JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, May 12, 2013

Sabah, Sarawak Top 3 pengambilan alkohol


Sabah mencatatkan pengambilan alkohol ketiga tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 18.4 peratus selepas Kuala Lumpur (20.3 peratus) dan Sarawak (19.7 peratus).

Menurut Ketua Penolong Pengarah Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Sabah Dr Nirmal Kaur, statistik itu berdasarkan kajian pada Ogos 2011 hingga Julai 2012 oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS).

Beliau berkata kajian mendapati bahan alkohol sering ditemui dalam kebanyakan makanan dan minuman tradisi masyarakat di negeri ini dan menjadi kegemaran kira-kira 95 peratus daripada masyarakat Sabah berumur 20 hingga 60 tahun.

"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sukatan pengambilan alkohol yang sepatutnya bagi mengelak penyakit tidak berjangkit tidak lebih daripada dua gelas minuman.

"Segelas minuman alkohol menyamai satu tin bir, 70ml 'montoku' (sejenis minuman tradisi masyarakat Kadazandusun), 100ml tapai atau 40ml whisky atau brandy," katanya kepada pemberita selepas Seminar Kumpulan Tindakan Mengatasi Masalah Penggunaan Alkohol dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri di Kota Kinabalu pada 11 Mei 2013.

Dr Nirmal berkata pengambilan alkohol secara berlebihan membawa risiko penyakit tidak berjangkit tetapi memudaratkan kesihatan dalam tempoh panjang seperti serangan sakit jantung, kencing manis, strok, kanser dan kerosakan hati.

============================


Wujudkan pangkalan data pengeluaran arak haram di S’wak

Posted on May 12, 2013, Sunday

KUCHING: Sarawak perlu mewujudkan satu pangkalan data tentang pengeluaran arak haram di Sarawak dalam usaha menangani penyalahgunaan alkohol di negeri ini.

Menteri Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, pangkalan data berkenaan seiring dengan cadangan kajian berhubung pe-nyalahgunaan alkohol di nege-ri ini yang akan dijalankan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dengan kerjasama Lembaga Promosi Ke-sihatan Malaysia (MySihat).

Dr Jerip yang juga Penaung Projek Intervensi Penyalahgunaan Alkohol (PIPA) berkata, kajian itu bagi menyediakan pangkalan data lengkap sebelum projek yang dilaksanakan kedua-dua pihak dilancarkan.

“Dalam kita menjalankan satu kajian, kita memerlukan pangkalan data mengenai pe-nyalahgunaan alkohol kerana sehingga kini, Sarawak belum mempunyai pangkalan data sedemikian.

“Pangkalan data ini amat penting kerana ia menjadi panduan kepada kita untuk meng-adakan program tertentu dan saya mencadangkan agar pangkalan itu merangkumi peratusan generasi muda yang terbabit dalam penyalahgunaan alkohol selain jumlah pengeluar atau pembuat langkau (arak tempatan) di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel PIPA yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MySihat Datuk Dr Yahya Baba dan Presiden DBNA Datu Ik Pahon Joyik di Dewan DBNA di sini, semalam.

Dr Jerip berkata, di Sarawak pembuatan langkau sudah berlarutan sejak dahulu lagi, jus-teru ia menjadi satu perkara yang sukar diatasi, apatah lagi ia merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan pembuatnya.

“Maka, kita perlu melihat pendekatan secara menyeluruh sebelum projek ini dilaksanakan kerana kebanyakan kampung di negeri ini (terdapat orang yang) menjual minuman berkenaan tetapi tidak secara berleluasa.

“Dengan itu, kita harus me-ngatasinya secara menyeluruh dan kita tidak boleh menghalang penjualan begitu sahaja, tetapi kita sebenarnya menyediakan alternatif lain kepada mereka untuk menjana sumber pendapatan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Jerip berkata, DBNA sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang pertama menjalankan projek berkenaan diminta menyebarkan maklumat mengenai impak dan penyalahgunaan alkohol bukan sahaja kepada komuniti Bidayuh, tetapi juga masyarakat keseluruhan.

“Saya mahu DBNA meng-ambil ini sebagai cabaran dan sebarkan mengenai penyalahgunaan alkohol serta kesan pe-ngambilan alkohol kepada masyarakat kita,” katanya.

Sementara itu, Ik Pahon dalam ucapannya berkata, DBNA berbesar hati menjadi pertubuhan pertama di Sarawak menjalankan projek berkenaan.

“Kami akan mewujudkan satu pelan tindakan selepas ini sebagai kajian awal untuk kita mengumpul data dan kemu-dian baharulah kita merancang program yang akan diadakan termasuk majlis pelancaran projek besar-besaran,” katanya.

No comments: