JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, November 30, 2011

3 lagi akta kaitan m'siswa perlu dipinda

Tiga lagi akta berkaitan mahasiswa juga perlu dipinda bagi memastikan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 mencapai matlamat membenarkan golongan itu berpolitik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, akta itu ialah Akta Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Universiti Teknologi Mara 1976 dan Akta Institusi Pendidikan( Disiplin) 1976.

“Ketiga-tiga akta ini harus dipinda agar konsisten dengan pindaan AUKU yang diumumkan baru-baru ini.

“Pindaan itu mestilah bersifat progresif, komprehensif, tidak regresif dan tidak menyekat,” katanya pada sidang media selepas menjadi juri Pertandingan Akhir Pidato Politik Piala Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam (29 November 2011).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibawa ke Parlimen pada sesi tahun depan dan tidak dibuat secara tergesa-gesa.

“Kita akan adakan sesi taklimat dengan pertubuhan pelajar dan belia, parti politik, kakitangan akademik termasuk Majlis Profesor Negara serta pihak yang menaja pengajian sesetengah mahasiswa,” katanya.

No comments: