Saudara Pengarang,…..SAYA kira bahasa yang saya gunakan ini memang sesuailah untuk melayan warkah yang dinukilkan oleh Mohd Hassan berhubung cadangannya supaya USNO dengan PBS bergabung demi untuk menambat hati rakyat Sabah.
Apabah yang kau cakap Ini Mohd Hassan? Kau Ini, kalau bikin cadangan Itu biarlah professional sikit bah. Siok juga untuk dibaca. Yang kau cadang supaya USNO bergabung dengan PBS Ini apa hal? Kau kajilah sejarah pergolakan politik Sabah Ini betul-betul.
Kalau kau masih tidak faham, itu PBS sebenarnya parti yang telah menipu USNO bah! Dia tipu USNO! Dia tipu Allahyarham Tun Mustapha! Dia bikin pakatan dengan USNO untuk tumbangkan BN bah dulu. Pairin bilang, kalau sudah menang pilihanraya, PBS dan USNO boleh kongsi kuasa untuk mentadbir Sabah.
Tetapi rupa-rupanya, bila sudah menang, itu gagang telepon pun pemimpin PBS sudah angkat, sampai bunyi engage terus-terusan bah. Jadi, pasal itu lah berlaku krisis di Istana itu. Kau tanya bah Karim Ghani, dia pakar dalam sejarah..dia mesti tau punya. Itu PBS mendapat sokongan Bumiputra Islam dulu pasal kempen dia..”kalau kamu undi PBS, sama juga macam kamu undi USNO”. Naah..di situlah rakyat Bumiputra Islam Sabah termakan kempen dia orang PBS itu.
Kau bilang pemimpin PBS sanggup korbankan parti untuk keamanan rakyat Sabah. Bukan untuk keamanan bah..untuk kasih buncit dia orang punya perut dengan itu projek bah. Kau ini!! Waktu PBS perintah dulu, itu virgin jungle yang tidak boleh di balakpun diorang telan semua itu kayu balak!! Itulah kalau kau tengok badan pemimpin PBS macam kayu balak juga saiz dia orang. Kau tengok sajalah mansion dan bungalow dia orang…hoooi macam rumah si Michael Jackson!
Kalau aku mahu buat cadangan…baguslah seluruh ahli dan pemimpin USNO menyertai PAS sahaja. Sebagai seorang Muslim, kita mesti yakin akan kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Kita mesti yakin akan adanya hari perhitungan. Jadi, kalau kita berjuang dalam PAS, kita berjuang untuk menegakkan syariat Allah.
Setiap sen dan keringat yang kita sumbangkan untuk agama Allah, akan mendapat ganjaran pahala. Di akhirat nanti, Allah bukan tanya kenapa kita tidak menang dalam perjuangan. Tetapi yang Allah tanya ialah kemana kita habis kan usia muda kita. Kalau ada orang jawab, dia habiskan usia muda dia dalam perjuangan nasioanlisme, mengaut kekayaan melalui projek BN, maka sia-sia lah kehidupan dia…di dunia dan di akhirat.
Kepada ahli dan pemimpin USNO…, ingatlah hadis Nabi yang menyatakan… orang Islam tidak sepatutnya dipatuk dua kali dalam lubang yang sama. Sekali PBS menipu, maka selama-lamanya tabiat mereka akan terus sebati dengan penipuan.
No comments:
Post a Comment