
Mengulas pembebasan beliau pada pagi 9 Januari lalu, Anwar tidak menolak keputusan itu adalah hasil keputusan dari dalam diri hakim sendiri.
"Tapi yang saya lihat, dia (hakim Zabidin Mohd Diah) baca dengan cepat dan dia keluar dengan cepat. Tak sempat saya angkat tangan ucapkan terima kasih," katanya disambut gelak hadirin.
Sesuatu yang pasti katanya, media upahan Umno meroyan macam orang gila sebaik diumumkan pembebasan beliau.
"Tapi yang pasti selepas keputusan itu, pimpinan Umno, Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir melihat media mereka meroyan macam orang gila. Utusan, Tv3 cukup terkejut dan kesal dengan keputusan ini.
"Kalau saya punya pandangan, keputusan itu mungkin keputusan hakim sebab itu dia bacakan keputusan dalam masa tiga minit walaupun pendakwaan dua setengah tahun dan perbicaraan dua tahun. Yang saya pasti, Power of prays (Kuasa doa) yang berpengaruh besar kepada keputusan itu dibuat," katanya.


Dalam ceramah hampir sejam itu, Anwar turut berkongsi pandangan mengenai ayat yang beliau baca sepanjang berdepan kes Fitnah.
"Apa ayat yang paling saya banyak saya sepanjang sebelum 9 Januari (2011)?
"Innallazina Qalu Rabbunallah Tsummastakamu ilallah, ayat ini mengingatkan kita bahawa kuasa sebenar ialah Allah, bukan hakim, bukan Perdana Menteri dan isterinya dan bukan juga parti politik," tegasnya.
Oleh itu, katanya, betapa perlunya setiap mereka yang berjuang sentiasa yakin akan kebenaran dan kuasa Allah dengan memperbanyakan mensyukuri nikmat Allah serta bermunajat kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment