JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, October 29, 2009

KEADILAN SABAH AKAN LEBIH BAIK TANPA JEFFREY

Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu tidak akan melemahkan PKR Sabah.

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Thamrin Zaini berkata, tindakan Jeffrey itu juga tidak akan menyebabkan PKR negeri goyah dan berpecah.

"Dia (Jeffrey) meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden tetapi masih kekal sebagai ahli parti dan Ketua Bahagian.

"Jadi saya nampak ia tidak akan memberi kesan melemahkan parti. Lainlah kalau dia keluar dari PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemelut PKR Sabah yang dilihat semakin meruncing apabila Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Jeffrey yang juga Ketua PKR Bahagian Keningau membuat keputusan drastik itu atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

Beliau melepaskan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Menurut Thamrin beliau menerima dan menghormati pendirian Jeffrey untuk melepaskan semua jawatannya itu.

"Kita sanjung perasaan rendah diri beliau yang akur keupayaannya melaksanakan tugas sebagai Naib Presiden dan kita mengucapkan terima kasih atas khidmatnya sebagai Naib Presiden selama ini," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Jeffrey, beliau berkata, hubungan mereka adalah baik.

"Kami tiada masalah (hubungan). Itu hanya spekulasi," ujarnya.

Tuesday, October 27, 2009

LANTIK SEGERA WARTAWAN PAS DI SETIAP DAERAH

MEDIA alternatif mesti diperkasakan dan dikuasai oleh pendokong-pendokong jemaah Islam dalam menghadapi asakan maklumat yang menghakis ketuanan Islam. Penguasaan media alternatif, khususnya ICT amat penting dalam mengimarahkan medan dakwah dan siasah.

Demikian tegas, AJK PAS Pusat juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Ahmad Dullah semasa merasmikan penutupan Konvosyen ICT PAS Sabah di sini kelmarin.

Kejatuhan Regim Suharto di Indonesia dan pengekalan kuasa Parti Komunis di China bersangkutpaut dengan peranan yang dimainkan oleh media di negara terbabit. Kewujudan media baru atau media alternatif patut dijadikan aset oleh pendokong-pendokong jemaah dalam memperkasakan dan melebar pengaruh jemaah. Kesangsian generasi muda terhadap media sedia ada begitu terhakis kerana laporan yang berat sebelah patut ditampung oleh media baru.

Sehubungan dengan itu, Hj Ahmad berharap, hasil daripada konvesyen ini akan lahir penulis, wartawan dan blogger yang boleh memberi pandangan yang bernas dan membina anjakan paradigma kepada masyarakat. Persoalan kebajikan dan kemiskinan rakyat patut diberi keutamaan oleh para penulis sebagai satu usaha membela rakyat.

Beliau juga berharap pihak Harakah dapat melantik pemberita-pemberita di setiap daerah kerana jemaah memerlukan ramai penyalur maklumat. Faktor geografi dan keluasan negeri Sabah turut menjadi hambatan dalam menyalurkan berita sekalipun Sabah sarat dengan berita-berita kemiskinan dan kebajikan rakyat.

Turut hadir Pengarang Kanan Harakah, Taufek Yahya, Mazlan Jusoh dan Zubair Embong serta Aminuddin Aling, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Sabah.

Monday, October 26, 2009

IKLAN LUCAH AIR ASIA

OLEH MASDAR WAHID

Beberapa pihak hari ini melahirkan perasaan kurang senang dengan iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang dianggap mengeksploitasi wanita.

Mereka berpendapat iklan yang disiarkan menerusi televisyen itu sepatutnya lebih menonjolkan promosi tambang murah dan bukan tubuh pramugarinya.

Setiausaha Kerja Majlis Pengguna Negara, Datuk Nadzim Johan berkata, iklan tersebut mencetuskan kegelisahan di kalangan masyarakat kerana ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat negara ini, tambahan ia melibatkan kanak-kanak.

``Wanita sepatutnya diberi penghormatan yang lebih tinggi dan bukannya digunakan sebagai `alat’ di dalam iklan itu,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengkaji semula undang-undang berkaitan iklan di negara ini.

Menurutnya, kajian itu penting bagi mengelakkan penyiaran iklan seperti itu pada masa depan.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Selangor, Datin Ismalina Ismail berkata, iklan sebegitu boleh menjejaskan imej negara.

"Saya yakin dan percaya iklan itu bukan sahaja ditonton oleh rakyat negara ini tetapi juga pelancong dan kesannya akan memberi imej buruk kepada rakyat negara ini kerana iklan itu turut membabitkan kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata, amatlah memalukan kanak-kanak yang masih bersih akal fikirannya digambarkan seperti di dalam iklan berkenaan.

"Perlukah fikiran kanak-kanak dikotori dengan iklan sedemikian. Kanak-kanak sebaya dengannya mungkin terpengaruh untuk meniru dan berperangai seperti lakonan di dalam iklan berkenaan.

"Bayangkan jika sikap itu terbawa-bawa sehingga mereka dewasa,’’ ujarnya yang mahu iklan itu dihentikan.

Ketua Sekretariat Hal Ehwal Wanita Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rafidah Mohd Arifin pula berpendapat, iklan syarikat penerbangan itu menggambarkan seolah-olah mereka memberikan ‘servis berkenaan’ kepada penumpangnya berbanding perkhidmatan lain yang mereka sediakan.

‘’Sekiranya saya ialah nenek dalam iklan berkenaan, saya akan menghalang cucu saya berbuat demikian kerana perbuatan itu amat bertentangan dengan adat dan budaya rakyat negara ini,’’ katanya.

Beliau turut mengulas etika pemakaian pramugari syarikat berkenaan yang disifatkannya tidak logik dan amat menyusahkan.

‘’Tujuan sesuatu pemakaian itu ialah untuk keselesaan pemakainya dan antara pakaian yang selesa bagi wanita ialah pakaian yang sedikit longgar bagi memudahkan pergerakan.

‘Seandainya berlaku kecemasan dalam kepal terbang itu, boleh jadi penumpang yang akan menyelamatkan pramugari itu kerana dengan pakainnya yang ketat akan membataskan pergerakannya.

‘’Sesuaikah pakaian itu untuk menyelamatkan penumpang sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan udara?

‘’Boleh jadi penumpang pula yang terpaksa membantu pramugari itu yang terkial-kial dengan skirt ketat mereka.’’ katanya.

Turut mendesak iklan seumpama itu dihentikan ialah Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO).

Naib Presiden pertubuhan itu, Prof. Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, apabila kita menyebut Malaysia, perkara pertama yang harus dititikbertakan oleh pengiklan ialah maruah dan budaya luhur rakyat negara ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, iklan berkaitan wanita dengan penuh kesantunan bukan sahaja membantu memupuk budaya murni negara ini tetapi juga menaikkan imej dan prestij sesebuah syarikat itu.

Sehubungan itu, beliau berharap pemilik dan mereka yang meluluskan sesuatu iklan itu berfikir dengan cermat terlebih dahulu sebelum membenarkan iklan itu disiarkan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Wanita, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Profesor Madya Noraziah Awal berkata, apa jua iklan berkaitan eksploitasi wanita wajar dihentikan dengan segera.

Menurutnya, penonjolan tubuh wanita dalam pengiklanan sesuatu perkhidmatan atau barangan yang tiada kaitan dengan wanita dianggap mengeksploitasi golongan itu.

Iklan syarikat penerbangan itu yang disiarkan di televisyen swasta sehingga kini memaparkan pengalaman seorang pemuda semasa menaiki kapal terbang bersama neneknya sewaktu kanak-kanak.

Kanak-kanak itu turut mengambil gambar pramugari berpakaian seksi syarikat penerbangan berkenaan selain memeluknya sambil tersenyum.

Pada masa itulah kamera menghala ke arah punggung wanita berkenaan beberapa saat selain nenek itu tersenyum dengan gambar yang diambil oleh kanak-kanak itu.

habis

ISU PAS : DIAM LAH JIKA TAK TAHU

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

Presiden PAS Mon Oct 26, 09 9:28:56 am MYT

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.
Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
Saya juga sudah mengarahkan Dato� Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Friday, October 23, 2009

USNO LEBIH BAIK BERSAMA PAS

Saudara Pengarang,…..SAYA kira bahasa yang saya gunakan ini memang sesuailah untuk melayan warkah yang dinukilkan oleh Mohd Hassan berhubung cadangannya supaya USNO dengan PBS bergabung demi untuk menambat hati rakyat Sabah.

Apabah yang kau cakap Ini Mohd Hassan? Kau Ini, kalau bikin cadangan Itu biarlah professional sikit bah. Siok juga untuk dibaca. Yang kau cadang supaya USNO bergabung dengan PBS Ini apa hal? Kau kajilah sejarah pergolakan politik Sabah Ini betul-betul.

Kalau kau masih tidak faham, itu PBS sebenarnya parti yang telah menipu USNO bah! Dia tipu USNO! Dia tipu Allahyarham Tun Mustapha! Dia bikin pakatan dengan USNO untuk tumbangkan BN bah dulu. Pairin bilang, kalau sudah menang pilihanraya, PBS dan USNO boleh kongsi kuasa untuk mentadbir Sabah.

Tetapi rupa-rupanya, bila sudah menang, itu gagang telepon pun pemimpin PBS sudah angkat, sampai bunyi engage terus-terusan bah. Jadi, pasal itu lah berlaku krisis di Istana itu. Kau tanya bah Karim Ghani, dia pakar dalam sejarah..dia mesti tau punya. Itu PBS mendapat sokongan Bumiputra Islam dulu pasal kempen dia..”kalau kamu undi PBS, sama juga macam kamu undi USNO”. Naah..di situlah rakyat Bumiputra Islam Sabah termakan kempen dia orang PBS itu.

Kau bilang pemimpin PBS sanggup korbankan parti untuk keamanan rakyat Sabah. Bukan untuk keamanan bah..untuk kasih buncit dia orang punya perut dengan itu projek bah. Kau ini!! Waktu PBS perintah dulu, itu virgin jungle yang tidak boleh di balakpun diorang telan semua itu kayu balak!! Itulah kalau kau tengok badan pemimpin PBS macam kayu balak juga saiz dia orang. Kau tengok sajalah mansion dan bungalow dia orang…hoooi macam rumah si Michael Jackson!

Kalau aku mahu buat cadangan…baguslah seluruh ahli dan pemimpin USNO menyertai PAS sahaja. Sebagai seorang Muslim, kita mesti yakin akan kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Kita mesti yakin akan adanya hari perhitungan. Jadi, kalau kita berjuang dalam PAS, kita berjuang untuk menegakkan syariat Allah.

Setiap sen dan keringat yang kita sumbangkan untuk agama Allah, akan mendapat ganjaran pahala. Di akhirat nanti, Allah bukan tanya kenapa kita tidak menang dalam perjuangan. Tetapi yang Allah tanya ialah kemana kita habis kan usia muda kita. Kalau ada orang jawab, dia habiskan usia muda dia dalam perjuangan nasioanlisme, mengaut kekayaan melalui projek BN, maka sia-sia lah kehidupan dia…di dunia dan di akhirat.

Kepada ahli dan pemimpin USNO…, ingatlah hadis Nabi yang menyatakan… orang Islam tidak sepatutnya dipatuk dua kali dalam lubang yang sama. Sekali PBS menipu, maka selama-lamanya tabiat mereka akan terus sebati dengan penipuan.

Thursday, October 22, 2009

RAMAI YANG JAHIL MENGAPA PAKATAN RAKYAT DI PERAK DIGULINGKAN

KITA semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.


Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan di negeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Sultan kemudiannya meletak kan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.


Jurang masa selama seminggu itu telah memberikan masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.


Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas di kedua-dua negeri ini dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam di kedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang di belakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.


Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macam-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat di raja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.


Ini menyebabkan Sultan murka dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan.

Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.


Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.


Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.


1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, di sepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak di mana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan, Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.


4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak sementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) di mana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah.


5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta di mana harga sebenar jauh lebih tinggi di pasaran terbuka. Hotel tersebut terletak di kawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.


Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di Malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.


Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.


Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

Oleh: RAJA PETRA KAMARUDDIN

(Nota: Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today).

PKR SABAH GADUH - BN KETAWA = KAH KAH KAH

BILA terbaca beberapa berita dari akhbar-akhbar tempatan, kita merasakan wujudnya suatu kerugian politik di sini. Beberapa pertikaian antara kepimpinan PKR Sabah memagut rasa kecewa kerana pada pandangan kita, dalam keadaan UMNO/BN yang kegoyahan, sepatutnya kita di Pakatan Rakyat mengambil inisiatif ini untuk lebih memperkasakan parti dengan melebihkan kerjasama kefahaman dan mengeratkan lagi hubungan antara saf kepimpinan PKR Sabah dengan rakyat pengundi Sabah.


Hentikanlah segala pertikaian sesama kita di PKR. Daripada masing-masing sibuk untuk menjadi juara, alangkah baiknya masa itu diperuntukkan untuk bersatu dan berusaha keras mencari langkah-langkah bertepatan dalam menghadapi UMNO/BN di Sabah.


Kita masih ada pengundi-pengundi atas pagar yang boleh kita yakini. Kerana pengundi atas pagar ini melalui kajian yang telah kita buat, mereka biarpun diberikan sogokan, namun mereka tetap mengundi Pakatan Rakyat. Jadi golongan inilah yang harus kita sasar dan kita tanamkan kepercayaan mereka terhadap Pakatan Rakyat.


Semua kita maklum bahawa dengan hanya berbekalkan semangat tanpa disisipi kerja kuat dan kerjasama dalam usaha mentalqinkan UMNO/BN di Sabah adalah suatu perkara yang amat mustahil. Kita semua harus akur dengan kenyataan bahawa sebahagian besar pengundi rakyat Sabah berjiwa materialistik. Mereka hanya bersungut pada awalnya namun bila tiba pengakhirannya hari penentu PRU, mereka akan tenang setelah diberi imbuhan hatta RM50 sekalipun.


Rakyat Sabah cepat lupa akan kepayahan hidup mereka selama ini kerana sebaik sahaja not RM50 bertukar tangan kepada mereka, maka undi dan sokongan mereka 100% diberikan kepada UMNO/BN. Begitu senang kerja UMNO/BN dalam menangani kemarahan rakyat Sabah selama 5 tahun, sejuk hati dalam masa 15 saat.


Berdiri teguhnya UMNO/BN Sabah ini adalah kerana sikap rakyat Sabah sendiri. Jika di lihat di Semenanjung Malaysia, bila mana berlakunya peningkatan kos sara hidup di sana, mereka bersuara dan minta hak mereka diperjuangkan oleh wakil-wakil rakyat.


Tetapi berlainan suasananya di Sabah, biarpun kos sara hidup, kenaikan minyak, kekurangan gula, beras naik mendadak, mereka tetap diam dan enggan bersuara. Rakyat Sabah keberatan menggunakan suara demokrasi rakyat dan sekiranya dilhat secara hakiki, seolah-olahnya rakyat Sabah tidak hairan dengan segala peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga minyak.


Bagi sebahagian rakyat Sabah, cukuplah dengan RM50 dan bantuan-bantuan kecil yang akan diberikan oleh pemimpin UMNO/BN di Sabah bila tiba musim pilihanraya kelak dan mereka akan dengan senang hati mengundi UMNO/BN. Inilah budaya yang diamalkan oleh rakyat Sabah sejak turun-temurun.

Budaya sebeginilah yang harus kita pecahkan tapi hanya dengan satu jalan sahaja yakni bekerjasama dan bersatu dalam segala hal dan kita pasti akan menemui kejayaan.


Apabila kita renungkan kembali, apakah kemajuan dan kebajikan yang telah Musa Aman/UMNO/BN lakukan kepada rakyat Sabah? Segala projek mega semuanya di takluki oleh orang-orang terpilih sahaja. Tender-tender besar juga di kuasai sepenuhnya oleh kaum kerabat Musa/UMNO sahaja. Rakyat hanya menerima serpihan-serpihan sahaja dan itupun sebahagian besar rakyat Sabah diam.


Jika dibandingkan di zaman pemerintahan USNO, di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha, kita dapat melihat begitu besar bezanya. Rakyat Sabah pada ketika itu mewah di samping memperolehi pelbagai kemudahan dinikmati. Biasiswa Yayasan Sabah diperuntukan sepenuhnya untuk membiayai pembelajaran anak-anak Sabah ke peringkat pengajian tinggi.


Allahyarham Tun Mustapha juga memperkenalkan saham Sabah melalui hasil keuntungan hasil-bumi Sabah. Setiap rakyat Sabah mendapat RM150-RM200 setiap tahun dan diberikan juga sijil. Akan tetapi semua keistimewaan ini ditarik semula oleh kerajaan UMNO/BN dengan begitu sahaja.


Apakah ini yang kita restui? Hak kita sebagai rakyat Sabah dinafikan dan kita mahu tahu kemana perginya hasil keuntungan hasil-bumi Yayasan Sabah? Jika dahulu kita sebagai rakyat Sabah dapat juga menikmatinya, tetapi kini siapa yang dapat?


Sekitar 1964, Allahyarham Tun Mustapha pernah memohon kepada kerajaan UMNO/-Perikatan supaya siaran televisyen dipanjangkan ke Sabah siarannya. Namun jawapan dari Perdana Menteri pada ketika itu amat mendukacitakan. Perdana Menteri pada ketika itu menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak ada cukup peruntukan untuk melebarkan siaran televisyen ke Sabah.


Tun Mustapha akhirnya mengarahkan kerajaan negeri Sabah untuk mengeluarkan dana bagi tujuan siaran televisyen Sabah demi untuk rakyat Sabah yang dicintainya. Begitu besar jasa dan pengorbanan Allahyarham Tun kepada rakyat Sabah berbanding dengan Musa Aman serta kerajaan UMNO/BN.


Kerajaan UMNO/BN di bawah kepimpinan Musa Aman hari ini, telah memBARISAN-NASIONALkan segala projek dan bantuan kepada rakyat Sabah. Untuk merasmikan projek-projek dan bantuan kepada rakyat, UMNO/BN mengangkut segala media massa dan elektronik.


Secara peribadi, kita sebenarnya tidak pernah membenci UMNO/BN, cuma kita rasakan tindak-tanduk pemimpin UMNO/BN pada hari ini agak diktator. Pemimpin UMNO/BN pada hari ini telah berlaku banyak kepincangan dan keburukan berbanding kebaikan yang mereka lakukan.


Di mana aspek keadilan dalam pemerintahan UMNO/BN ? Yang terlihat hanyalah barisan kepimpinan yang sibuk dan leka memperkayakan diri sendiri dari mempeduli kan kebajikan rakyat jelata. Fikirkanlah bagi menyaksikan keprihatinan mereka yang penuh kepura-puraan terhadap rakyat.


Mereka mahukan publisiti yang seluas-luasnya untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa Barisan Nasional Sabah kononnya prihatin kepada rakyat selalu ditonjolkan ‘Satu Lagi Projek Barisan Nasional’ untuk rakyat Sabah, padahal digunakan wang rakyat.


Ingat semua kepimpinan PKR Sabah, Datuk Jeffrey, Awang Ahmad Sah, Haji Ansari, Hamzah Amir, Ahmad Tambrin, Daniel John dan Azmin Ali bukan musuh PKR Sabah. Musuh kita di depan mata adalah Musa Aman/UMNO/BN. Ini yang perlu kita kukuhkan tenaga kita bersatu untuk hancurkan kepimpinan mereka. Kalau kita sama sendiri asyik krisis, kita akan kalah dalam PRU akan datang.


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

BN MUSNAHKAN PULAU MABUL?

BERDASARKAN laporan yang diterima daripada penduduk ,Pulau Mabul yang berkeluasan hampir 30 ekar ini telah terancam kedudukannya disebabkan aktiviti mengorek pasir di sekitarnya sehingga menyebabkan pulau ini hilang keaslian nilai estetikanya.


Mengikut laporan awal, sejauh 1.65 kilometer pasir telah dikorek dengan kedalaman dua meter dan 14 lebar sehingga menyebabkan kerosakan yang amat buruk terhadap pulau ini yang menjadikannya cacat dan tidak lagi mempunyai nilai komersial lagi.


Amat malang sekali, kerja ini dilakukan oleh pengusaha syarikat pelancongan persendirian dengan mengeluarkan pasir dari dasar pantai hampir 50,000 meter padu sejak beberapa tahun lalu, yang telah mengubah lanskap muka bumi pulau ini dan boleh dilihat melalui imageris satelit.


Walaupun bantahan demi bantahan dibuat, namun tiada tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Alam sekitar, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan dan Taman-Taman Sabah terhadap perkara ini.

CURI.... Kesan berbentuk angka 7 adalah kesan korekan pasir!


Impak ‘kecurian pasir’ ini telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada masyarakat tempatan, kerajaan dan Kementerian Pelancongan sendiri serta generasi akan datang kerana terumbu karang yang menjadi modal utama pelancongan maritime telah dimusnahkan pada skala besar.


Bayangkan 50,000 Meter padu pasir yang dikorek dari pantai yang boleh membina sebuah bandaraya konkrit, tambahanpula mengikut harga pasaran di Singapura, satu meter padu pasir dijual pada kadar RM200 dan bernilai setara di Sabah.


Dari sudut keaslian pula, aktiviti dan kerja pemusnahan ini telah mengubah rupa bentuk bumi pulau Mabbul dan telah menyebabkan Pulau bertarap Dunia ini diturun taraf ke ‘Kelas Kambing’ kerana rosak dengan teruknya pada skala besar.


Mungkin inilah salah satu sebab kenapa Pulau Sipadan yang berhampiran dengan Pulau Mabul tidak mendapat tempat dalam 7 Wonder di dunia sedangkan Pulau Sipadan dianggap Pulau tercantik di dunia tetapi tersingkir kerana tempias kerosakan Pulau Mabul dan insiden tongkang di Sipadan.

MUSNAH.... Terumbu karang musnah akibat aktiviti pengambilan pasir.


Sepatutnya Pegawai Daerah mewujudkan pasukan pemantau di Semporna yang dianggotai oleh wakil Rakyat kawasan itu sendiri, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Laut, Jabatan Alam sekitar dan Jabatan yang berkenaan.


Sementara itu, Taman-Taman Sabah yang menjadi penguatkuasa melalui renjer-renjer yang sedia ada, hendaklah menghentikan segera kegiatan mencuri pasir ini kerana memberikan impak besar kepada alam sekitar dan industri pelancongan.


Oleh: ABDULLAHSANI ABDUL SALLEH

Friday, October 16, 2009

DUN PERAK DIBUBARKAN SELEPAS HARI RAYA HAJI ?

KRISIS PERAK YANG BERLARUTAN SEJAK RAMPASAN KUASA OLEH REJIM BEE END SEJAK AWAL TAHUN INI BERKEMUNGKINAN MENJADI PILIHAN TERAKHIR UNTUK MENGADAKAN PILIHANRAYA DI NEGERI ITU.

MENGAMBIL KIRA KEMENGAN UNDI POS OLEH BN DI BAGAN PINANG BARU-BARU INI, MEREKA KIAN YAKIN DAN BONGKAK UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGERI ITU.

PEMBUBARAN ITU MUNGKIN DIADAKAN SERENTAK DENGAN DUN SARAWAK, IAITU TAKTIK SAMA YANG DIGUNAKAN DALAM PILIHANRAYA HATRIK (prk DUA BUKIT 1 BATANG), YANG MENYAKSIKAN JENTERA PAKATAN BERPECAH YANG AKHIRNYA MENYAKSIKAN DUN BATANG AIR BERJAYA DIPERTAHANKAN OLEH REJIM BN DAN MENYAKSIKAN PARLIMEN BUKIT GANTANG DIMENANGI PAKATAN.

PARLIMEN BUKIT BUKIT GANTANG MENYAKSIKAN JENTERA PAKATAN BERGABUNG KUKUH TERMASUK MENYAKSIKAN SOKONGAN LUAR BIASA OLEH PELBAGAI KAUM.

PILIHANRAYA SARAWAK BAKAL DIADAKAN SELEPAS HARI RAYA HAJI KERANA BN DI NEGERI ITU KIAN BERSEDIA TERMASUK PERUNTUKAN BERBILION RINGGIT KE NEGERI ITU SEJAK AWAL TAHUN 2008.

