JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, November 1, 2011

Kemasukan warga Israil ke Malaysia, urusan kerajaan Persekutuan - Elizabeth

Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran persaingan, pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen realiti antarabangsa, 'The Challenger Muay Thai', kata Exconya, Elizabeth Wong.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek di Parlimen kononnya Kerajaan negeri terlibat dalam kemasukkan seorang peninju Israel yang menyertai perlawanan itu di Malaysia.

"Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan kaum Israel memasuki Malaysia.

"Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukkan kaum Israel itu," tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada kaum Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Peninju Israel, Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan 'The Challenger Muay Thai' yang dirakam di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut mencerita bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlu bagi memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," kata peninju Israil itu lagi.

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebagai syarikat perunding perhubungan.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

No comments: