JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, February 10, 2009

Bersediakah Pas bertempur di Sarawak?


Dijangkakan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (PRDUN) Sarawak hanya akan diadakan selepas Najib Mongolia menjadi PM kerana jika diadakan ketika ini peluang untuk BN kalah amat cerah kerana kempen agresif Pakatan Rakyat di Sarawak sejak Disember lalu.

Penyertaan Adun Bebas Gabriel Adit bersama puluhan ribu pribumi Sarawak seperti termasuk kaum Iban, Bidayuh, Melanau serta bekas MP BN menyertai keADILaan amat menggerunkan BN.

Selain itu, setiap bulan beberapa pimpinan utama keADILan mula berkampung silih berganti di Sarawak bagi memastikan saingan sengit pertempuran PRDUN Sarawak akan datang.

Penulis turut berharap pimpinan Pas Pusat agar segera bersedia dan turun padang di sana.

Situasi di Perak dan Kedah yang bakal menyaksikan pilihanraya Kecil bukan alasan untuk Pas menjenguk dan mendengar sendiri rintihan Pas Sarawak.

Harapan untuk melihat Pas menawan Dun Beting Maro juga amat tinggi kerana Pas hampir menang di Dun itu pada PRDUN lalu.

Dalam Pilihanraya Dun Sarawak yang lalu, Pas hanya tewas dengan majoriti 800 ratus undi dalm pertandingan satu lawan satu.

Menariknya, kaum Iban yang majoritinya bukan Islam mengundi Pas sehinggakan situasi ini menjadikan BN melalui sekutunya dari parti PBB terkejut beruk dengan fenomena tersebut.

Buat permulaan, eloklah seorang pimpinan Pas Pusat mula datang ke sana selain menguatkan Kelab Penyokong Pas Sarawak yang telah du lancarkan sebelum ini selain berbincang dengan Pakatan Sarawak agar Pas di beri kerusi tambahan.

Sejumlah 71 Dun akan di pertandingkan di Sarawak dan Pas hanya bertanding 1 Kerusi sahaja pada PRDUN lalu. Timbalan Pengerusi keADILan Sarawak Wan Zainal bersetuju agar Pas diberi kerusi tambahan di sana.

Adun Padungan Dominique Ng juga secara peribadi tiada masalah jika PAs diberi tambahan kerusi dengan syarat pas memiliki pengaruh di kawasan yang ditandiniginya.

Penulis berpendapat PAs perlu sekurang-kurangnya bertandig di 5 kerusi Dun jika parti itu komited membela Islam tanpa mengira sempadan geografi dan batasan kaum.

Untuk rekod. sejumlah hampir suku juta pengundi berdaftar di Malaysia datangnya dari Bumi Kenyalang ini dan besarlah harapan agar Pas berperanan sama membela Islam di Sarawak

Takbir !!!

No comments: