JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, November 10, 2011

Gaji minimum, Kerajaan Selangor ‘walk the talk’

Tindakan kerajaan Selangor melaksanakan gaji minimum bermula tahun depan membuktikan Pakatan Rakyat melaksanakan janji yang ditawarkannnya sebelum ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, tindakan itu sekaligus mendahului kerajaan Persekutuan yang lembap membuat keputusan mengenainya.

"Walau didesak banyak pihak, kerajaan persekutuan hingga kini gagal menetapkan gaji minimum.

"Sebaliknya, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan mereka ‘walk the talk’ dengan melaksanakan apa yang perjuangkan selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, beliau menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masanya kerana majoriti kakitangan bawahan kekal bergaji rendah dan berada di bawah paras kemiskinan.

"Rakyat terus dihimpit dengan kos sara hidup ekoran harga barang yang terus melambung selain mereka terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menampung kehidupan diri dan keluarga masing-masing.

"oleh itu, penetapan gaji minimum ini amat wajar dilaksanakan segera," katanya lagi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Belanjawan 2012 yang dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini berkata, dasar itu akan dijalankan menerusi peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta.

“Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide.

"Bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar ini,” kata Khalid.

No comments: