JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, November 1, 2011

Kenyataan peninju Israil sangat berat - Riduan

Masdar Wahid

Kenyataan peninju Israil, Ilya Grad bahawa beliau memasuki negara ini "dengan sokongan menteri sukan Malaysia", sangat berat, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ridhuan Mohd Nor.

Menurutnya, kenyataan peninju Israil itu juga melibatkan penyelewengan kuasa Datuk Ahmad Shabery Chik selaku Menteri Belia dan Sukan.

"Jika benar dakwaan peninju itu, Pemuda PAS Malaysia sangat kesal kerana Shabery Cheek mengkhianati sensitiviti dan keprihatinan umat Islam atas isu Palestin," katanya dalam satu kenyataan.

Ridhuan melihat kenyataan Shabery Chik yang mendakwa kononnya kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk kejohanan itu sebagai jawapan ‘escapism’ atau melepas diri semata-mata.

"Kerajaan Selangor hanya melulus peruntukan bagi penganjuran kejohanan itu, sedangkan Menteri Belia dan Sukan berkuasa penuh melulus sesuatu kejohanan atau penglibatan mana-mana peninju dalam kejohanan itu.

"Beliau boleh mengharamkan penglibatan peserta yang bermasalah atau menyekat penyertaan peninju yang berasal dari Israil dari memasuki Malaysia agar tidak menimbulkan pertikaian," katanya.

Peninju Israel itu dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh untuk menyertai kejohanan 'The Challenger Muay Thai' yang dirakam di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju 'Muay Thai Authority' pada 15 Oktober lalu, Grad turut memberitahu dia tidak sabar mengibar bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlu bagi memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," kata peninju Israil itu lagi.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut didakwa membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 bagaimanapun menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

No comments: