JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Sunday, March 21, 2010
Rosmah kini Ketua Wanita Umno
KUALA LUMPUR: Pemimpin wanita diseru supaya lebih kerap turun padang bagi menyelami dan memamahi hati rakyat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika menyarankan perkara itu berkata, tugas itu perlu dilaksanakan oleh pemimpin wanita bagi memahami masalah, keperluan, aspirasi dan kegelisahan rakyat sebagai stategi dalam memastikan rakyat sentiasa didahulukan dalam semua aspek.
"Pada waktu seperti inilah kita melihat bagaimana wanita dan kepimpinan wanita negara memainkan peranan dengan menunjukkan segala sifat keibuan kita, rakyat bukan sahaja didahulukan tetapi diberi perhatian sepanjang masa.
"Saya yakin, dengan keupayaan dan kelebihan wanita yang Allah kurniakan iaitu perasaan lebih peka, pemikiran lebih wajar, kita dapat bersama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki untuk membantu merealisasikan konsep 1Malaysia ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Mesra Bersama Rakyat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Parlimen Batu bertemakan 'Rakyat Didahulukan' di sin hari ini.
Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Raja Nong Chik dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga WPKL, Senator Datuk Azizah Abd. Samad.
Dalam pada itu Rosmah berkata, slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' di bawah gagasan 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya sekadar dilafaz, sebaliknya dipadatkan dengan pengisian program bersesuaian yang dipertingkatkan dari masa ke semasa demi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau menambah, masa depan negara bergantung kuat kepada faktor-faktor tersebut.
Sementara itu, Shahrizat berkata, PPR Taman Wahyu merupakan antara contoh projek perumahan rakyat terbaik dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur yang selesa dan lengkap termasuk tadika serta pusat komuniti.
Katanya, selain memperkasakan wanita setempat ia turut meningkatkan martabat wanita dari golongan sederhana dengan melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti berfaedah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment