JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 4, 2010

Apabila jadi guru bukan kerana dakwah

TAWAU: Seramai 117 guru di negeri ini diarah memberi surat tunjuk sebab manakala 150 guru lagi bakal dikenakan tindakan yang sama, ekoran pelbagai kesalahan tatatertib yang dilakukan.

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Dr. Muhiddin Yusin, berkata antara kesalahan tatatertib yang dikenalpasti dilakukan oleh kesemua guru berkenaan ialah lewat masuk sekolah, ponteng, tidak melaksanakan tugas selain pelbagai kesalahan lain.

Katanya, kesemua perbuatan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh seseorang pendidik kerana ia boleh mencemar profesyen perguruan di negeri dan negara ini.

“Pendekatan yang diambil pihak jabatan ini adalah titik-tolak kepada perubahan bagi memastikan profesyen perguruan terus relevan dan dipandang tinggi oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Tawau di Dewan Rafflesia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tawau, kelmarin.

Dalam pada itu, Muhiddin memberitahu bahawa beliau juga akan melakukan pemeriksaan dan tinjauan mengejut ke sekolah-sekolah di negeri ini.

Tindakan itu, katanya diambil bagi memastikan setiap sekolah dan guru-guru memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka yang sebenar.

Jika ada sekolah atau guru yang didapati melakukan salah laku katanya, Jabatan Pelajaran Sabah akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ketika berucap, beliau turut menyeru golongan guru di negeri ini supaya memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar mereka tidak ketinggalan di dalam arus perubahan masa.

Era globalisasi masa kini juga ujarnya menuntut setiap guru menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan peranan mereka.

Tiga bekas guru dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru pada majlis berkenaan iaitu Mazlan Abdullah, Abdawah Assanda dan Lim Vo Chin.

Selain itu, SMK Kinabutan dan SK Bombalai pula diberikan Anugerah Sekolah Tahun ini pada majlis itu.

No comments: