Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez mengakui penubuhan syarikat baru diberi nama Caterham Jet antara ideanya hasil perbincangan dengan pengurusan Air Asia.
"Buat masa ini tidak ada Caterham Jet. Ia hanyalah idea yang timbul hasil perbincangan yang dilakukan," katanya dalam sebuah majlis pada 14 November lalu, lapor Harian Metro.
Beliau berkata demikian selepas Pengarah Strtegi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoal tindakan Tony mahu menubuh syarikat baru yang dibimbangi menjejaskan komitmen Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) antara MAS dan Air Asia yang dimetrai sebelum ini.
"Ia adalah sama dengan menaiki jet peribadi tanpa perlu memilikinya dan jika idea ini yang sasarannya untuk pasaran premimum (pasaran yang lebih mahal), ia akan dikendalikan MAS," katanya.
Air Asia kini memiliki kepentingan sebanyak 20 peratus dalam MAS berbanding MAS yang hanya dibenarkan mendapat 10 peratus sahaja dalam Air Asia melalui CCF.
Pemerhati melihat, usaha ini adalah antara cara halus Tony menguasai MAS dalam masa jangka panjang.
Sebaik CCF antara MAS dan Air Asia dimeterai baru-baru ini, firefly, antara anak syarikat MAS yang mengendalikan penerbangan murah di beberapa destinasi dalam negara, menamatkan beberapa penerbangannya serta-merta.
Kebanyakan laluan yang ditamatkan itu adalah di Sabah dan Sarawak di kawasan yang sangat sukar di laluan jalan rayanya.
Dalam bahasa mudahnya, CCF itu menzalimi penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak kerana penerbangan Firefly memberi harga tambang lebih murah berbanding Air Asia yang hanya mengiklan murah 'untuk beberapa kerusi' namun harga sebenar yang dibayar oleh rakyat jauh lebih mahal.
Penamatan dilaluan luar bandar oleh Firefly itu antara syarat yang terkandung dalam CCF.
CCF ditentang hebat banyak pihak termasuk kesatuan sekerja MAS yang menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan perjanjian itu berat sebelah dan hanya menguntungkan Tony dan suku sakatnya.
Malah, pekerja Air Asia turut memberitahu, hasil perjanjian itu, mereka tidak mendapat apa-apa.
Dalam masa jangka panjang, jika usaha Tony ini tidak dikawal, akhirnya semakin banyak syarikat milik kerajaan dimonopoli Tony dan sekaligus menzalimi warga miskin di negara ini.
Isu utama di sini ialah budaya monopoli yang cuba diusahakan secara halus oleh Tony yang juga kroni rapat Tun Dr Mahathir Mohamad.
=====================================================================================
Tubuh Caterham Jet, jejas komitmen Air Asia dalam MAS
KEADILAN merujuk kepada laporan Reuters mengenai penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru yang menawarkan perkhidmatan premium penuh oleh pemilik Air Asia, Dato’ Seri Tony Fernandes.
Laporan itu turut menyebut bahawa syarikat penerbangan yang diberi nama Caterham Jet itu akan menyediakan perkhidmatan premium penuh di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.
Tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes itu menimbulkan persoalan sama ada ia menjejaskan komitmen Air Asia yang dibuat berdasarkan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) dengan MAS.
Tujuan utama perjanjian tersebut ialah untuk mengikat kedua-dua buah syarikat penerbangan agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing (iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket murah oleh Air Asia) agar kedua-duanya tidak bersaing sesama sendiri.
Justeru, saya mempersoalkan sama ada tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes ini mencabuli komitmen yang telah dibuat melalui Air Asia di dalam perjanjian CCF yang ditandatangani dengan MAS?
Beliau dan Khazanah Berhad perlu juga menjawab soalan-soalan berikut:
1. Bukankan perjanjian CCF secara jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan yang sama dengan MAS, agar masing-masing membina kekuatan di dalam pasaran tersendiri?
2. Adakah Caterham Jet akan menggunakan laluan yang sama dengan MAS dan seterusnya menjadi pesaing kepada MAS? Ini menyebabkan perjanjian CCF tidak lagi bermakna dan berguna.
Pelaksanaan perjanjian CCF telah mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang merasakan mereka dipinggirkan di dalam proses membuat keputusan; sedangkan mereka banyak berkorban di dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenalkan pengurusan MAS sebelum ini.
Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan KEADILAN terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia yang seterusnya merugikan rakyat akibat monopoli yang wujud.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
9 NOVEMBER 2011
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment