JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 27, 2012

Sarawak catat kadar miskin tegar bandar tertinggi - Menteri

Seramai 13,125 penduduk kawasan bandar di seluruh negara berada dalam kelompok miskin tegar dengan Sarawak dan Sabah mencatatkan angka tertinggi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, berdasarkan pecahan,Sarawak mencatatkan bilangan miskin tegar bandar sebanyak 4,682 orang manakala Sabah 2,760 orang.

Beliau bagaimanapun berkata, statistik itu hanya berdasarkan status kemiskinan bandar yang berdaftar dalam pangkalan data e-Kasih setakat 14 Mei tahun ini bagi menentukan kadar kemiskinan bandar.

"Hakikatnya, daripada apa yang diperoleh menerusi pendaftaran e-Kasih, Sarawak mencatatkan jumlah miskin tegar bandar teramai," katanya dalam sebuah majlis di Dewan Suarah Miri, pada 25 Mei lalu.

Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan bagaimanapun memberitahu rakyat agar jangan menyalahkan dasar kerajaan berhubung statistik itu.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan rasuah yang membelenggu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadi faktor besar mengapa sukarnya kemiskinan dibasmi di negara ini.

Anwar memberi contoh bagaimana projek membina istana negara dengan kos awal RM400 juta kini melonjak RM1 bilion di mana RM600 juta itu melonjak kerana untuk diagih kepada kroni Umno.

Sebagai balasan, kroni Umno akan menyalurkan semula beberapa ratus juta dari RM600 juta itu kepada tabung Umno untuk kegunaan parti itu dalam pilihanraya.

Hakikatnya, RM600 juta itu sepatutnya disalur untuk keperluan lain untuk manfaat rakyat terbanyak.

Sebab itu Anwar menegaskan perlunya rejim BN ini ditukar kerana Pakatan Rakyat menawarkan pentadbiran telus dan amanah sebagaimana dibuktikan di negeri ditadbirnya termasuk Pulau Pinang dan Selangor yang dipuji Laporan Ketua Audit Negara.

Manakala Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga kini lepas bebas walaupun terbukti terlibat dalam rasuah.

No comments: