JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, February 12, 2009

Pensiangan: Sekutu BN giat bercakaran


BN Sabah giat bercakaran sesama sendiri berkenaan siapa yang lebih layak bertanding dalam Parlimen Pensiangan Walaupun status kekososngan kerusi itu hanya akan diketahui pada 12 dan 13 Februari ini. Sekutu-sekutu BN dari Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masing-masing mendakwa mempunyai pengaruh dan kononnya yakin menang di Pensiangan.

Pemimpin Tertinggi PBS berkonflik, PBRS cabar debat.


Timbalan Presiden PBS Maximus Ongkili berkata tidak akan mengacau Parlimen Pensiangan yang ditandingi PBRS. Berbeza dengan presiden PBS Pairin Kititngan yang menyatakan bahawa pemilihan calon BN bagi kerusi Pensiangan, jika berlaku satu pilihan raya kecil nanti, tidak seharusnya dibuat secara automatik atau dalam erti kata lain wajar di beri kepada parti komponen yang lebih berpengaruh di kawasan tersebut.

Presiden PBRS Joseph Kurup yang tidak senang dengan kenyataan itu mencabar Pairin untuk berdebat berhubung siapa yang lebih layak bertanding dalam Parlimen Pensiangan.

PBRS adalah parti serpihan PBS dan kedua-duanya adalah parti komponen (sekutu)BN Sabah.

Difahamkan kenyataan oleh Pairin itu merupakan provokasi untuk menarik perhatian BN pusat memandangkan Mantan Ahli Parlimen Pensiangan pada PRU 2004 Benard S. Maraat telah menyertai PBS. Benard merupakan bekas Setiausaha Agong PBRS sebelum keluar parti pada pilihanraya lalu kerana tidak dicalonkan oleh PBRS dan tempat beliau dirampas oleh presiden PBRS Joseph Kurup yang bertanding di Parlimen Pensiangan.

Benard dikatakan memiliki pengaruh yang kuat dikalangan penduduk Pensiangan dan ini meyakinkan PBS agar kerusi itu wajar ditandingi oleh PBS.

Malah, Benard yang juga anak didik Joseph Kurup awal-awal lagi mengishtiharkan akan bertanding sebagai calon bebas jika Kurup mewakili calon BN pada kali ini serta mendakwa PBRS tidak berbuat apa-apa untuk pengundi Pensiangan.

Sementara itu, Benard dilaporkan mendesak agar BN tidak berdolak-dalik berkenaan peruntukan berbilion ringit untuk Sabah termasuklah Koridor Sabah.

Speed up SDC projects in Keningau: Ex-MP


KENINGAU: The federal government has been urged to speed up the implementation of the Sabah Development Corridor (SDC) for Middle Corridor which was announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi here before last year’s general election.

“All projects proposed should be implemented,” former Pensiangan MP Datuk Bernard S Maraat said here yesterday.

He said any late implementation of the projects under the SDC for the Interior region could cause the people here to lose confidence on the Barisan Nasional (BN) government and its leadership.

According to Bernard, two mega projects under the SDC Middle Corridor are the Sabah Handicraft Centre situated in Keningau district and Jatropha Research and Development Centre in Nabawan district.

He said both projects were under the coordination of the Sabah Foundation and Sabah Land Development Board (SLDB).

“The problem now is that both projects have yet to be implemented and it is very important for the federal government to start them without any further delay,” he said.

Bernard who is also the Sandakan Sawit Palm Oil Industrial Cluster (POIC) chairman, said there was no problem for the East Coast Corridor as two mega projects, POIC Lahad Datu and POIC Sandakan, were being implemented smoothly.

Umno pun Mengidam


UMNo Sabah melalui Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Bung Mokhtar Radin pada 8 September tahun lalu dipetik sebagai berkata beliau tidak menolak kemungkinan lobi-melobi kerusi Pensiangan antara parti komponen BN Sabah wujud sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Presiden PBRS, Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu sebagai batal dan tidak sah. – Utusan 9 September 2008.

Selain itu, Adun Umno pernah melobi Pak lah agar Pensiangan diberi kepada Umno. Adun Liawan dari Umno iaitu Sairin Karno di katakana membawa sejumlah 2,000 orang yang kononnya penyokong pembangkang untuk menyertai Umno secara beramai-ramai semasa lawatan Pak Lah di Pensiangan yang lalu. Walaupun akhirnya Umno ditolak dari bertanding di situ, Sairin dikatakan mensabotaj BN sehinggakan PBRS kalah di kawasan terbabit pada PRU 1999.

MP Beaufort Lajim Ukin pula menyindir dengan mengatakan hanya itulah kerusi yang dimiliki PBRS dan meminta sekutu BN lain tidak mengacau hak PBRS.

Bukanlah asing apabila Lajim menyokong PBRS dalam hal ini memandangkan Lajim dan Kurup merupakan bekas ahli dan pemimpin PBS yang menikam Pairin secara berama-ramai dalam tragedi 1994.

PBS yang pada ketika itu merupakan Pembangkang dan memerintah Sabah tumbang seperti kerajaan di Perak apabila Adun PBS melompat katak beramai-ramai menyertai BN termasuklah Kurup yang menubuhkan parti sendiri dengan harapan dapat ‘merasa’ walaupun sebentar kerusi Ketua Menteri menerusi Sistem Penggiliran Ketua Meneteri Sabah. (sayangnya tak sempat bah.. padan mukak ko)

Perlu dijelaskan di sini bahawa perancangan menjatuhkan PBS ketika itu adalah rancangan Mahathir dan bukan Anwar seperti yang didakwa oleh Pemuda PBS baru-baru ini.

Buktinya apabila Mahathir sendiri yang menukar sesuka hati perlantikan Ketua Menteri Sabah melalui orang yang disukainya sahaja.

PBRS merupakan sekutu BN yang terkecil dan hanya diperuntukkan satu Dun satu kerusi Parlimen.

Seandanya berlaku pilihanraya kecil di kawasan ini, kita berharap agar pakatan rakyat khasnya keADILan mementingkan soal calon berbanding soal dari parti mana memandangkan sentimen penduduk amat kuat terhadap perkara ini. Mungkinkah Jeffry Kitingan akan bertanding di sini bagi mewakili keADILan?

No comments: