Penulis buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', Badrul Hisham Sharin
berkata, kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam
pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu
persoalan.
“Kira-kira 19 media seluruh dunia
menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini
merupakan Perdana Menteri (PM) Malaysia yang didakwa terlibat dalam
pembunuhan Altantuya.
Malah ada cubaan menutup kes itu dengan melabel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan.
Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Badrul
yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberitahu,
terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya termasuklah motif
dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi
pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali.
“Apa
motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas Polis Di Raja Malaysia
(PDRM) yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia
yang mereka tidak kenali ?
Merujuk
kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari BN, jelas bukan sahaja Juraimi di
hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung.
Dua tertuduh pembunuhan Altantuya ini di bawah arahan siapa,” soal beliau.
Badrul
menambah, secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol
(bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke
mahkamah?
Pistol, arahan siapa dan milik siapa?
“Benarkah
Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta
(komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi
Razak Baginda (orang rapat Najib) dan kedatangan beliau untuk menuntut
'bahagian' seperti yang dijanjikan?
Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?,” kata beliau.
Di
kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun
kelahiran Altantuya (pada 6 Mei ini) dan takziah kepada anggota
keluarganya,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.
Difahamkan, buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya', dengan cetakan pertama sebanyak 3,000 naskah habis terjual.
Kini
pihaknya mencetak kepada angka 10,000 naskah dengan 8,000 daripadanya
laris dan terus mendapat sambutan dari seluruh negara.
Pihaknya
juga kini turut bercadang menterjemahkan buku itu dalam bahasa lain
termasuklah bahasa Mandarin atas permintaan orang ramai.
“SAMM
mengalu-alukan sesiapa nak jadi wakil, tetapi syarat stok ambil secara
tunai. Hubungi 0176688404 atau 0123696474 untuk mendapatkan stok dengan
harga pengedar. Bertindak SEGERA,” tambah beliau.
Terdahulu,
Penerbitan buku itu bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam politik
negara tetapi Badrul turut diancam dan dan diganggu oleh pihak polis
termasuklah usaha menggeledah rumah beliau di Seremban pada 10 Februari
lalu.
Altantuya yang dilahirkan pada 6 Mei 1978 merupakan anak kepada Shaaribuu Setev, seorang Profesor Psikologi dan Sh Altantsetseg.
Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China.
Beliau fasih berbahasa Mongolia, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.
Wanita itu turut didakwa pernah bekerja sebagai guru siswazah, sebagai penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar selain sering ke luar negara selaku model sambilan dengan berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan.
Wanita itu turut didakwa pernah bekerja sebagai guru siswazah, sebagai penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar selain sering ke luar negara selaku model sambilan dengan berkhidmat dengan beberapa agensi pelancongan.
1 comment:
Kekejaman Polis - Generasi Muda Perlu Memberi Pengajaran Setimpal Kepada Pemimpin BN dan UMNO. ( Lihat sendiri BUKTI, perjuangan PUTERI dan PEMUDA UMNO tidak lagi berguna untuk generasi baru )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4 * (NEW)
5~BUKTI 5 * (NEW)
6~BUKTI 6 * (HOT)
Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~http://www.youtube.com/watch?v=HcQD_NfslkA&feature=related
Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155
Post a Comment