SILA BACA BERITA BERNAMA BERIKUT. APA TUJUAN TIMBALAN PENGARAH PILIHANRAYA PERAK INI ???

Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat Pilihan Raya Negeri Perak, Pejabat Pos, Pejabat Penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula Selasa depan (20 - 26 Oktober 2009), katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri Perak di nombor telefon 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.

—BERNAMA

Wednesday, October 14, 2009

KEADILAN DI SABAH : BILA MAHU BERDAMAI ??? HAAA

DR. JEFFREY, JANGAN JADI PAK KADOK! PDF Print E-mail


Oleh: ABDUL RAHIM HAJI MAAROF

TERPANGGIL untuk memberikan pandangan peribadi mengenai PKR Sabah yang kini terlihat umum semakin berombak bergelora. Jika dilihat dari awal dari zaman Ustaz Rahman Yaakub, yakni pada peringkat awal penubuhan Parti Keadilan Rakyat di Sabah, memang terlihat kelembapan PKR. Apatah lagi Ustaz Rahman yang kurang berpengalaman memangkin kelembapan perjalanan PKR pada ketika itu.

Senario PKR cuba diolah dengan penggantian Ustaz Rahman dengan Datin Saidatul, adik kepada Datuk Salleh Said Keruak. Diterajui oleh wanita yang agak emosional melambatkan lagi kerancakan PKR Sabah. Tiada pembaharuan dan kemajuan di wujudkan pada Dinasti Datin Saidatul.

Malah telah wujud pula puak-puak antara kepimpinan dan ahli-ahli. Tiada keserasian antara pemimpin PKR pada ketika itu dan ahli-ahli PKR yang bilangan boleh dikira. Amat sedikit jumlahnya. Kepimpinan Datin Saidatul banyak tercalar dan tiada kemajuan.

Beralih lagi kepada era Hj Awang Tengah. Kesinambungan senario kepimpinan politik Datin Saidatul diteruskan oleh Hj Awang Tengah. Puak A dan Puak B sering bertelagah dan tiada kerjasama terjalin.

Kuncu-kuncu Hj Awang Tengah terkenal dengan sifat keegoan, keangkuhan dan tiada usaha menambah baik indeks keahlian. Yang agak ketara terlihat hanyalah kesungguhan ‘orang kuat’ Hj Awang Tengah untuk menjatuhkan mana-mana Ketua Bahagian yang 'tidak sehaluan' dengan pemikiran mereka.

Keadaan cuba di baik-pulih selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim di bebaskan. Beberapa perubahan cuba dilakukan di Sabah. Antaranya penggantian Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah. Kali ini Anwar cuba untuk menaikkan golongan 'bijak-pandai' menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah.

Hj Ansari Abdullah di lantik dengan kuasa 'veto' di tangan Anwar Ibrahim. Sungguh pun begitu, banyak 'kuasa-kuasa jahat' cuba untuk menjatuhkan Ansari dalam pelbagai corak dan bentuk. Surat-surat layang, petition dari Ketua-Ketua Bahagian dan berbagai lagi dibuat untuk menjatuhkan Ansari. Pun begitu jika dilihat secara rasional Ansari sebenarnya juga gagal dalam memperkasakan PKR Sabah.

Sikap egoisnya mendalamkan lagi jurang di antara kepimpinan Ketua-Ketua Bahagian. Dalam era Ansari juga perpecahan dalaman banyak terjadi. Kumpulan Ansari dan Kumpulan Jeffrey. Kuncu-kuncu Awang Tengah mengambil jalan selamat dengan menyertai Kumpulan Jeffrey.

Ansari tidak mempraktikkan sikap kerjasama antara pemimpin PKR, keegoannya untuk berbaik sangka dan sukar menerima pandangan dari orang menambahkan lagi beban keretakan PKR Sabah. Ada beberapa Ketua-Ketua Bahagian yang meninggalkan PKR oleh kerana tidak mampu untuk bekerjasama dengan Ansari.

Apabila situasi ini semakin parah, maka Anwar mengambil keputusan untuk meletakkan dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah menggantikan Hj Ansari Abdullah. Namun kesibukan masa Dato' Seri Anwar membataskan lagi peruntukan masanya untuk sering berada di Sabah bagi memantau perjalanan PKR di Sabah yang secara nyata dari depan Ketua Ketua Bahagian dipimpin oleh Anwar dan dari belakang diasak tekanan oleh Dr.Jeffrey.

Jawatan Pengerusi Perhubungan bertukar tangan lagi. Kali ini di tangan YB Azmin Ali. Sekali lagi puak B tidak puas hati kerana Azmin Ali mempunyai hubungan yang baik dengan Ansari Abdullah. Sehinggakan ada Ketua Bahagian yang sanggup mengadakan mesyuarat untuk menolak Azmin Ali dari jawatan tersebut. Orangnya Jalumin Ketua Bahagian PKR Kota Belud.

Buat Ketua Bahagian Ketua Belud yang mengetuai mesyuarat itu perlulah saya ingatkan bahawa bukan semua suara Ketua Bahagian yang bersetuju dengan anda mewakili suara hati ahli-ahli akar umbi PKR diseluruh Sabah.

Mengapa suara hati ahli-ahli tidak di ambil pakai ? Bukan bermakna sokongan majoriti Ketua-Ketua Bahagian kepada anda mewakili hak bersuara ahli-ahli akar umbi PKR.

Jalumin, apa yang anda telah buat ini tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada akar umbi PKR, ianya menambah-burukkan lagi situasi genting yang ada sekarang ini.

Cadangan mesyuarat berkenaan yang memberikan cadangan sama ada Awang Ahmad Sah atau Ahmad Tamrin. Siapa mereka ?

Awang Ahmad Sah!, apakah pengalaman beliau untuk menduduki kerusi Pengerusi Perhubungan Negeri? Jika kita lihat bahagian beliau sendiri Putatan tunggang langgang. Tiada kemajuan. Hanya omongan kosong dan ketukan tin-tin kosong.

Dulu semasa era Awang Tengah, beliaulah yang merupakan mastermind dalam perancangan 'mematahkan' Ketua-Ketua Bahagian secara tidak professional. Sana-sini dengan cakap-cakap besar yang kononnya kepimpinan pusat takut dan akur dengan segala kata-katanya. Semua orang maklum skandal beliau. Bangkai gajah tidak mampan ditutup dengan dulang.

Ahmad Tamrin, tidak pasti apa sebab beliau dicadangkan ke jawatan tertinggi itu. Atas kapasiti apa? Sekadar pengalaman sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri yang tidak effisien? Atau mungkin juga faktor 'angkat kaki' yang hebat? Kalaulah Pengerusi Perhubungan jatuh ke tangan Ahmad Tamrin atau Awang Ahmad Sah, saya percaya PKR akan terkubur dengan cepatnya.

Jadi persoalannya, siapakah yang layak untuk menggantikan YB Azmin Ali? Apakah Dr Jeffrey Kitingan? Perlu diingatkan disini beliau mewakili golongan etnik minoriti KDM dan sejarah 'hitam' Dr Jeffrey dalam politik Sabah masih lagi terpahat di minda rakyat Sabah Bumiputera Islam.

Bagaimana Dr Jeffrey mengharu-birukan parti PBS, AKAR dan PBRS. Sedangkan abangnya sendiri keberatan untuk menerimanya kembali dalam PBS. Sikap 'suka tikam dari belakang' yang menjadi amalan Dr Jeffrey. Mana-mana parti yang disertainya pasti 'berantakan' olehnya.

Kalau anda masih ingat bagaimana Setiausaha Politik Dr Jeffrey, Kanol membidas Dato' Seri Anwar dalam warta tempatan Sabah. Adakah anda percaya ini bukan mainan dalaman dan atas restu Dr Jeffrey?

Terlalu banyak kerakusan Dr Jeffrey yang terlihat di mata umum ahli-ahli PKR. Saya tidak lihat apa-apa kebaikan yang telah di lakukan oleh Dr Jeffrey kepada PKR. Malah semakin teruk PKR selepas kemasukan Dr Jeffrey.

Sikap perkauman yang mereka perdagangkan menjadi duri di mata rakyat Sabah. Malah puak-puak Jeffrey beranggapan PKR ini adalah milik mutlak mereka. Seolah-olah PKR ini hak mereka abadi maka sewenang-wenangnya mereka mempergunakan PKR untuk kepentingan peribadi dan pangkat semata-mata.

Untuk kepimpinan pusat PKR, perbaikilah PKR Sabah sebelum ianya tinggal sejarah. Rombaklah susunan majlis pimpinan negeri. kaji dan selidiki dahulu kebolehan mana-mana individu sebelum mereka dilantik menerajui majlis pimpinan negeri Sabah.

Jangan main tangkap muat atau berdasarkan pengalaman seseorang memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan sebelum ini. Kami ahli-ahli dari akar umbi PKR sayangkan PKR namun kami kecewa dengan pergolakan dalaman PKR Sabah sekarang ini.

Dr Jeffrey terlalu sibuk menggapai impian menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah dengan meraih sokongan dari Ketua-Ketua Bahagian Sabah tapi hakikatnya kebanyakan akar-umbi Bumiputra Islam masih belum mampu menerima anda sebagai peneraju utama PKR Sabah.

Perlu saya nyatakan disini, kebanyakan Ketua-Ketua Bahagian cuma 'Pak Angguk' dan 'Tukang Kipas' sahaja. They did it because they doesn't want their divisions to be disturbed by your so called 'secret-mission teams'. Most of the Ketua Bahagian has learnt from the past, never says NO, and you are safe !

Mempunyai kedudukan yang baik dalam PKR Pusat sebagai Naib Presiden PKR, adakah masih tidak mencukupi bagi Dr Jeffrey ? Mengapa dibiarkan rasa tamak dan haloba itu menguasai minda anda?

Biarkanlah suku Bumiputera Islam yang majoriti bilangan DUN di Sabah menerajui PKR Sabah. Percayalah sekiranya Dr Jeffrey masih berkeras untuk menguasai jawatan tersebut, PKR Sabah akan 'kebocoran bahtera' dan ibarat bidalan melayu, seperti Pak Kadok ayam menang tetapi kampung tergadai'.

Menang sebagai calon tetapi memudaratkan kerusi-kerusi Bumiputera Islam keseluruhannya. Saya percaya semua ahli-ahli PKR tidak mahu senario ini terjadi di Sabah.

KRISIS KEPIMPINAN PKR SABAH PDF Print E-mail


Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

SEANDAINYA Azmin Ali mengetahui tentang adanya satu mesyuarat Ketua-Ketua Cabang PKR diadakan baru-baru ini di Kota Kinabalu, sekurang kurangnya dihadiri 7 orang Ketua Cabang PKR Sabah yang telah menyatakan hasrat mereka dengan sendirinya, di mana mereka mahukan Pengerusi Majlis Tertinggi Negeri PKR Sabah dipilih dari orang Sabah sendiri, apakah perspektif beliau ?

Sekiranya cadangan berkenaan boleh membantu PKR Sabah untuk menang dalam PRU13 kita fikir tujuan mereka haruslah dihormati. Kalau Majlis Tertinggi PKR Pusat berpendapat belum ada lagi pemimpin Sabah yang berkaliber untuk menguatkan PKR Sabah, teruskan memberi kepimpinan tapi keperluan kewangan untuk Cabang-Cabang PKR Sabah mestilah dipermudahkan.

Para pemimpin Cabang PKR Sabah jika sudah bersedia menjadi pemimpin PKR Sabah tanpa mengharapkan bantuan kewangan dari Pusat, mereka boleh memimpin PKR Sabah, janji PKR boleh menang dalam PRU13 akan datang. Saya tidak nampak mengapa hasrat mereka perlu dihalangi? Masalahnya sudah cukupkah kewangan Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah boleh berdikari atau berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan Pusat?

Mungkin Anwar beranggapan, seperti pengalamannya dalam PRU12 lalu, semua Ketua Cabang PKR Sabah bila PRU12 tiba, memberi jaminan kepada Dato Seri Anwar, Ketua Ketua Cabang atau calon-calon yang bukan Ketua Cabang yang menawarkan diri jadi calon mengakui yang mereka mempunyai wang pertaruhan dan belanja kempen yang cukup dan mereka mahu menjadi calon, walaupun mereka sebagai driver taxi dan penganggur terhormat tapi sanggup jadi calon PKR, walhal semua kalah banyak pula yang hilang deposit.

Kalau Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah yang mahu menjadi Pengerusi PKR Sabah mampu membiayai semua kos perbelanjaan untuk PKR Seluruh Sabah termasuk ongkos PRU, maka tidak ada sebab hajat Ketua Ketua Cabang itu tidak ditunaikan.

Ada dua cara yang boleh dibuat oleh PKR Pusat:-

a. Pertama serahkan semua kuasa perlantikan Pengerusi Majlis Tertinggi PKR Negeri kepada anak Sabah yang mampu membiayai kos PRU13 dan Ketua Ketua Cabang bertangggung jawab menjaga kawasan pilihanraya masing-masing dengan kos kewangan peribadi. Kalau tidak sanggup bagus letak jawatan.

b. Kedua, kalau Ketua-Ketua Cabang PKR keras kepala, gantung sahaja Cabang- Cabang PKR Sabah yang ada di kawasan tersebut dan lantik semula pemimpin yang berkemampuan kewangan untuk memimpin Cabang-Cabang PKR di Sabah.

Kita sedar perkara ini bukan mudah dibuat oleh PKR Pusat, tapi terpaksa. Walaupun akibatnya Ketua-Ketua Cabang dan orang penting dalam PKR Sabah akan keluar dari ahli PKR tetapi hakikatnya mereka Ketua-Ketua Cabang yang pernah menjadi calon PRU12 yang telah ditolak oleh pengundi patut berundur dan berikan kepercayaan kepada orang lain. Kalau mereka mengugut mahu keluar parti juga, biarkan 'satu keluar 10 orang masuk'.

Kalau PKR Pusat selalu menerima ugutan, kenapa tidak sesekali PKR Pusat sahut cabaran ugutan itu, banyak lagi pemimpin-pemimpin politik Sabah yang boleh mengganti mereka yang suka mengamalkan ugutan itu?

Kiranya PKR Pusat mahu tangani krisis kepimpinan PKR Sabah dengan cara diplomasi dan tolak ansur, maka ikuti sahaja kemahuan Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah dan memberi mereka kuasa melantik pengerusi yang dipilih oleh Ketua-Ketua Cabang dan bantu mereka dengan memberi kewangan sewa pejabat, gaji Setiausaha Kerja dan beri gaji kepada Pegawai Pegawai BIRO Penerangan mencari ahli-ahli dari kampung ke kampung.

Para Pemimpin PKR Pusat dan Ketua-Ketua Cabang PKR, zaman sekarang ini bukan lagi zaman 60-an dianggap seseorang itu berpengaruh kerana mereka bijak bercakap, bijak berceramah, bijak mengritik, kalau jumpa rakyat di kampung-kampung wang minyak kereta pun Ketua-Ketua Cabang keberatan untuk mengeluarkannya. Zaman ini tanpa wang anda bukan pemimpin.

Politik zaman sekarang ini, sebelum Ketua-Ketua Cabang PKR turun padang mahu buat ceramah di kampung-kampung, anda mestilah ‘ada kaki’ di kampung tersebut, dan satu ceramah tidak kurang RM2,000 untuk minuman ringan, untuk kemah, untuk sewa kerusi, sewa kawasan ceramah, sewa lori angkut kerusi pergi/balik dan gaji 10 orang kampung untuk panggil mereka dengar ceramah. Bukan senang jadi seorang Ketua Cabang kalau tidak ada wang.

Setiausaha Agung PKR Pusat dengan senang sahaja buat arahan rasmi dalam surat pekeliling arahkan Ketua-Ketua Cabang turun padang jumpa rakyat dan daftar ahli-ahli baru. Setiausaha Agung PKR Pusat tidak sedar yang Ketua-Ketua Cabang PKR di Sabah 90% menganggur tidak punya kerja dan tidak ada pendapatan tetap.

Kemampuan kewangan Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah boleh katakan tersangat sempit dan ada yang ZERO RM. Kalau begini lah kemampuan Ketua-Ketua Cabang PKR di Sabah maka PRU13, Musa Aman akan terbahak-bahak ketawa sekali lagi calon calon PKR akan dapat ZERO kerusi. Percayalah!.

WARGA SABAH DI KEDAH PERLIS DAN PINANG - BERITA INI UNTUK ANDA

WARGA SABAH DI KEDAH PERLIS DAN PINANG - BERITA INI UNTUK ANDA


JABATAN Hal Ehwal Sabah dan Sarawak meminta aktivis Pas Warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang bekerja di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis agar menghubungi MOHD ANUAR 0138560679 dalam kadar segera kerana satu perjumpaan akan diadakan pada 16 Oktober 2009 di Pulau Pinang.


MASDARWAHID : KEPADA PEMBACA SEKALIAN, SILA SEBARKAN BERITA INI. TERIMA KASIH



Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG : MUHYIDDIN DAN MAHATIHR SINDIR NAJIB

Isa menang, baik untuk Najib, kata Muhyiddin 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan calon BN Tan Sri Isa Samad yang cukup besar menggambarkan sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.

"Ia menggambarkan pernyataan sikap pengundi di Bagan Pinang terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak), selaras dengan konsep Satu Malaysia," kata timbalan perdana menteri itu.

Muhyiddin mengulas kemenangan Isa dengan majoriti – 5,435 undi – dalam pilihan raya kecil kerusi DUN itu sejurus selepas ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Port Dickson kira-kira jam 8 malam ini.

Bekas menteri besar itu mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Muhyiddin berkata, sokongan masyarakat pelbagai kaum kepada BN kali ini merupakan hasil kerja keras semua pihak yang sentiasa mengambil inisiatif memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan.

Ditanya sama ada sokongan tersebut akan berterusan, Muhyiddin berharap ia menjadi titik permulaan baru kepada parti itu.

"Kita tidak boleh hanya sukacita, tanpa berusaha dan mengambil iktibar daripada kemenangan ini," tambahnya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata,

"Kita tidak janjikan apa-apa tetapi kita mahu lihat kepimpinan Datuk Seri Najib dan konsep Satu Malaysia diterjemahkan kepada rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata kekalahan calonnya itu akibat tindakan BN yang menggunakan taktik menggertak pengundi khususnya di kawasan ladang.

"Hari ini hari yang malang dan gelap bagi Malaysia, kerana ikon rasuah diterima dalam pilihan raya," katanya di bilik gerakan parti di Batu 3 di Port Dickson.

Menerima keputusan tersebut, beliau berkata PAS akan terus memperjuangkan isu yang dibawanya dalam lapan hari berkempen di Bagan Pinang, terutama isu undi pos.

Salahudin, yang bertindak sebagai pengarah pilihan raya PAS kali ini, mengucapkan perhargaan kepada pengundi.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PAS akan mengadakan bedah siasat yang menyeluruh berhubung kekalahan teruk mereka di lubuk BN ini.

Beliau, ahli jawatankuasa pusat PAS yang juga pengarah operasi pilihan raya kecil itu, mengakui bahawa bukan mudah untuk parti itu menang pada pilihan raya kecil ini tetapi Pakatan Rakyat akan sentiasa membuat percubaan terbaik untuk berdepan dengan pelbagai halangan.

Kemenangan BN Di Bagan Pinang Sudah Dijangka - Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana ia merupakan kubu kuat BN.

"Saya amat gembira. Daripada awal lagi saya telah menjangkakan kita (BN) boleh menang kerana itu kawasan kita. Isa (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad) memang kuat di situ dan orang India juga sokong dia.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Cempaka di sini, malam Ahad, Dr Mahathir turut mengingatkan anggota parti supaya tidak ghairah dengan kemenangan itu sehingga terlupa melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Jika Umno terlampau ghairah dengan kemenangan di satu tempat sedangkan kita kalah di banyak tempat...kalau kita lupakan tanggungjawab, saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang, mungkin kita tidak capai kemenangan yang baik atau pun kita tak menang," katanya.

Ditanya sama ada kemenangan di Bagan Pinang petanda Umno diterima di kawasan berkenaan, beliau berkata sememangnya parti itu mendapat sokongan di situ.

"Kalau kita tidak berhati-hati, kita tidak ambil berat masalah rakyat, kita tidak ada satu program yang memikat hati rakyat...walaupun kita menang di Bagan Pinang, di tempat lain mungkin kita tidak menang. Kita tidak boleh terlalu ghairah," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang hari ini, BN mempertahankan kerusi berkenaan menerusi calonnya, Mohd Isa yang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd Isa memperoleh 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

-- BERNAMA

Thursday, October 8, 2009

PILIHANRAYA SARAWAK NOVEMBER INI ?

bekas Adun BN yang kini berhijrah sebagai Adun PKR di Sarawak berkata pilihanraya di Sarawak berkemungkinan diadakan pada November ini.

Adun itu berkata demikian menurut laporan Bernama ketika diminta mengulas berkaitan dia menaja sebuah parti baru bernama Parti Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) di Sarawak yang kononnya dibiayai oleh Ahli Parlimen kontroversi berkaitan PKFZ, Datuk Seri Tiong King Sing.

Tidak dapat dipastikan sejauhmana kebenaran perkara ini, tetapi yang pasti ada sesuatu yang tidak kena disebaliknya.

berikut ialah berita yang penulis petik daripada bernama.

SIBU, 7 Okt (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ngemah Gabriel Adit Demong Rabu menafikan yang beliau terlibat dalam penubuhan sebuah parti baru.

"Setakat hari ini, saya masih anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tetapi siapa tahu (mengenai) esok?" katanya kepada pemberita di sini selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan kira-kira 40 penyokongnya di sebuah restoran.

Akhbar dan penulis blog sejak beberapa hari lepas menyatakan yang beliau terlibat dalam penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) dan parti itu akan dilancarkan di sini pada 15 Okt.

Adit berkata laporan yang beliau menubuhkan PRM merupakan berita kepada dirinya dan menurutnya "ia berita baik".

"Saya masih bersama PKR. Saya gembira berada dalam PKR selepas menyertainya pada 16 Nov, tahun lepas.

"Saya juga tidak bergaduh dengan sesiapa dalam PKR," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas jika beliau akan mempertahankan kerusinya atas tiket PKR pada pilihan raya negeri akan datang.

Mengenai mesyuarat tertutup itu, beliau berkata ia merupakan perbincangan dengan penyokong kuatnya yang telah menyokong beliau dalam pilihan raya 2006.

"Saya berhasrat mempertahankan kerusi Ngemah dalam pilihan raya akan datang yang dikatakan akan diadakan seawal November tahun ini.

"Kami membincangkan strategi dan persiapan untuk menang kerana parti komponen Barisan Nasional (BN) Parti Rakyat Sarawak berazam untuk menawan semula kerusi itu," katanya.

Adit memenangi kerusi luar bandar yang penduduknya majoriti kaum Iban itu sebanyak lima kali, empat kali sebagai anggota Parti Bansa Dayak Sarawak yang kini telah dibubarkan dan pada 2006 sebagai calon Bebas.

-- BERNAMA

Siapa taja Parti Pakatan Rakyat di Sarawak?

Sebuah parti politik baru - Pakatan Rakyat Malaysia - akan dilancarkan di Sibu, Sarawak sebelum pilihanraya peringkat negeri itu, yang dijangka diadakan tahun depan.

Nama kontroversi tersebut dijangka menimbulkan kekeliruan di kalangan pengundi di Sarawak, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Penubuhan parti baru itu dipercayai disokong oleh ahli parlimen Bintulu dan pengerusi kelab penyokong BN, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut sumber-sujber, parti baru akan diketuai oleh Gabriel Adit Demong, 59, ADUN Ngemah.

Adit, yang menyertai PKR tahun lalu, memenangi kerusi Ngemah sebagai calon Bebas pada 2006.

Beliau pernah menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) selama tiga penggal, tetapi tidak menyertai mana-mana selepas PBDS dibubarkan.

November lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengalu-alukan penyertaan Adit dalam PKR November lalu bersama-sama dengan 12,000 penyokongnya.

Dalam ucapannya ketika menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, Adit berkata sebab utama beliau menyertai PKR ialah kerana 'pengembirian politik' masyarakat Dayak di bawah kerajaan negeri BN.

Menurut Adit, PKR adalah landasan terbaik untuk menangani masalah sosio-ekonomi masyarakat Dayak.