JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, November 10, 2011

Gabungan MAS-airAsia, Tony Fernandez penipu besar!!!

KUALA LUMPUR 9 Nov: Tindakan pemilik Air Asia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes menubuhkan syarikat penerbangan baru, bertentangan dengan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) antara Air Asia dan MAS.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, syarikat bernama Caterham Jet itu akan menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan MAS iaitu di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.

“Tindakan Datuk Seri Tony Fernandes itu menimbulkan persoalan samada ia menjejaskan komitmen Air Asia terhadap CCF dengan MAS,” kata Rafizi merujuk kepada laporan disiarkan Reuters.

Menurutnya, tujuan utama perjanjian itu ialah untuk mengikat MAS dan Air Asia agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket tambang murah oleh Air Asia, agar keduanya tidak bersaing sesama sendiri.

“Bukankan perjanjian CCF jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan sama dengan MAS agar masing-masing membina kekuatan di dalam pasaran tersendiri?

“Adakah Caterham Jet akan mengguna laluan sama dengan MAS sekaligus menjadi pesaing kepada MAS dan jika ini berlaku, perjanjian CCF tidak lagi berguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Oleh itu, beliau mendesak Tony dan Khazanah Berhad bagi pihak MAS segera menjawab dua soalan tersebut.

“Pelaksanaan perjanjian CCF mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang dipinggir dalam proses membuat keputusan sedangkan mereka banyak berkorban dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenal pengurusan MAS sebelum ini.

“Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan KEADILAN terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia, sebaliknya merugikan rakyat akibat monopoli ini,” katanya lagi.

================================================================================

AirAsia mulakan firma penerbangan premium baru
1:20PM Nov 9, 2011
Ketua AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan menubuhkan sebuah syarikat penerbangan premium serantau yang baru bagi bersaing dengan penerbangan perkhidmatan penuh RedQ, yang dimiliki oleh Qantas, lapor akhbar The Sun hari ini yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

tony fernandez interview 220109 06Laporan itu memetik Fernandes berkata perkhidmatan penuh berkenaan akan dinamakan Caterham Jet tetapi masih belum diberi lesen operasi oleh kerajaan Malaysia walaupun syarikat itu telah memiliki pesawat Bombardier CRJ bagi tujuan tersebut.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata bahawa Air Asia akan memohon kepada kerajaan supaya ia beroperasi dari lapangan terbang Subang berhampiran Kuala Lumpur dan dijadualkan memulakan operasi mulai Mei 2012.

"Antara laluan yang dicadangkan termasuk Bangkok, Jakarta dan Singapura," kata sumber yang tidak dinamakan.

Fernandes, yang merupakan prinsipal pasukan Formula Satu pasukan Team Lotus, pada bulan April lalu membeli firma pembuat kereta sukan British, Caterham Cars.

Air Asia dan Fernandes tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.

- Reuters

No comments: