JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 5, 2012

Blackout, rakyat tuntut pampasan

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, sekali lagi mengulangi gesaannya sebelum ini agar pengguna elektrik di Sabah diberikan pampasan ekoran masalah gangguan bekalan yang berlaku.

Beliau, katanya kesal kerana meskipun beliau sudah menyuarakan perkara itu kali-kali, tetapi keputusan sama ada rakyat Sabah akan diberikan pampasan atau tidak masih tidak mendapat keputusan yang jelas.

“Saya sudah bosan menyuarakan hal ini. Tetapi saya terpaksa mengulanginya lagi kerana setiap kali berlakunya masalah gangguan bekalan, saya menerima banyak panggilan kerana masyarakat dan para peniaga ingin membuat aduan,” katanya di Tawau baru-baru ini.

Seperti yang pernah dikatakan ujarnya, ramai peniaga mengadu perniagaan mereka terjejas dan mengalami kerugian besar akibat dari gangguan bekalan, sedangkan masalah itu pula terus berlaku dan merugikan mereka.
Kehidupan seharian rakyat juga jelasnya turut terjejas dan perkara itu boleh memberi impak negatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita berharap kerajaan membuat keputusan tentang soal pampasan ini. Jangan anak tirikan rakyat Sabah sedangkan kalau masalah begini berlaku di Semenanjung, pengguna diberikan pampasan,” katanya lagi.

No comments: