JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 26, 2012

Pimpinan Umno kata saya berketurunan Cina - Anwar

JOHOR BAHRU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu dan beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

“PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua.

“Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri.

"Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort 25 Mei 2012.

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang diputar belit media Umno bertujuan melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat dan menimbulkan sentimen perkauman dengan tujuan agar Umno mendapat keuntungan politik.

No comments: