JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, May 26, 2009

Manipulasi Nama Taib Mahmud


Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mengutip derma menggunakan nama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa pilihan raya kecil Batang Ai.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak Supritendan Md Firdaus Abdullah berkata lelaki itu kini ditahan untuk membantu siasatan dan polis.

Polis, katanya sedang turut memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.

Suspek dipercayai terlibat dalam memalsukan dokumen serta tandatangan Ketua Menteri bagi memungut derma kononnya bagi membiayai operasi pilihanraya kecil Batang Ai.

Perkara itu telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkannya sebagai perbuatan jahat untuk memburukkan nama Ketua Menteri serta BN.

Terdahulu, Fidaus menasihatkan orang ramai agar tidak melayan pengendali internet yang meminta mereka menghulurkan sumbangan atau menawarkan pelbagai barangan di internet.

polis banyak menerima aduan dari negeri ini termasuk yang terbaru seorang mangsa dari Miri yang tertipu lebih RM70,000.

Katanya, kes penipuan melalui internet ini mungkin banyak berlaku, bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata beliau percaya sindiket pengendali laman itu dilakukan oleh pihak tertentu dari luar negara.

”Justeru kita nasihatkan orang awam agar tidak mudah terperdaya dengan pengendali yang cuba mendapatkan keuntungan dengan meminta sumbangan atau menawarkan barangan yang tidakwujud,” katanya semasa sidang media di Miri petang tadi.

Berita dari Sarawak

No comments: