Sampai bila lagi kami nak tunggu untuk mendapatkan sebuah masjid bagi kegunaan kami serta pelawat yang berkunjung ke sini.

"Kami berasa segan dan malu kerana ada ketikanya pelawat luar yang turut singgah untuk solat Jumaat menegur kenapa rumah ibadat di kampung kami terlalu kecil dan sesak," kata Ali Oden, 50, penduduk asal kampung berkenaan.

Ali berkata, selama ini penduduk kampung terpaksa menggunakan satu-satunya surau kampung yang terletak berhadapan Sungai Santubong sebagai masjid bagi menunaikan ibadat.

"Kami difahamkan tapak masjid baru memang sudah ada di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong, namun hingga ke hari ini tapak berkenaan masih bersemak.

"Seingat saya pada bulan Mei 2006, penduduk kampung terutama ahli jawatankuasa masjid telah diberikan sepersalinan baju Melayu untuk menghadiri majlis pecah tanah pembinaan masjid baru di kampung kami, namun sehingga sekarang projek itu belum dimulakan," katanya.

Beliau berkata, jika kampung itu mempunyai sebuah masjid seperti yang terdapat di Kampung Buntal dan Kampung Sungai Midin yang terletak berhampiran, ia akan memudahkan penduduk, pekerja dan pelancong Islam menunaikan ibadat, apa lagi kawasan itu memang menjadi tumpuan pelancong, selain ramai pelancong Islam yang menginap di pusat peranginan berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Sarbini Labong, 56, turut berharap supaya pembinaan masjid di kampung itu dapat disegerakan, bagi kemudahan masyarakat Islam di situ.

Penduduk juga katanya, boleh menggunakan masjid bagi melakukan pelbagai aktiviti keagamaan serta dapat mempereratkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Pesanan: Teringat sebelum PRK Dun Batang Ai, BN Sabah dan Sarawak luluskan peruntukan puluhan ribu untuk perkembangan agama bukan Islam.

No comments: