JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, November 1, 2011

SAMM sertai piket MTUC

Masdar Wahid

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan pertubuhan itu akan menyertai piket anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 3 November ini.

Penyelaras Segmetasi Golongan Pekerjanya, Yaser Sh Abdul Rahman berkata, piket itu penting sebagai bantahan terhadap pindaan Akta Pekerjaan yang dilulus Parlimen pada 6 Oktober lalu.

"Pindaan akta ini menjadikan golongan pekerja seperti kuli buruh asing malah mungkin lebih rendah tarafnya.

"Oleh itu, demi masa depan bersama, SAMM menyeru setiap golongan pekerja terutamanya anak muda agar turut sama menyertai piket yang bakal diadakan di venue 'hotspot' setiap negeri pada 3 November ini," katanya dalam satu kenyataan.

KEADILAN bersama Pakatan Rakyat sudahpun mengesahkan akan turut sama berpiket pada hari itu.

Sebelum ini, MTUC mendakwa Rang Undang-undang (RUU) itu memberi laluan mudah kepada majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.

RUU itu kini menunggu giliran untuk dibahaskan di Dewan Negara.

MTUC turut memberi amaran keras kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja menjadi penentu terhadap sokongan parti politik di negara ini menjelang pPlihan Raya Umum (PRU) ke-13, melainkan pindaan Akta Kerja 1955 itu ditarik balik.

Pada 28 Oktober lalu, sebanyak 107 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara turut membantah RUU itu kerana memudarat hak pekerja serta mendesak kerajaan Malaysia menarik balik undang-undang itu serta-merta.

Menerusi RUU itu, pekerja kontrak berdepan kemungkinan tidak dibayar gaji kerana tidak memiliki pekerjaan tetap.

Sebanyak 16 lokasi sudah ditetapkan di seluruh negara dengan piket berlangsung serentak di setiap negeri.

Di Selangor, piket bakal berlangsung di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang. Manakala di Wilayah Persekutuan diadakan di Jalan Raja Laut.

No comments: