JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, May 4, 2013

Pakatan Sabah catat sejarah


Rakyat Sabah mahu PR gerak perubahan

Rakyat Sabah hanya mahukan Pakatan Rakyat sebagai penggerak perubahan sekaligus bersama membentuk kerajaan persekutuan baru pada PRU akan datang, kata anggota Majlis Pimpinan Pakatan Sabah, Ahmad Thamrin Mohd Jaini.

Menurutnya, tindakan sesetengah parti pembangkang Sabah mahu memerintah bersendirian dan menolak kerjasama Pakatan pastinya ditolak rakyat sebagaimana ditunjukan dalam siri program KEADILAN, PAS dan DAP seluruh Sabah.

"Contohnya, program Pakatan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Gum-gum dalam Parlimen Libaran dihadiri lebih 3,000 orang dan ia jumlah besar kerana sebahagian besar hadirin ialah pengundi berbanding program parti lain," katanya yang juga Pengerusi KEADILAN Sabah.

Pada PRU kali ini 99 peratus kerusi menyaksikan saingan lebih dua penjuru ekoran tindakan Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Sarawak (Star) cawangan Sabah dan puluhan calon Bebas yang sebahagian besarnya bekas ahli Umno turut bertanding.

Daripada 25 kerusi Parlimen, KEADILAN bertanding 19, DAP (4) dan PAS (2). Manakala daripada 60 kerusi DUN, KEADILAN bertanding 43, DAP (8) dan PAS (9).

PRU 13 juga mencatat sejarah kerana buat pertama kali ketiga-tiga parti ini tidak bertembung di mana-mana kerusi  di negeri ini. Malah kerusi majoriti tipis yang ditandingi DAP PRU lalu, kini diwakili KEADILAN. Manakala PAS bertanding di beberapa kerusi yang sebelum ini kuota KEADILAN.

Pada PRU 2008, 12 kerusi atau satu pertiga DUN Sabah menyaksikan BN sepatutnya tewas jika pembangkang bersatu menentang BN.

Mengenai tindakan beberapa pimpinan cabang KEADILAN keluar parti baru-baru ini, beliau melihatnya hanya memberi kesan minimum kerana rakyat tidak mempedulikannya.

"Itu keputusan peribadi mereka, tapi soal akhir ialah apa respon pengundi? kerana selepas mereka keluar, program anjuran Pakatan terus menerima sambutan menggalakan. "Malah rakyat tidak mempedulikan isu ini kerana hanya mahu undi lambang KEADILAN, PAS dan DAP 5 Mei ini" tegasnya.

"Saya juga menyeru rakyat menilai manifesto kami yang antaranya menawar 50,000 rumah mampu milik penggal pertama memerintrah, RM200 kepada setiap penduduk Sabah berusia 21 tahun ke atas, RM200 bagi setiap bayi baru lahir, elaun pasangan berkahwin kali pertama RM 2,000 dan banyak lagi," katanya.

No comments: