JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, March 25, 2010

Sukarnya mencari yang Halal


JOHOR BAHARU, 25 Mac (Bernama) --
Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) menutup 14 daripada 20 buah pusat pemprosesan dan penyembelihan ayam yang beroperasi secara haram di sini sejak awal tahun ini.

"Tiga buah pusat telah diheret ke mahkamah manakala tiga lagi sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi," kata Datuk Bandar Johor Baharu, Jaafar Awang.

Beliau berkata dengan beroperasi secara haram, pusat-pusat tersebut telah mengabaikan cara penyembelihan dan pemprosesan yang tidak mengikut syarak selain keadaan premis yang kotor.

Jaafar hadir pada majlis perasmian Pusat Pemprosesan dan Penyembelihan Ayam Pandan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini Khamis.


Mengenai pusat di Pandan itu, beliau berkata orang ramai boleh memperolehi bekalan ayam yang halal dan bersih daripadanya.


"Walaupun ia menggunakan peralatan moden dari aspek pemprosesan, namun penyembelihan masih dilakukan secara manual mengikut hukum syarak dan juru sembelihnya mendapat pentauliahan dari Jabatan Agama Islam Johor," katanya.


Dibina dengan kos RM17 juta, pusat berkenaan mampu memproses 60,000 ekor ayam selama 12 jam sehari.


Ia juga mesra alam apabila hanya air yang dirawat sahaja yang dilepaskan olehnya ke sungai serta bebas daripada sebarang bahan pencemaran.

No comments: