JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 10, 2010

Piala Dunia 2010 : Pemain Muslim Turut Menyerlah

SEDANG demam Piala Dunia kini mencapai suhu kemuncaknya, beberapa pemain yang dahulu tidak diketahui ramai kini menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak.

Ini termasuk beberapa pemain Muslim, yang mewakili pasukan Belanda dan Jerman, seperti Ibrahim Afellay dan Khalid Boulahrouz (Belanda) serta Sami Khedira dan Mesut Ozil (Jerman).

Bahkan, Afellay sebenarnya berpeluang menyarung jersi negara kelahiran ibu bapanya, Maghribi, namun beliau memilih mewakili negara kelahirannya sendiri, iaitu Belanda.

Begitu juga Khedira dan Ozil, yang memilih Jerman.

Bagi pemain Ghana, Andre Ayew, pula, beliau memilih negara Afrika asal keluarganya meskipun dilahirkan di Perancis.

Walau apa pun pilihan mereka, bintang bola sepak beragama Islam ini telah mempamerkan kelakonan menyerlah dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, yang bakal berakhir esok.

Bahkan, kehadiran Ozil, 21 tahun, seakan membawa nafas baru kepada skuad Jerman yang dahagakan pemain yang boleh menjadi nadi pasukan.

Beliau pendatang berketurunan Turkey tetapi memilih Jerman sebagai pasukannya.

Beberapa laporan menukil jurulatih Jerman, Joachim Loew, memuji Ozil sebagai 'hadiah bagi bola sepak Jerman'.

Beliau menjaringkan satu gol untuk membolehkan Jerman menundukkan Ghana 1-0, sekali gus mendahului Kumpulan D, dan mempamerkan persembahan cemerlang, walaupun tidak menjaringkan gol, untuk membantu negara menggilis Argentina 4-0 dalam peringkat suku akhir.

Begitu juga dengan Afellay, 24 tahun.

Pemain Belanda berketurunan Maghribi ini pernah diberikan Anugerah Johan Cruyff sebagai 'Pemain Muda Terbaik' di Belanda pada 2007.

Meskipun begitu sibuk dengan jadual latihan dan perlawanan, para pemain ini tidak pernah melupakan agama mereka.

Laporan Bloomberg News menukil pemain tengah Jerman, Khedira, yang berketurunan Tunisia- Jerman, mendedahkan beliau sering berdoa sebelum memulakan sebarang perlawanan.

Seorang lagi pemain Belanda yang mewakili kelab Liga Perdana England, Arsenal, Robin van Persie, juga dikatakan penganut Islam.

Belanda, Jerman dan Ghana bersama-sama Paraguay, Sepanyol, Argentina, Uruguay dan Brazil membentuk lapan pasukan yang mara ke pusingan suku akhir.

Esok, perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol, akan melihat kededua pasukan bertarung untuk mendapatkan piala emas yang diidam-idamkan - yang pertama bagi kededua negara.

Namun, lebih daripada semua itu, penglibatan para pemain beragama Islam ini membawa pengertian yang lebih mendalam, terutama bagi lebih 53 juta penduduk Islam di benua Eropah yang sebahagian besarnya merupakan para pendatang.

Penampilan pemain seperti Boulahrouz dan Khedira, yang merupakan anak kelahiran pendatang, dalam skuad kebangsaan masing-masing hanya menandakan satu perkara - golongan pendatang kini mampu mewakili negara mereka.

'Kami anak-anak pendatang akhirnya dapat melakukannya.

Meskipun ia memerlukan tiga generasi. Skuad ini menunjukkan kita semua boleh hidup dan berjaya bersama,' kata pemilik kedai di Berlin, Jerman, Encik Jan Coskun, 24 tahun, ditukil dari Bloomberg News.

Hanya 12 tahun lalu, skuad Piala Dunia Jerman tidak pernah memiliki sebarang pemain berketurunan asing tetapi ini berubah empat tahun kemudian dengan kemasukan Miroslav Klose yang dilahirkan di Poland dan Gerard Asamoah dari Ghana.

Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Theo Zwanziger, bahkan menjangkakan anak pendatang dalam skuad nasional Jerman dijangka meningkat:

'Ia menunjukkan kepada dunia bahawa anak-anak muda dari latar belakang pendatang juga boleh berjaya,' katanya. [sumber :cyberita]

Thursday, July 8, 2010

Lagi Parti Pembangkang tajaan BN di Sarawak ?


PRESS INVITATION

TO : ALL LOCAL AND FOREIGN MEDIAS AND POLITICAL SOURCE OF INFORMATION

DATE : 5TH JULY 2010

RE : PRESS CONFERENCE – PROTEM MEETING OF PARTI EKONOMI RAKYAT SARAWAK BERSATU (PERSB)

An announcement will be made during the Press Conference that we are ready, willing and able to compete in all 71 state seats in the 10th Sarawak State Legislative Assembly Elections and 31 seats of parliament during the 13th General Elections.

Kindly send your reporters and photographers to our Press Conference scheduled below to meet our candidates for the Elections.

Date : 10th July 2010 (Saturday)

Time : 9.30am

Venue : Rafflesia 2, Hotel Grand Continental, Kuching, Sarawak

Kindly confirm your attendance by emailing to info@pers.com.my before 10th July 2010. Thank you.

Issued by : Noh @ Mohammad Noh Bin Bakri @ Bakeri

Secretary, Protem Meeting, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB)
Lot 303, 1st Floor, Beg Berkunci 356, 98857 Lawas, Sarawak

Parti baru mahu tanding 71 kerusi DUN Sarawak

PERSB rancang perkenal calon pilihan raya negeri Sabtu


KUCHING: Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB), sebuah parti baru ditubuhkan menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Kesepuluh mengesahkan akan bertanding di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Setiausaha penaja parti itu, Noh @ Mohammad Noh Bakri @ Bakeri, berkata mereka sudah mengenal pasti 71 calon yang akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri yang dijangka akhir tahun ini, atau paling lewat awal tahun depan.
Malah katanya, parti itu sudah bersiap sedia dari segi modal sebagai wang cengkeram untuk semua calonnya.
"Kami akan memperkenalkan semua 71 calon parti kami pada satu sidang media khas di Hotel Grand Continental di Kuching pada jam 9.30 pagi, Sabtu ini, katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti itu kecuali mengesahkan ia diketuai seorang ahli perniagaan, David Mathew, dari Lawas.

Katanya, parti itu ditubuhkan sekumpulan ahli perniagaan dan golongan profesional termasuk peguam.

Noh berkata, perjuangan PERSB berbeza dengan parti lain kerana tidak menyokong parti kerajaan Barisan Nasional (BN), mahupun pakatan pembangkang.
"PERSB mempunyai landasan perjuangan tersendiri dan kita akan memperjuangkan nasib penduduk luar bandar terutama yang tidak menikmati bekalan asas elektrik, air dan tiada sumber ekonomi," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak yang dihubungi mengesahkan PERSB sudah memohon untuk didaftarkan.

Tuesday, July 6, 2010

Mogok anjuran pembangkang berkesan


NEW DELHI - Pasukan polis India mengarahkan anggota-anggotanya berkawal di bandar-bandar seluruh India semalam ekoran mogok besar-besaran kerana kenaikan harga minyak sekali gus menjejaskan perkhidmatan kapal terbang dan kereta api selain menyebabkan banyak sekolah serta premis perniagaan ditutup.

Mogok itu dianjurkan oleh parti pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan parti-parti berhaluan kiri bagi menunjukkan penentangan terhadap program pembaharuan yang dilaksanakan pemerintah.

Pada bulan lalu, pihak pemerintah menamatkan subsidi petrol dan mengumumkan kenaikan harga bahan api lain sebagai satu langkah utama demi mengurangkan defisit fiskal yang serius. Mogok itu dilihat tertumpu di Mumbai dengan seramai 40,000 anggota polis ditempatkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya kekacauan yang lebih besar.

Penerbangan ke Mumbai terjejas teruk dengan syarikat penerbangan domestik membatalkan 25 pelepasan dan 39 ketibaan penerbangan. Teksi di bandar itu turut tidak beroperasi. - AFP

Sunday, July 4, 2010

PRIMA DONA BIRU KALAH


Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.

Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".

"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite UMNO dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.

"Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pekan di sini.

Apabila jadi guru bukan kerana dakwah

TAWAU: Seramai 117 guru di negeri ini diarah memberi surat tunjuk sebab manakala 150 guru lagi bakal dikenakan tindakan yang sama, ekoran pelbagai kesalahan tatatertib yang dilakukan.

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Dr. Muhiddin Yusin, berkata antara kesalahan tatatertib yang dikenalpasti dilakukan oleh kesemua guru berkenaan ialah lewat masuk sekolah, ponteng, tidak melaksanakan tugas selain pelbagai kesalahan lain.

Katanya, kesemua perbuatan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seseorang pendidik kerana ia boleh mencemar profesyen perguruan di negeri dan negara ini.

“Pendekatan yang diambil pihak jabatan ini adalah titik-tolak kepada perubahan bagi memastikan profesyen perguruan terus relevan dan dipandang tinggi oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Tawau di Dewan Rafflesia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tawau, kelmarin.

Dalam pada itu, Muhiddin memberitahu bahawa beliau juga akan melakukan pemeriksaan dan tinjauan mengejut ke sekolah-sekolah di negeri ini.

Tindakan itu, katanya diambil bagi memastikan setiap sekolah dan guru-guru memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka yang sebenar.

Jika ada sekolah atau guru yang didapati melakukan salah laku katanya, Jabatan Pelajaran Sabah akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ketika berucap, beliau turut menyeru golongan guru di negeri ini supaya memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar mereka tidak ketinggalan di dalam arus perubahan masa.

Era globalisasi masa kini juga ujarnya menuntut setiap guru menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan peranan mereka.

Tiga bekas guru dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru pada majlis berkenaan iaitu Mazlan Abdullah, Abdawah Assanda dan Lim Vo Chin.

Selain itu, SMK Kinabutan dan SK Bombalai pula diberikan Anugerah Sekolah Tahun ini pada majlis itu.

Saturday, July 3, 2010

Syarikat Judi Taja Sukan di Sarawak kali ke 18

KUCHING: Sports Toto (Malaysia) Sdn Bhd (Sports Toto) semalam menyampaikan tajaan bernilai RM20,000 bagi Pertandingan Bola Keranjang 2010 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

TAJAAN: Emily Tan (tiga kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM20,000 kepada Chan (tiga kiri) di MBKS semalam. Turut kelihatan Ong (kanan), Helen (dua kanan), Coolplay (dua kiri) dan Tan Kai (kiri).



Pertandingan yang merupakan salah satu daripada aktiviti Festival Kuching 2010 itu antara lain turut menerima sumbangan seperti barangan cenderamata, beg dan sebagainya daripada Sports Toto.

Pengurus (Komunikasi) Sports Toto Emily Tan berkata ia merupakan kali ke-18 Sports Toto menjadi penaja utama pertandingan bola keranjang anjuran MBKS itu.

“Kami kekal menaja pertandingan ini atas kejayaan yang ditunjukkan dalam program dan pada tahun ini kami meningkatkan jumlah tajaan.

“Selain daripada jumlah RM20,000, kami juga turut memberi hadiah dan barangan seperti cenderamata,” katanya dalam majlis penyampaian cek tajaan di MBKS di sini, semalam.

Kata beliau, program sedemikian merupakan sebahagian daripada program tangggungjawab sosial korporat syarikat.

Tan berkata, antara lain Sports Toto juga turut mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat di seluruh negara.

Sementara itu Datuk Bandar MBKS James Chan pula melahirkan penghargaan kepada Sports Toto kerana terus menyokong program melalui tajaan mereka.

“Kami berharap tajaan seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat khasnya golongan muda untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan yang kami anjurkan.

“Kami juga amat menggalakkan penyertaan daripada komuniti lain selain kaum Cina untuk bersama-sama menyertai pertandingan bola keranjang ini,” tegas beliau.

Chan dalam pada itu turut menjamin bahawa tajaan yang diberikan akan digunakan dengan sebaiknya untuk acara yang diadakan.

Mengulas mengenai penyertaan, beliau berkata ia dijangka semakin meningkat berbanding tahun lalu yang menyaksikan sebanyak 128 pasukan bertanding bagi Piala Datuk Bandar.

Pada Festival Kuching itu nanti pertandingan bola keranjang dibahagikan kepada dua iaitu Piala Sports Toto Datuk Bandar dan Sports Toto Basketball Jamboree.

Piala Sports Toto Datuk Bandar dibahagi kepada tiga kategori iaitu 14 tahun ke bawah, 22 tahun ke bawah dan bukan Cina.

Kejohanan dijangka bermula pada 1 Ogos 2010 di Stadium Tertutup MBKS.

Sementara Sports Toto Basketball Jamboree Alam diadakan di foyer MBKS di Jalan Padungan pada 8 Ogos 2010 bermula jam 7.30 pagi.

Pertandingan turut mendapat tajaan bersama SugarBun, tHe Spring (Centuryin Trading Sdn Bhd) dan Red Bull.

Piala Datuk Bandar telah diperkenalkan sejak 1993 dan sejak itu Sports Toto menjadi penaja utama bagi pertandingan sementara Persatuan Bola Keranjang Bahagian Kuching menyediakan sokongan teknikal dalam pertandingan berkenaan.

Hadir sama pengerusi penganjur pertandingan Coolplay Nyipa, Ahli Majlis MBKS Tan Kai, Eksekutif Jualan Kawasan-Kuching Sports Toto Helen Tan dan Pegawai Jualan Kawasan-Kuching Ong Sze Tek

Thursday, July 1, 2010

Lalai Tontotn Bola, Tak Sedar rumah dirompak


SIBU: Kerana terlelap ketika menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia antara Sepanyol menentang Portugal kira-kira jam 3.30 pagi semalam, seorang ibu dan anak lelakinya tidak menyedari rumah mereka dipecah masuk oleh pencuri.

Kecurian itu berlaku di sebuah rumah teres satu tingkat di lorong 9, Jalan Permai dekat sini.

Kesan tapak kaki yang masih berlumpur di atas cadar tilam di bilik tidur mengejutkan seorang ibu semasa bersiap sedia untuk menyediakan sarapan pagi awal pagi semalam.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, ibu terbabit terus menuju ke arah tingkap dan mendapati jaring penghalang nyamuk pada pintu rumahnya telah dirobek dan tingkap terbuka luas, meyakinkannya lagi bahawa bilik tidurnya telah dimasuki pencuri.

Setelah membuat pemeriksaan, beliau mendapati laci almari di dalam bilik tidurnya diselongkar dan mendapati wang tunai hampir RM2,000, barang kemas bernilai kira-kira RM5,000, beg tangan mengandungi kad pengenalan MyKad dan dokumen penting telah hilang.

Ibu berkenaan ketika ditemui di Balai Polis Sentral Sibu semalam berkata, keluarganya baru sahaja balik daripada menghadiri satu majlis di Kuching pada petang kejadian itu.

“Oleh kerana terlalu penat ibu terbabit dan anak lelaki menonton perlawanan bola Piala Dunia tetapi terlelap di ruang tamu mereka,” katanya.

Katanya, ahli keluarga lain yang tidur di bilik bersebelahan juga tidur nyenyak dan tidak mendengar apa-apa semasa rumah mereka dipecah masuk. Kes tersebut telah dilaporkan kepada polis jam 11 pagi semalam.