JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 1, 2010

Lalai Tontotn Bola, Tak Sedar rumah dirompak


SIBU: Kerana terlelap ketika menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia antara Sepanyol menentang Portugal kira-kira jam 3.30 pagi semalam, seorang ibu dan anak lelakinya tidak menyedari rumah mereka dipecah masuk oleh pencuri.

Kecurian itu berlaku di sebuah rumah teres satu tingkat di lorong 9, Jalan Permai dekat sini.

Kesan tapak kaki yang masih berlumpur di atas cadar tilam di bilik tidur mengejutkan seorang ibu semasa bersiap sedia untuk menyediakan sarapan pagi awal pagi semalam.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, ibu terbabit terus menuju ke arah tingkap dan mendapati jaring penghalang nyamuk pada pintu rumahnya telah dirobek dan tingkap terbuka luas, meyakinkannya lagi bahawa bilik tidurnya telah dimasuki pencuri.

Setelah membuat pemeriksaan, beliau mendapati laci almari di dalam bilik tidurnya diselongkar dan mendapati wang tunai hampir RM2,000, barang kemas bernilai kira-kira RM5,000, beg tangan mengandungi kad pengenalan MyKad dan dokumen penting telah hilang.

Ibu berkenaan ketika ditemui di Balai Polis Sentral Sibu semalam berkata, keluarganya baru sahaja balik daripada menghadiri satu majlis di Kuching pada petang kejadian itu.

“Oleh kerana terlalu penat ibu terbabit dan anak lelaki menonton perlawanan bola Piala Dunia tetapi terlelap di ruang tamu mereka,” katanya.

Katanya, ahli keluarga lain yang tidur di bilik bersebelahan juga tidur nyenyak dan tidak mendengar apa-apa semasa rumah mereka dipecah masuk. Kes tersebut telah dilaporkan kepada polis jam 11 pagi semalam.

No comments: