Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik, Noor Azman Azemi berkata beliau sudah letih bersubahat dengan skandal melibatkan Zahida Rafik dan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.
Ini kerana katanya, sepanjang bekerja dengan mereka, kedua-dua individu itu sering bertemu di sebuah hotel berasingan dan beliau 'sudah tidak tahan lagi' untuk bersubahat dengan mereka.
Noor Azman berkata, sepanjang bekerja dengan kedua-dua individu itu, dalam tempoh tiga tahun Shafie yang juga Naib Presiden Umno didakwa membayar sejumlah wang besar dengan paling rendah antara RM100,000 hingga RM1 juta sebulan kepada Zahida.
Ditanya punca utama tercetusnya skandal artis dan pimpinan Umno itu, Noor Azman mendakwa kerana Zahida menjalin hubungan sulit dengan seorang jurulatih Jimnasium.
Beliau membuat pendedahan itu secara eksklusif dalam sidang media hari ini yang menarik puluhan wartawan dari pelbagai organisasi media termasuk laman hiburan dan media arus perdana.
Dengan pendedahan hari ini, ia sekaligus mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini artis itu hanya didakwa menerima RM1.5 juta dari Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna.
Noor Azman dalam sidang media yang turut dihadiri keluarganya bagaimanapun tidak menyatakan samada Zahida dan Shafie sudah berkahwin, namun mengakui diganggu individu tidak dikenali.
Turut hadir dalam sidang media itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin; ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan (ibu saudara); Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguam yang mewakilinya, Lateefa Koya.
Nama Noor Azman mula menjadi perhatian selepas beliau membuat laporan polis 13 Mac lalu sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.
Laporan polis itu didedah oleh Zuraida 18 April lalu, manakala Zahida dan Shafie sebelum ini menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.
Tumpuan ketika ini sudah tentunya menanti kenyataan Zahida dan Shafie. Manakala dari aspek politik Sabah dan kesannya kepada kedudukan Umno di negeri itu sudah tentu menarik untuk diperhatikan.
Sebagai rekod, Shafie sebelum ini pernah menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat dan enggan memohon maaf kepada parti Islam itu selain semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, beliau mempertahankan kenaikan harga minyak di negara ini.
No comments:
Post a Comment