JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, February 10, 2009

Pilihanraya di Empat Negeri ?


15 Februari = Siasatan kes rasuah dua Adun tidak bebas di Perak yang melompat katak dari keADILan ke UMNo.

12 & 13 Februari
= Mahkamah akan mendengar Rayuan Presiden PBRS Joseph Kurup berkenaan kerusi Parlimen Pensiangan Sabah

13 Februari
= Mesyuarat SPR berkenaan tarikh pilihanraya Kecil Dun Selambau di Kedah dan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak

Pilihanraya DUN Sarawak
= Najib mula bermeyuarat bersama sekutu BN Sarawak esok.

Najib berkempen di Sarawak mulai esok


KUCHING, 9 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan bantuan kepada sekolah bantuan kerajaan mubaligh serta kepada mangsa banjir semasa mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Sarawak mulai Rabu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sarawak hari ini, ketibaan Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Rabu malam, akan disambut oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menteri kabinet negeri, ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Pada keesokan hari, beliau akan menerima anugerah kedua tertinggi negeri iaitu Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang yang membawa gelaran "Datuk Patinggi" daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana.

Upacara penganugerahan itu dilakukan sempena ulang tahun ke-45 Sarawak Maju Dalam Malaysia. (ek elleh... mastermind penculik adun pun dapat pingat???)

Selepas upacara penganugerahan darjah itu, Najib akan mengadakan mesyuarat dengan pemimpin utama Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Kenyataan itu turut menyebut, pada sebelah petang, Najib akan ke Dewan James Wong Kim Min, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas bagi menyampaikan bantuan kewangan di bawah Pakej Rangsangan 2009 untuk sekolah bantuan kerajaan mubaligh di Sarawak dan Sabah.

Selepas acara itu, beliau dijadual ke ibu pejabat Dayak Bidayuh National Association (DBNA) untuk menghadiri majlis pemimpin bersama masyarakat Bidayuh dan pada sebelah malamnya menghadiri majlis penutupan Kongres Islam anjuran Majlis Islam Sarawak.

Pada Jumaat, Najib akan mengadakan mesyuarat dengan anggota eksekutif Dayak Chamber of Commerce yang diketuai oleh Tan Sri Leo Moggie sebelum berlepas ke Miri.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri akan menaiki helikopter ke SMK Suai bagi menyerahkan bantuan ihsan kepada mangsa banjir di sana dan kemudian meninjau kawasan banjir di sekitar Sungai Baram.

Beliau turut dijadual melawat ke pusat pemindahan mangsa tanah runtuh Kampung Lereng Bukit di Bandaraya Miri, diikuti penyerahan bantuan kepada mangsa kejadian itu sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur.- BERNAMA

No comments: