JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, March 25, 2010

Sukarnya mencari yang Halal


JOHOR BAHARU, 25 Mac (Bernama) --
Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) menutup 14 daripada 20 buah pusat pemprosesan dan penyembelihan ayam yang beroperasi secara haram di sini sejak awal tahun ini.

"Tiga buah pusat telah diheret ke mahkamah manakala tiga lagi sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi," kata Datuk Bandar Johor Baharu, Jaafar Awang.

Beliau berkata dengan beroperasi secara haram, pusat-pusat tersebut telah mengabaikan cara penyembelihan dan pemprosesan yang tidak mengikut syarak selain keadaan premis yang kotor.

Jaafar hadir pada majlis perasmian Pusat Pemprosesan dan Penyembelihan Ayam Pandan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini Khamis.


Mengenai pusat di Pandan itu, beliau berkata orang ramai boleh memperolehi bekalan ayam yang halal dan bersih daripadanya.


"Walaupun ia menggunakan peralatan moden dari aspek pemprosesan, namun penyembelihan masih dilakukan secara manual mengikut hukum syarak dan juru sembelihnya mendapat pentauliahan dari Jabatan Agama Islam Johor," katanya.


Dibina dengan kos RM17 juta, pusat berkenaan mampu memproses 60,000 ekor ayam selama 12 jam sehari.


Ia juga mesra alam apabila hanya air yang dirawat sahaja yang dilepaskan olehnya ke sungai serta bebas daripada sebarang bahan pencemaran.

RTM raikan Birthday dengan Yaasin dan Konsert 'Halam'

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan karnival empat hari sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-64 bermula 1 April di Angkasapuri di sini.

Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Penyiaran Malaysia, Md Shahri Saripan berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dijadual menghadiri perhimpunan khas sempena sambutan itu di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Beliau berkata pada 2 April, kakitangan RTM akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Angkasapuri, diikuti konsert Merentas Zaman manakala Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Genarasiku pula akan berlangsung pada 3 dan 4 April.

"Program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Genarasiku ini juga dapat meyakinkan masyarakat bahawa RTM sebenarnya adalah stesen milik rakyat. Kumpulan sasaran utama program ini adalah golongan muda yang terdiri daripada remaja dan belia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan antara media dan penerbit-penerbit rancangan TV dan Radio RTM di Wisma TV, Angkasapuri di sini.

-- BERNAMA

Wednesday, March 24, 2010

Utusan kini iktiraf Israel, akui Mahathir tolak 1Malaysia



MARAHKAH Anwar Ibrahim apabila 1Malaysia dikaitkan dengan 1Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.

Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.

Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus - apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.

Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.

Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu - ketakutan, kebencian - orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.

Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.


Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?

Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.

Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1Malaysia itu.

1Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.


Pakatan pembangkang melihat 1Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.


Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.


Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.

Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal.

Cuit diiktiraf...

TERIMA Kasih kepada Kelab Wartawan Malaysia (NPC) kerana memberi pengiktirafan kepada penulis sebagai Wartawan Terbaik 2010 NPC dalam satu majlis, malam Jumaat 19 Mac lalu.

Ia menandakan Cuit diiktiraf oleh rakan-rakan wartawan sebagai wadah kontroversi yang membina. Itupunlah tujuan tulisan ini dibentuk. Ia mahu membuka minda pembaca kepada satu dimensi baru dunia kewartawanan arus perdana, dengan menyuntik daya berfikir secara kritis tanpa rasa bimbang dan terhutang budi.

Selagi situasi membenarkan, tulisan ini akan terus mencuit, insya-Allah.

Keluar PKR : Zahrain akui elak tindakan Lembaga Disiplin PKR


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim terus membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mahu melompat parti pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan sebelum ini.

“Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.

“Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Ghapur Salleh pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan menyahut cabaran wakil rakyat Sabah itu untuk mendedahkan 32 ahli Parlimen BN yang didakwa akan melompat parti dan menyertai PR pada 16 September 2008.

"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.

"Saya terkejut kerana Kalabakan membuat serangan peribadi dan tidak memberikan saya laluan untuk menjawab di dalam dewan dan saya terpaksa menjawab melalui sidang media ini," katanya.

Ketika sesi perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Ghafur mendakwa Zahrain membuat pembohongan dan meminta beliau menamakan Ahli Parlimen yang disebut akan melompat parti pada tarikh itu.

Ghapur turut menuntut Zahrain menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepadanya.

Bagaimanapun Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, enggan berbuat demikian.

Menurutnya, beliau hanya menyatakan apa yang diperkatakan oleh Anwar kepadanya dan pendedahan nama-nama ahli Parlimen BN berkenaan dibuat tanpa berniat untuk merosakkan nama baik dan reputasi mana-mana wakil rakyat berkenaan.

Tujuh ahli Parlimen BN lain yang dinamakan oleh Zahrain ialah, Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah).

Tuesday, March 23, 2010

Sabahdaily.com Suspended


Salam semua pembaca setia sabahdaily.com…

Hari ini sedikit masalah telah berlaku terhadap Portal Sabahdaily.com apabila telah disuspend oleh Hosting Provider kerana penggunaan Server yang melebihi had. Had penggunaan untuk Shared Hosting Server hanyalah 10%, tetapi telah melebihi sehingga 12%.

Akibat daripada masalah ini, semua laman web yang diletakkan bersama hosting tersebut turut tidak boleh diakses.

Susulan daripada perbincangan dengan pihak penyedia hosting tersebut, memandangkan penggunaan hosting sabahdaily.com terlalu besar, mereka mencadangkan untuk mengambil Dedicated Server. Namun demikian penggunaan Dedicated Server terlalu mahal.

Oleh itu, pihak Sabahdaily.com telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan penggunaan server tersebut. Antara langkah tersebut ialah delete semua skrip dan plug in yang kurang penting dan tidak digunakan, memadam ruangan forum, menutup pendaftaran user dan menutup ruangan komen.

Ruangan komen juga terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana turut menyebabkan masalah ini berlaku. Kami memohon maaf kepada semua pembaca setia Sabahdaily.com atas tindakan ini.

Langkah-langkah yang telah diambil di atas hanyalah sementara. Kemungkinan ia tidak dapat bertahan untuk tempoh yang panjang. Sabahdaily.com mungkin akan disuspend sekali lagi jika tidak menukar kepada Dedicated Server di masa akan datang.

Harap Maklum.

Admin Sabahdaily.com

masdarwahid : Tahniah buat Sabahdaily, sekurang-kurangnya laman web anda menunjukkan pengunjung semakin ramai sekaligus dan dipercayai, berbanding media arus perdana. apa2pun diharap diperbaiki lagi selepas ini khususnya menjelang pilihanraya yang kian hampir termasuklah mengadakan segera ruangan komen kerana setiap komen itu merupakan rintihan dan suara rakyat khususnya suara rakyat Sabah.

Salam perjuangan dan Terima Kasih.

Utusan Perlekeh Dr. Yusof al-Qardhawi

BARU-BARU ini, saya dimaklumkan oleh seorang rakan yang bekerja sebagai penjawat awam mengenai usaha-usaha untuk mengedarkan salinan video mengenai 'fatwa' oleh ulama terkemuka dunia yang kononnya membela tokoh politik tempatan tertentu dalam satu kes mahkamah.

Setelah berpeluang menilai kandungan video tersebut, secara peribadi saya berpendapat bahawa ia berat sebelah dan tidak adil. Masakan tidak, soalan yang disuap awal-awal lagi sudah 'memerangkap' ulama tersohor itu supaya tertuduh kelihatan tidak bersalah, malah seolah-olah difitnah.

Sudah menjadi resmi kehidupan, 'lain lubuk, lain ikannya'. Maka pendapat seorang ulama yang tersohor sekalipun, kalau tidak arif tentang keterangan, keadaan semasa dan kedudukan berkenaan isu sebenar, mungkin boleh dipertikaikan.

Sebagai contoh mudah, bolehkah seseorang hakim yang tidak arif dan cukup maklumat tentang sesuatu kes sewenang-wenangnya menjatuhkan sesuatu hukuman? Tentu sekali sukar bukan!

Saya bukanlah seorang pakar agama yang hendak menjatuhkan hukum, tetapi bukankah sudah jelas lagi terang firman Allah dalam Surah al-Hujurat yang bermaksud, "Wahai orang- orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan."

Maka dalam hal ini, saya optimis mengatakan ulama terkemuka tersebut telah 'terlepas pandang' akan 'kefasiqan' individu tersebut dan terperangkap dalam soalan yang telah pun disusun indah penuh bermuslihat, agar jawapan yang diberikan memuaskan agenda dan kehendak licik spin doctor pihaknya!

Edaran video: Tidak mengapa, biarkan!


Mungkin ada yang khuatir dengan usaha-usaha edaran video tersebut dan bercadang hendak menyekatnya. Saya ada terfikir bahawa ia mungkin menjadi satu usaha yang tidak begitu bermakna. Tahu-tahu sajalah, sudah menjadi lumrah dalam masyarakat, yang disekat-sekat itulah yang makin dikejar dan dimahukan.

Maka biarkan saja. Abaikan. Pertamanya, kerana kita jelas dan yakin bahawa informasi yang diedarkan itu hanyalah tipu muslihat untuk meraih simpati semata-mata. Kandungan yang dijaja pula, cuma lebih kepada satu cereka yang 'memutar-belitkan kebenaran'.

Kedua, daripada kita 'sibuk-sibuk' hendak menumpu usaha menyekat 'informasi yang sesat' itu, adalah lebih baik kalau kita 'menyerang' dengan 'informasi yang benar'. Pendekatan berkesan perlu disusun dengan pintar agar maklumat sebenar dapat dijelaskan agar minda masyarakat lebih terbuka untuk berfikir dan bukannya sekadar menerima membuta-tuli.

Bimbing kefahaman istilah-istilah Islam


Sebagai contoh, saya berpendapat istilah-istilah tertentu seperti ' fatwa ', ' ijtihad ' dan 'ijma' perlu dijelaskan kepada masyarakat. Sekiranya konsep-konsep ini dapat diterangkan kepada umum, secara automatik ia akan menjadi 'pendinding' kepada segala bentuk 'hantu syaitan' yang cuba menyalahgunakan istilah tersebut untuk kepentingan peribadi.

Istilah 'fatwa' kalau dirujuk melalui Internet di http://prpm.dbp.gov.my, memberi makna 'keputusan tentang perkara agama yang diberikan oleh mufti atau alim ulama dan istilah yang bersangkutan, yakni 'mufti' membawa maksud 'ahli agama yang berhak memberi fatwa berkenaan hal-hal agama Islam'.

Maka sudah terang lagi bersuluh! Keterangan ulama tersebut hanyalah lebih berupa pendapat dan beliau sendiri tidak pernah menobatkan pendapatnya sebagai fatwa yang wajib diterima secara terus.


Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, kita mempunyai badan khas iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri daripada para ulama seluruh negara, yang lebih tahu, berhak dan arif tentang isu, keadaan dan sentimen dalam negara jika hendak berijtihad dan seterusnya mengijmakkan sesuatu fatwa atau ketetapan.

Mereka inilah yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan apabila memperkatakan sesuatu yang bersangkutan dengan perihal fatwa dalam negara.


Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan para bloggers perlu terus menyampaikan penerangan ini secara bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat akar umbi. Yang pastinya, kerajaan sama sekali tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan 'menarik simpati' menggunakan ulama terkemuka.



Ini kerana sentimen penghormatan kepada pandangan ulama sebenarnya cukup tebal dalam masyarakat Melayu-Islam Malaysia. Ia mampu membutakan hati sekiranya ilmu di dada kurang dan tidak mencukupi.


Justeru, ada eloknya kalau-kalau para pemimpin tertinggi tidak bersikap ignorance, mengambil inisiatif untuk turun ke pentas- pentas lawan, menilai dengan mata kepala sendiri sehingga ternganga mulut, melihat 'pencapaian' usaha 'menarik simpati' yang bukan calang-calang sokongan !


Lebih buruk lagi apabila kini timbul kembali kenyataan 'memfasiq' dan 'memunafiqkan' umat Islam.


Jangan gara-gara pandangan ulama tersebut disifatkan tidak sesuai untuk diterima pakai, kita pula dikatakan tidak hormat dan tunduk pada hukum Allah.

Tepuk dada, tanya iman. Dalam hal ini, ilmu perlu dicari, iman tidak boleh diwarisi.


FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)