JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, May 3, 2012

Senarai orang-orang Melayu sertai DAP

Susunan Masdar Wahid

1. Zairil Khir Johari (anak kepada bekas Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Mohamed Khir Johari dan kini Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng)

2. Mohd Ariff Sabri (Graduan Ekonomi dari Universiti Malaya (UM) dan University of Manchester(Owens), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dan bekas ketua penerangan Umno Parlimen Pekan-MP Pekan ialah Datuk Seri Najib Razak)

3. Hatta Wahari (bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia dan bekas wartawan kanan di akhbar Umno, Utusan Melayu (M) Berhad sejak 1995 sebelum dipecat pada 2011)

4. Fairuz Azhan Amirruddin (Penulis dan graduan jurusan undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara-UiTM)

5. Dyana Sofya Mohd. Daud (Peguam dan graduan jurusan undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara-UiTM)

6. Zulkifli Mohd Noor (anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang sejak sekian lama)

7. Aspan Alias (blogger Umno dan kini bergiat di Negeri Sembilan)

8. Prof Dr Ariffin S.M Omar (Senator Dewan Negara)

9. Ahmad Nor, bekas Presiden kesatuan sekerja CUEPACS (1983-1986) dan beliau bekas Presiden Peninsular Malaysia Customs Officers Union merupakan orang Melayu dari DAP yang pertama terpilih menjadi ahli parlimen.

10. Orang Melayu lain yang menyertai DAP ialah Mohd Nor Jette; Ahmad Ton ; Ibrahim Singgeh ; Senator Zainal Rampak ; Fadzlan Yahya dan Mohd Asri Othman. Kebanyakan mereka aktif dalam NGO dalam kesatuan sekerja sebelum dijemput menyertai DAP.

11. Sejak 1969, DAP mempunyai 6 ahli politik Melayu yang menang dalam pilihan raya. Mereka ialah Ibrahim Singgeh- Tapah Road 1969 (sekarang Air Kuning) ; Haji Hassan bin Haji Ahmad - Si Rusa ; Ahmad Nor - Bayan Baru (1990-1995) ; Setiausaha Agung DAP, Daing Ibrahim Othman ; Mohd Salleh Nakhoda Itam dan Fadzlan Yahya - Pasir Bedamar dan Zaharah Ibrahim yang menewaskan Menteri Besar Perak dari Umno, Tan Sri Ghazali Jawi di DUN Kenering.

12. Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dan isterinya yang juga bekas guru, Norhayati Yusof.  

13.  Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

14. Roseli Abdul Ghani calon DAP di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13

15. Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim

16. Harun Ahmad.

17. Ustaz Abdul Hakim, Mustakim dan ustaz Fakri

No comments: