JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 4, 2013

10 Parlimen Sarawak dalam tangan


Pakatan Rakyat mampu memenangi minima 10 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum kali ini, kata anggota Majlis Pimpinan Pakatan Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh.

Beliau berkata, angka itu diperoleh hasil respon rakyat terhadap program Pakatan Rakyat seluruh Sarawak yang kian melonjak dari semasa ke semasa selain dailog dan culaan yang dibuat jentera pelbagai peringkat sama ada KEADILAN, PAS mahupun DAP.

"Sebelum pembubaran Parlimen dan Penamaan calon, jumlah kehadiran rakyat  sangat menggalakan, namun apa yang memeranjatkan kita, jumlah itu terus melonjak sejak 21 April lalu di mana di kawasan bandar puluhan ribu rakyat konsisten hadir program kita.

"Sebagai contoh semasa ceramah di Miri yang turut dihadiri Ketua Umum. Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum hadir dan ini diluar jangkaan kita," katanya yang juga Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak.

Manakala di kawasan pedalaman katanya, program Pakatan terutama melibatkan Kaum Dayak di rumah panjang, gabungan itu berjaya menarik hampir 600 penduduk dan ia sesuatu yang berjaya.

"Pedalaman cabarannya lebih sukar sama ada sumber kewangan kita yang terhad, jalan berlopak mirip zaman perang dan ada antara penempatan hanya boleh dikunjungi melalui bot, kita berjaya mengumpul hadirin hampir 600 orang dan jumlah ini sesuatu yang besar bagi kami," katanya kepada Suara Keadilan.

Sebelum ini katanya, hendak mengumpul 10 orang di kawasan pedalaman sangat sukar, manakala di kawasan bandar jika berjaya menarik hadirin lebih 1,000 pun sudah dikira berjaya.

Daripada 31 Parlimen di Sarawak, KEADILAN bertanding 15 kerusi diikuti DAP (11) dan PAS lima kerusi.

Sebelum ini, Anwar bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu menetapkan Pakatan mesti menang minima 10 Parlimen di Sarawak dan begitu juga di Sarawak.

No comments: