Ternyata 'benchmark' himpunan rakyat terbesar di awal zaman reformasi suatu ketika dahulu telah dipecahkan oleh kejayaan BERSIH 3.0 dengan menghimpun 300 ribu rakyat di 11 venue seluruh Malaysia dan 73 negara di seluruh dunia. Ini suatu kejayaan mutlak hasil tindakbalas rakyat bagi menghalang cubaan pihak kerajaan pemerintah mengekalkan kuasa melalui pelbagai helah dan penipuan pilihanraya.
SAMM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan BERSIH 3.0, menyedari pelbagai kesulitan dan kesengsaraan dilalui oleh semua peserta himpunan di atas ketelanjuran pihak berkuasa yang bukan sahaja gagal memastikan keamanan, tetapi telah merusuh di atas khabar angin yang sengaja diatur. Akhirnya ramai peserta yang mendapat kecederaan akibat dirempuh dan dibelasah oleh pihak polis yang 'hilang pedoman'. Ramai juga peserta yang ditangkap dan dibawa ke Pulapol.
Tidak kurang
juga peserta himpunan BERSIH yang mengalami kerugian di atas kehilangan harta benda hasil daripada rusuhan pihak berkuasa. Para
wartawan yang menjadi pemerhati berkecuali juga turut menjadi mangsa
kezaliman pihak berkuasa sehingga ada alat media milik mereka dirampas.
Justeru itu, SAMM membuka talian SMS dan juga menyediakan email untuk
semua mangsa kezaliman/keganasan/tangkapan pihak polis bagi menyatakan
pengalaman masing-masing terutamanya mereka yang dipukul samada separuh
mati atau hampir mati, diheret ke Pulapol dan juga yang mengalami
kerugian/kehilangan harta benda di atas rusuhan pihak polis. Berikut
adalah nombor talian SMS dan alamat email:
Nombor talian SMS : 018-9235083
Email SAMM : adu@anakmudamalaysia.com
Talian di atas juga dibuka kepada peserta yang mempunyai apa jua
permasalahan dan kesulitan yang tidak berjaya diselesaikan seperti
urusan dengan pihak polis dan keperluan khidmat guaman. Sila sertakan
info/maklumat untuk dihubungi bagi keperluan makluman selanjutnya.
Pengamal media juga dialu-alukan untuk memberi bantuan hebahan.
Pihak SAMM mengambil tanggungjawab untuk memastikan tiada mangsa yang
dibiarkan dan tidak dibela setelah kita bersama 28 April 2012 menjadi
sebahagian daripada sejarah menerpa kejayaan BERSIH 3.0 demi pilihanraya
bersih dan adil serta ruang demokrasi yang terjamin.
Sekian
"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"
EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment