JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, May 10, 2013

Mereka digelar The Giant Killer Sabah


KEADILAN Sabah catat sejarah

Oleh Masdar Wahid

KEADILAN Sabah mencatat sejarah tersendiri di Sabah apabila berjaya menambah beberapa kerusi sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Malah parti itu juga merupakan parti pembangkang paling banyak memenangi kerusi berbanding parti lain termasuk parti tempatan di Sabah. KEADILAN mencatat satu kerusi Parlimen dan tujuh DUN diikuti DAP dua Parlimen, empat DUN serta lain-lain parti satu DUN.

Lebih membanggakan apabila kebanyakan calon KEADILAN yang menang kali ini bukan sahaja meraih majoriti besar, malah menumbangkan pemimpin utama BN dan penyandang kerusi sedia ada.

Bagi kerusi Parlimen Penampang misalnya, calon baru KEADILAN yang juga Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Ignatius Darell Leiking menumbangkan Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang merupakan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), parti terbesar masyarakat Kadazan Dusun Murut di Sabah.

Malah Dompok  ialah penyandang kerusi itu sejak beberapa penggal dan menjawat Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi di peringkat persekutuan selain pernah menyandang Ketua Menteri Sabah.

Pada PRU kali ini, Darell meraih 22,598 undi berbanding Dompok hanya 12,382 sekaligus kerusi ini mencatat sejarah sebagai Parlimen pertama dimenangi KEADILAN sejak bertanding di Sabah pada 1999 hingga kini.

Begitu juga dengan calon KEADILAN DUN Api-api, Christina Liew yang menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai dalam saingan lima penjuru. Yee ialah penyandang kerusi itu sejak lebih 10 tahun selain pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS), sekutu BN di negeri itu.

Manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia Ming Shen menawan DUN Inanam sekaligus turut mencatat sejarah sebagai calon pertama parti  menang di kawasan itu. Menariknya, Roland pada asalanya dicalon bertanding di kawasan lain, namun terpaksa bertanding di DUN Inanam dua hari sebelum penamaan calon atas sebab permuafakatan Pakatan di Sabah.

Pun, begitu Roland berjaya menewaskan calon BN, Joseph Paulus Lantip  dan penyandang kerusi ini dari SAPP Eric Majimbun dengan majoriti 3,202 undi sekaligus menembusi kubu kuat BN di situ.

Lain-lain calon KEADILAN yang turut menang ialah Wilfred Bumburing di DUN Tamparuli, Jelin Dasanap (DUN Matunggong), Ukoh @ Jeremmy Malazad (DUN Kadamaian), Datuk Seri Lajim Ukin (DUN Klias) dan Terrence Siambun (DUN Moyog).

No comments: