JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 3, 2010

Syarikat Judi Taja Sukan di Sarawak kali ke 18

KUCHING: Sports Toto (Malaysia) Sdn Bhd (Sports Toto) semalam menyampaikan tajaan bernilai RM20,000 bagi Pertandingan Bola Keranjang 2010 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

TAJAAN: Emily Tan (tiga kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM20,000 kepada Chan (tiga kiri) di MBKS semalam. Turut kelihatan Ong (kanan), Helen (dua kanan), Coolplay (dua kiri) dan Tan Kai (kiri).



Pertandingan yang merupakan salah satu daripada aktiviti Festival Kuching 2010 itu antara lain turut menerima sumbangan seperti barangan cenderamata, beg dan sebagainya daripada Sports Toto.

Pengurus (Komunikasi) Sports Toto Emily Tan berkata ia merupakan kali ke-18 Sports Toto menjadi penaja utama pertandingan bola keranjang anjuran MBKS itu.

“Kami kekal menaja pertandingan ini atas kejayaan yang ditunjukkan dalam program dan pada tahun ini kami meningkatkan jumlah tajaan.

“Selain daripada jumlah RM20,000, kami juga turut memberi hadiah dan barangan seperti cenderamata,” katanya dalam majlis penyampaian cek tajaan di MBKS di sini, semalam.

Kata beliau, program sedemikian merupakan sebahagian daripada program tangggungjawab sosial korporat syarikat.

Tan berkata, antara lain Sports Toto juga turut mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan masyarakat di seluruh negara.

Sementara itu Datuk Bandar MBKS James Chan pula melahirkan penghargaan kepada Sports Toto kerana terus menyokong program melalui tajaan mereka.

“Kami berharap tajaan seperti ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat khasnya golongan muda untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan yang kami anjurkan.

“Kami juga amat menggalakkan penyertaan daripada komuniti lain selain kaum Cina untuk bersama-sama menyertai pertandingan bola keranjang ini,” tegas beliau.

Chan dalam pada itu turut menjamin bahawa tajaan yang diberikan akan digunakan dengan sebaiknya untuk acara yang diadakan.

Mengulas mengenai penyertaan, beliau berkata ia dijangka semakin meningkat berbanding tahun lalu yang menyaksikan sebanyak 128 pasukan bertanding bagi Piala Datuk Bandar.

Pada Festival Kuching itu nanti pertandingan bola keranjang dibahagikan kepada dua iaitu Piala Sports Toto Datuk Bandar dan Sports Toto Basketball Jamboree.

Piala Sports Toto Datuk Bandar dibahagi kepada tiga kategori iaitu 14 tahun ke bawah, 22 tahun ke bawah dan bukan Cina.

Kejohanan dijangka bermula pada 1 Ogos 2010 di Stadium Tertutup MBKS.

Sementara Sports Toto Basketball Jamboree Alam diadakan di foyer MBKS di Jalan Padungan pada 8 Ogos 2010 bermula jam 7.30 pagi.

Pertandingan turut mendapat tajaan bersama SugarBun, tHe Spring (Centuryin Trading Sdn Bhd) dan Red Bull.

Piala Datuk Bandar telah diperkenalkan sejak 1993 dan sejak itu Sports Toto menjadi penaja utama bagi pertandingan sementara Persatuan Bola Keranjang Bahagian Kuching menyediakan sokongan teknikal dalam pertandingan berkenaan.

Hadir sama pengerusi penganjur pertandingan Coolplay Nyipa, Ahli Majlis MBKS Tan Kai, Eksekutif Jualan Kawasan-Kuching Sports Toto Helen Tan dan Pegawai Jualan Kawasan-Kuching Ong Sze Tek

No comments: