JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, October 29, 2009

KEADILAN SABAH AKAN LEBIH BAIK TANPA JEFFREY

Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti itu tidak akan melemahkan PKR Sabah.

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Thamrin Zaini berkata, tindakan Jeffrey itu juga tidak akan menyebabkan PKR negeri goyah dan berpecah.

"Dia (Jeffrey) meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden tetapi masih kekal sebagai ahli parti dan Ketua Bahagian.

"Jadi saya nampak ia tidak akan memberi kesan melemahkan parti. Lainlah kalau dia keluar dari PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemelut PKR Sabah yang dilihat semakin meruncing apabila Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Jeffrey yang juga Ketua PKR Bahagian Keningau membuat keputusan drastik itu atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

Beliau melepaskan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Menurut Thamrin beliau menerima dan menghormati pendirian Jeffrey untuk melepaskan semua jawatannya itu.

"Kita sanjung perasaan rendah diri beliau yang akur keupayaannya melaksanakan tugas sebagai Naib Presiden dan kita mengucapkan terima kasih atas khidmatnya sebagai Naib Presiden selama ini," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Jeffrey, beliau berkata, hubungan mereka adalah baik.

"Kami tiada masalah (hubungan). Itu hanya spekulasi," ujarnya.

2 comments:

tiwasok said...

Ada Jeffery atau tidak, itu bukan persoalan. Yang menjadi persoalan, kenapa kepimpinan pusat tidak mengendahkan pilihan yang dibuat oleh majoriti ketua bahagian PKR di Sabah?

Seolah-olah sama seperti tindakan kerajaan sekarang yang mana mereka menentukan siapa pemimpin untuk Sabah dan bukan ditentukan oleh Rakyat Sabah sendiri. Apa bezanya tindakan ini dengan UMNO?

Rakyat Sabah yang menyokong PKR adalah kerana inginkan perubahan dari segi kuasa menentukan pemimpin Sabah sendiri.

Jika inilah pendirian kepimpinan pusat PKR, seolah-olah rakyat Sabah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

dari semenanjung said...

Datuk Jefferey,

Buktikan kesetiaan anda pada parti. Kami mahukan pemimpin yang benar-benar jujur kepada rakyat.