JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, October 13, 2010

Batu Sapi : Beri peluang PAS bertanding - Wahid

PAS Kawasan Sandakan mengharapkan agar PAS diberi peluang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Parlimen Batu Sapi.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian wakil rakyatnya mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah pada 9 Oktober lalu.

Walaupun pada dasarnya kerusi tersebut diperuntukan untuk PKR, namun track recod daripada siri piliharaya yang lalu menunjukkan PKR gagal.

Justeru PAS kawasan Sandakan beranggapan bahawa sudah sampai masanya untuk PAS diberi peluang untuk bertanding di kawasan itu.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sdr. Abd. Wahid menegaskan bahawa peluang untuk Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili oleh PAS, menang adalah cerah.

Ini kerana, PAS Batu Sapi yang diketuai oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah sekian lama menjalankan pelbagai program kemasyarakatan yang memberi kredit kepada PAS.

Di samping itu parlimen Batu Sapi mempunyai 60.14% pengundi Bumiputera Islam. Maka dengan imej Islam yang dibawa PAS sudah pasti ia dapat menambat hati pengundi.

"Walau bagaimanapun PAS tetap menghormati keputusan Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah untuk memutuskan siapa yang akan mewakili PR di parlimen Batu Sapi.

InsyaAllah, PAS Sandakan yang merupakan 'jiran terdekat' Batu Sapi akan mengarahkan seluruh jenteranya untuk membantu Batu Sapi" tegas sdr. Abd. Wahid.

http://pas313sdk.blogspot.com/2010/10/beri-peluang-pas-bertanding-di-parlimen.html

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dibandingkan dengan PKR, PAS ternyata mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi. Cubalah bandingkan karakter Hassnar atau 'balaci'nya Zainuddin dengan Tuan Hamzah. Jauh berbeza sekali. Betapa peramah nya Tuan Hamzah dibandingkan dengan Hassnar yang sentiasa berlagak 'samseng' tetapi sebenarnya pengecut. Manusia apakah yang sanggup menggunakan isterinya sebagai perisai, kerana diri nya sendiri tidak boleh menjadi calon. Wadah perjuangan PAS tidak membenarkan kita untuk bersekongkol dengan MUNAFIK!