JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, November 30, 2011

Skandal Kondo Lembu : Rosmah mula campur tangan

Walaupun Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah pemimpin Umno dan bukan Ketua Wanita Umno, namun isteri Perdana Menteri itu terus mencampuri urusan parti Umno.

Terbaru, Isteri Datuk Seri Najib Razak itu 'menasihatkan' wanita Umno agar mematahkan apa yang didakwanya sebagai fitnah pembangkang terhadap pemimpin BN.

Tanpa menyebut isu secara spesifik, Rosmah mendesak pergerakan wanita pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab 'apa jua kenyataan pembangkang' yang disifatkannya sebagai fitnah itu adalah persediaan Umno menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Ini kerana sikap berdiam diri di kalangan ahli Umno hanya melemahkan Umno. "Tidak dinafikan wujud pihak yang bersikap talam dua muka, sanggup menjadi gunting dalam lipatan dengan hasrat memporak-perandakan kerajaan sedia ada," katanya seperti dilaporkan Bernama, ketika berucap pada Majlis Makan Malam Skuad Sayang Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28 November lalu.

Kenyataan Rosmah ini sekaligus membuktikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa isteri Najib itu banyak mempengaruhi perjalanan politik dan pemerintahan negara.

Malah, Rosmah juga menjadi tetamu kehormat untuk memeriksa perjalanan terakhir perjalanan belanjawan persekutuan yang dibentang Najib pada 7 Oktober lalu.

Mengenai skandal Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) atau juga dikenali skandal 'Kondo Lembu', umum mengetahui betapa akrab dan rapatnya Shahrizat dengan Rosmah.

Namun, kenyataan Rosmah itu jelas menunjukan kebimbangannya jika skandal 'Kondo Lembu' gagal dijawab, kerajaan persekutuan pimpinan suaminya bakal tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jika ia berlaku, maka sukarlah Rosmah untuk berjoli dengan wang rakyat sebagaimana pendedahan konsisten Suara Keadilan, Harakah dan media alternatif lain mengenai sikap boros Rosmah.

Malah,pendedahan itu sehingga kini tidak dinafi dan jauh sekali dari dijawab Najib atau Rosmah sendiri.

Sebab itu, Rosmah sangat bimbang dengan skandal Kondo Lembu ini dan tidak menghairankan mengapa Shahrizat tiba-tiba bersuara untuk menjawab isu itu di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Kenyataan Shahrizat itu datang selang dua hari selepas Rosmah memberi 'amaran' di PWTC pada 28 November lalu.

Sebelum ini, umum tahu Shahrizat sentiasa mengelak dari menjawab skandal Kondo Lembu, malah sejak isu itu muncul, Shahrizat terus ponteng dari menghadiri sidang Parlimen yang akan tamat awal bulan depan.

Terbaru, dana NFC diseleweng lagi untuk tujuan membeli kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada 2009.

“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini.

Menurutnya, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Livestock Corporation (NMLC), syarikat milik keluarga Shahrizat untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada 2009.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasutioan mendesak Shahrizat menyatakan siapa yang bercuti hasil dana NFC yang diseleweng itu.

"NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services. "Sila nyatakan siapa yang pergi bercuti guna dana NFC ini.

“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?” ," soalnya.

Berikut pula berita mengenai Rosmah yang mengadakan pertemuan tertutup dengan Kelab Umnno di luar negara.

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di Internet.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata, sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya.

“Jangan dengar fitnah…mereka ada peluang untuk belajar di luar negara, gunakan peluang itu dan gunakan akal fikiran untuk nilai sebarang isu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Kelab UMNO Luar Negara di sini pada 3 Disember lalu.

Rosmah berkata, pelajar berkenaan juga perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa di luar negara untuk membantu kerajaan menjayakan segala program yang diatur terutama dalam bidang pelajaran.

“Saya nasihatkan pelajar ini belajar bersungguh-sungguh, mana yang baik bawa pulang ke Malaysia untuk bantu kerajaan dan mana yang tak baik tinggalkan,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Rosmah berkata, ia dibuat sebagai memenuhi permintaan pelajar berkenaan yang ingin mengetahui pelbagai perkara termasuk Program Permata Negara yang dinaunginya.

Pertemuan dihadiri 65 perwakilan dari lima Badan Perhubungan Negara iaitu United Kingdom, Indonesia, Australia-New Zealand, Mesir dan Rusia. — Bernama

No comments: