JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 10, 2010

Piala Dunia 2010 : Pemain Muslim Turut Menyerlah

SEDANG demam Piala Dunia kini mencapai suhu kemuncaknya, beberapa pemain yang dahulu tidak diketahui ramai kini menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak.

Ini termasuk beberapa pemain Muslim, yang mewakili pasukan Belanda dan Jerman, seperti Ibrahim Afellay dan Khalid Boulahrouz (Belanda) serta Sami Khedira dan Mesut Ozil (Jerman).

Bahkan, Afellay sebenarnya berpeluang menyarung jersi negara kelahiran ibu bapanya, Maghribi, namun beliau memilih mewakili negara kelahirannya sendiri, iaitu Belanda.

Begitu juga Khedira dan Ozil, yang memilih Jerman.

Bagi pemain Ghana, Andre Ayew, pula, beliau memilih negara Afrika asal keluarganya meskipun dilahirkan di Perancis.

Walau apa pun pilihan mereka, bintang bola sepak beragama Islam ini telah mempamerkan kelakonan menyerlah dalam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, yang bakal berakhir esok.

Bahkan, kehadiran Ozil, 21 tahun, seakan membawa nafas baru kepada skuad Jerman yang dahagakan pemain yang boleh menjadi nadi pasukan.

Beliau pendatang berketurunan Turkey tetapi memilih Jerman sebagai pasukannya.

Beberapa laporan menukil jurulatih Jerman, Joachim Loew, memuji Ozil sebagai 'hadiah bagi bola sepak Jerman'.

Beliau menjaringkan satu gol untuk membolehkan Jerman menundukkan Ghana 1-0, sekali gus mendahului Kumpulan D, dan mempamerkan persembahan cemerlang, walaupun tidak menjaringkan gol, untuk membantu negara menggilis Argentina 4-0 dalam peringkat suku akhir.

Begitu juga dengan Afellay, 24 tahun.

Pemain Belanda berketurunan Maghribi ini pernah diberikan Anugerah Johan Cruyff sebagai 'Pemain Muda Terbaik' di Belanda pada 2007.

Meskipun begitu sibuk dengan jadual latihan dan perlawanan, para pemain ini tidak pernah melupakan agama mereka.

Laporan Bloomberg News menukil pemain tengah Jerman, Khedira, yang berketurunan Tunisia- Jerman, mendedahkan beliau sering berdoa sebelum memulakan sebarang perlawanan.

Seorang lagi pemain Belanda yang mewakili kelab Liga Perdana England, Arsenal, Robin van Persie, juga dikatakan penganut Islam.

Belanda, Jerman dan Ghana bersama-sama Paraguay, Sepanyol, Argentina, Uruguay dan Brazil membentuk lapan pasukan yang mara ke pusingan suku akhir.

Esok, perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol, akan melihat kededua pasukan bertarung untuk mendapatkan piala emas yang diidam-idamkan - yang pertama bagi kededua negara.

Namun, lebih daripada semua itu, penglibatan para pemain beragama Islam ini membawa pengertian yang lebih mendalam, terutama bagi lebih 53 juta penduduk Islam di benua Eropah yang sebahagian besarnya merupakan para pendatang.

Penampilan pemain seperti Boulahrouz dan Khedira, yang merupakan anak kelahiran pendatang, dalam skuad kebangsaan masing-masing hanya menandakan satu perkara - golongan pendatang kini mampu mewakili negara mereka.

'Kami anak-anak pendatang akhirnya dapat melakukannya.

Meskipun ia memerlukan tiga generasi. Skuad ini menunjukkan kita semua boleh hidup dan berjaya bersama,' kata pemilik kedai di Berlin, Jerman, Encik Jan Coskun, 24 tahun, ditukil dari Bloomberg News.

Hanya 12 tahun lalu, skuad Piala Dunia Jerman tidak pernah memiliki sebarang pemain berketurunan asing tetapi ini berubah empat tahun kemudian dengan kemasukan Miroslav Klose yang dilahirkan di Poland dan Gerard Asamoah dari Ghana.

Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Theo Zwanziger, bahkan menjangkakan anak pendatang dalam skuad nasional Jerman dijangka meningkat:

'Ia menunjukkan kepada dunia bahawa anak-anak muda dari latar belakang pendatang juga boleh berjaya,' katanya. [sumber :cyberita]

No comments: