JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, October 5, 2010

Bekas Setpol Liong Sik sertai PKR


Seorang Veteran Umno yang juga bekas Setiausaha kepada pemimpin BN di pelbagai kementerian, Tuan Hj Md Noor Daud mengishtiharkan keluar Umno dalam satu majlis Aidilfitri anjuran PKR Cabang Rembau di Negeri Sembilan pada 26 September lalu.

Md Noor, 62, yang sebelum ini merupakan Setiausaha Sulit kepada Datuk Reily Jefry di Kementerian Kerjaraya berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu hanya memperalatkan Melayu untuk kepentingan mereka.

Md Noor yang juga bekas pimpinan Pemuda Umno Teluk Kemang menyifatkan slogan Umno kononnnya untuk memperjuangkan Melayu hanyalah slogan politik semata-mata.

“Di malam yang mulia ini, saya ishtiharkan keluar daripada Umno, saya menyertai Parti Keadilan Rakyat, (PKR) kerana saya perhatikan Umno kebelakangan ini, Melayu hanyalah sebutan, bukan satu perjuangan,” katanya yang disambut laungan reformasi dari hadirin pada malam itu.

Beliau yang kini menetap di Kajang, Selangor turut menyatakan antara sebab beliau menyertai PKR adalah kerana keberkesanan pentadbiran PKR bersama Pakatan Rakyat dalam menguruskan negeri Selangor.

Antara dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup popular di Selangor ketika ini ialah Merakyat Ekonomi Selangor yang memfokuskan kepada kebajikan rakyat di negeri itu.

Semasa dalam kerajaan, Md Noor pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik selain pernah menjawat Penolong Pegawai Daerah (ADO) Jempol, di Negeri Sembilan.

Difahamkan beliau keluar Umno pada malam itu selepas terkesan dengan ucapan Ketua Cabang Rembau yang juga calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin berhubung isu keselamatan rakyat dan gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu dan rakyat di negara ini.

Video ucapan Md Noor yang juga seorang usahawan boleh ditonton di laman youtube.com menggunakan url berikut.

http://www.youtube.com/watch?v=Q8AWuVieSuw&feature=player_embedded

Berita berkaitan di sini, http://www.erapakatan.com/berita/mantan_timbalan_menteri_sertai_pkr_siapa_lagi_selepas_ini/ dan di sini. serta di sini.