JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, February 16, 2009

PPSMI: Pelajar Sabah Sarawak gagal lebih 50 Peratus?


KUALA LUMPUR 15 Feb. – Dakwaan bahawa lebih 50 peratus murid di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Perlis gagal dalam Sains dan Matematik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah tidak tepat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya tidak pernah melaporkan sama ada calon lulus atau gagal dalam peperiksaan UPSR.

Sebaliknya, jelas beliau, apa yang dilaporkan ialah sama ada calon UPSR terbabit mencapai atau tidak mencapai tahap penguasaan minimum.

“Melalui data yang diperoleh daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menunjukkan pencapaian murid bagi keempat-empat negeri itu melebihi 50 peratus,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan itu yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini.

Kata Alimuddin, Kelantan berjaya mencatatkan 82 peratus untuk subjek Matematik dan 83.7 peratus dalam Sains.

Jelasnya, Sabah pula mencatat 61.6 peratus dalam Matematik dan Sains, 65.3 peratus, manakala Perlis (Matematik 76.9 peratus, Sains 81.9 peratus) dan Sarawak (Matematik 73.3 peratus, Sains 74 peratus).

Tambah beliau, dakwaan GMP berhubung kejatuhan prestasi murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam mata pelajaran Matematik dan Kimia juga tidak benar.

(Lupa ke Datuk Alimuddin, dua buah sekolah di sabah gagal UPSR 100 Peratus...)

1 comment:

kue bangke said...

sedangkan dlm BM pun bekakai ku belajar math Sains..