JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, February 18, 2009

PPSMI: Hishamuddin Wajar Letak Jawatan


Oleh: Masdarwahid

KEGAGALAN dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semakin jelas apabila dua buah sekolah luar bandar di Sabah mencatatkan kegagalan 100 peratus bagi semua murid tahun enam di sekolah terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Randah (UPSR) yang lalu.

Dua sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid. Sementara itu, hampir semua 41 buah sekolah di daerah Beaufort mencatatkan kemerosotan ketara dalam peperiksaan UPSR dan enam daripada sekolah itu hanya lulus antara satu hingga empat orang dari keseluruhan murid di setiap sekolah terbabit.

Enam sekolah yang mengalami kemerosotan ialah SK Jabang yang hanya seorang yang lulus, SK Bentuka (2), SK Blah Batu 65 (3), SK Karangan (2), SK Nukahan (2) dan SK Kota Klias (4).

Mengulas, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham Shahrin berkata, sekolah luar bandar amat daif dari segi kemudahan asas dan Hishamuddin seharusnya memantau sendiri perkembangan sekolah berkenaan tanpa menunggu laporan dari kakitangannya.

"Namun kementerian itu tiada keazaman membantu sekolah luar bandar dan hanya mendengar taklimat serta laporan dari Nazir Sekolah yang mereka lantik tanpa melihat sendiri masalah berkenaan," kata Badrul.

Menurut Badrul, Kementerian Pelajaran adalah antara kementerian yang menerima peruntukan tertinggi dalam Bajet tahunan dan beliau kesal kerana berlaku jurang yang besar dalam pengagihan dana antara sekolah di bandar dan luar bandar.

Menurut beliau, Hishamuddin seharusnya mengambil tanggungjawab ini dengan meletakkan jawatan serta-merta dan memansuhkan dasar PPSMI yang turut ditolak hampir semua guru serta tokoh pendidikan negara.

"Hishamuddin bukan sahaja perlu meletak jawatan tetapi juga tidak layak menerajui kementerian kerana tidak memiliki nilai keintelektualan yang tinggi serta tiada sumbangan yang boleh dibanggakan," kata Badrul yang juga bekas guru.

No comments: