JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, February 17, 2009

Dua sekolah di Sabah gagal UPSR 100 peratus


BEAUFORT - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan pencapaian buruk dua buah sekolah rendah di sini dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang gagal 100 peratus.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Klias berkata, pencapaian terburuk itu adalah amat memeranjatkan dan semua pihak diminta tidak menuding jari antara satu sama lain.

''Kita harap pihak sekolah akan membuat kajian terperinci punca utama yang menyebabkan sekolah-sekolah ini gagal seratus peratus,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan guru-guru besar sekolah rendah dari daerah ini di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid.

Beliau berkata, pencapaian UPSR 2008 yang buruk bukan sahaja di SK Kebulu dan SK Kepawa tetapi juga hampir di semua 41 buah sekolah yang terdapat di Beaufort.

Menurutnya, sekolah lain yang turut mengalami kemerosotan ialah SK Jabang yang hanya seorang yang lulus, SK Bentuka (2), SK Blah Batu 65 (3), SK Karangan (2), SK Nukahan (2) dan SK Kota Klias (4).

Utusan Meloya 27 November 2008

No comments: