
KEADILAN mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan siasatan segera terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang juga seorang ahli perniagaan, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad (kanan sekali berbaju kuning) yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu dari Filifina baru-baru ini.

"Setiap kes tiada yang boleh terlepas daripada pengadilan, tidak wajar ditutup atas dasar kepentingan peribadi kerana ia persis amalan berat sebelah.
"KDN tidak boleh meremehkan kes melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara sebaliknya perlu mengambil tindakan segera untuk menanganinya," katanya dalam satu kenyataan kepada Keadilandaily.com.
Azziah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bahawa KDN akan menyiasat samada tindakan itu samada bertentangan dengan undang-undang dan mengancam keselamatan negara.
Azizah turut meminta penjelasan berhubung kenyataan Abu Seman bahawa Akjan dikatakan memiliki dua kewarganegaraan.
"Bagaimana Akjan seorang warganegara Malaysia pada masa sama mengishtiharkan dirinya sebagai Sultan di negara lain?
"Masyarakat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran perkara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Interim KEADILAN Sabah.
Akjan 'diisytiharkan' sebagai 'Sultan Sulu ke-33' dalam satu upacara tertutup yang dihadiri oleh sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu, di rumahnya di Kampung Likas, Kota Kinabalu pada 2 Februari lalu.
Pada majlis itu, sebuah kerajaan sementara turut diisytiharkan sendiri oleh apa yang didakwa kononnya Akjan adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.



Akjan ketika itu merupakan pencabar jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu.
Gambar di bawah ialah 'Istana' yang didakwa dimiliki Akjan yang terletak di Jalan Kurol Melangi Kampung Likas, Kota Kinabalu.

No comments:
Post a Comment