JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG : MUHYIDDIN DAN MAHATIHR SINDIR NAJIB

Isa menang, baik untuk Najib, kata Muhyiddin 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan calon BN Tan Sri Isa Samad yang cukup besar menggambarkan sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.

"Ia menggambarkan pernyataan sikap pengundi di Bagan Pinang terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak), selaras dengan konsep Satu Malaysia," kata timbalan perdana menteri itu.

Muhyiddin mengulas kemenangan Isa dengan majoriti – 5,435 undi – dalam pilihan raya kecil kerusi DUN itu sejurus selepas ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Port Dickson kira-kira jam 8 malam ini.

Bekas menteri besar itu mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Muhyiddin berkata, sokongan masyarakat pelbagai kaum kepada BN kali ini merupakan hasil kerja keras semua pihak yang sentiasa mengambil inisiatif memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan.

Ditanya sama ada sokongan tersebut akan berterusan, Muhyiddin berharap ia menjadi titik permulaan baru kepada parti itu.

"Kita tidak boleh hanya sukacita, tanpa berusaha dan mengambil iktibar daripada kemenangan ini," tambahnya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata,

"Kita tidak janjikan apa-apa tetapi kita mahu lihat kepimpinan Datuk Seri Najib dan konsep Satu Malaysia diterjemahkan kepada rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata kekalahan calonnya itu akibat tindakan BN yang menggunakan taktik menggertak pengundi khususnya di kawasan ladang.

"Hari ini hari yang malang dan gelap bagi Malaysia, kerana ikon rasuah diterima dalam pilihan raya," katanya di bilik gerakan parti di Batu 3 di Port Dickson.

Menerima keputusan tersebut, beliau berkata PAS akan terus memperjuangkan isu yang dibawanya dalam lapan hari berkempen di Bagan Pinang, terutama isu undi pos.

Salahudin, yang bertindak sebagai pengarah pilihan raya PAS kali ini, mengucapkan perhargaan kepada pengundi.

Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PAS akan mengadakan bedah siasat yang menyeluruh berhubung kekalahan teruk mereka di lubuk BN ini.

Beliau, ahli jawatankuasa pusat PAS yang juga pengarah operasi pilihan raya kecil itu, mengakui bahawa bukan mudah untuk parti itu menang pada pilihan raya kecil ini tetapi Pakatan Rakyat akan sentiasa membuat percubaan terbaik untuk berdepan dengan pelbagai halangan.

Kemenangan BN Di Bagan Pinang Sudah Dijangka - Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana ia merupakan kubu kuat BN.

"Saya amat gembira. Daripada awal lagi saya telah menjangkakan kita (BN) boleh menang kerana itu kawasan kita. Isa (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad) memang kuat di situ dan orang India juga sokong dia.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Cempaka di sini, malam Ahad, Dr Mahathir turut mengingatkan anggota parti supaya tidak ghairah dengan kemenangan itu sehingga terlupa melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Jika Umno terlampau ghairah dengan kemenangan di satu tempat sedangkan kita kalah di banyak tempat...kalau kita lupakan tanggungjawab, saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang, mungkin kita tidak capai kemenangan yang baik atau pun kita tak menang," katanya.

Ditanya sama ada kemenangan di Bagan Pinang petanda Umno diterima di kawasan berkenaan, beliau berkata sememangnya parti itu mendapat sokongan di situ.

"Kalau kita tidak berhati-hati, kita tidak ambil berat masalah rakyat, kita tidak ada satu program yang memikat hati rakyat...walaupun kita menang di Bagan Pinang, di tempat lain mungkin kita tidak menang. Kita tidak boleh terlalu ghairah," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang hari ini, BN mempertahankan kerusi berkenaan menerusi calonnya, Mohd Isa yang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd Isa memperoleh 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

-- BERNAMA

No comments: